Nuffnang

Tuesday, November 26, 2013

Apa itu Eczema?

Salam Sayang Semua,

Fa ni dari kecik memang ada masalah kulit sensetif. Masa fa kecik mama cakap fa kerap ada gatal-gatal dan merah-merah pada kulit. Asal peluh je mesti gatal-gatal. Memang kalau baby ni tak terkecuali terkena eczema. Tapi orang dewasa pon boleh kena juga. Mama dulu kena eczema. Sedih tengok belakang badan mama merah-merah gatal-gatal.



Apa itu ECZEMA? 
Eczema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal dan berlaku di kalangan bayi yang berumur 2-6 Bulan. Eczema tidak dapat dipulihkan, tetapi jangan risau sebab ia akan beransur pulih apabila meningkat dewasa dan boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.

Ekzema juga dikenali sebagai eczema atopik atau dermatitis. Atopik bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi.

Kesannya : kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah.
Bahagian yang kerap terkena :  tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut. 

Punca Eczema
Punca sebenar yang menyebabkan eczema masih belum dikenal pasti. Eczema bukanlah penyakit yang berjangkit, tetapi ada beberapa faktor dalaman dan luaran yang boleh terjadinya eczema.
  • Keluarga yang mempunyai sejarah eczema, asma atau alergi.
  • Perubahan emosi dan stress.
  • Pemakanan dari produk tenusu, telur, gandum, makanan laut dan pangambilan alkohol. 
  • Alahan terhadap sabun,kosmetik,kulat,debunga,haiwan peliharaan, hama atau habuk.
  • Bahan-bahan yang boleh menyebabkan iritasi seperti asap rokok, bahan kimia.
  • Perubahan cuaca yang terlalu panas dan lembab.
Apakah rawatan untuk ekzema?
Rawatan ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk jangka masa yang pendek.

Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering.

Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda.

Anda mungkin perlu menggunakan sekuantiti emolien yang banyak pada kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda setelah menetapkan yang mana paling mujarab. Juga baik untuk meminta kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda atau tadika.

Eczema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya.

Rawat Eczema dengan Produk Shaklee.
1) Herbal blend multipurpose Cream
2) Basic H
3) Mealshakes
4) Omega Guard
5) ESP 



Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & dapatkan harga Penjimatan. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...