Nuffnang

Tuesday, September 10, 2013

Susu ibu adalah yang terbaik

Salam mommies.

Fa tahu, ramai ibu-ibu di luar sana mempunyai masalah susu merundum sebaik sahaja mula berkerja lepas habis pantang. Fa pon ada kawan-kawan yang selalu bercerita tentang masalah ni dekat fa. Macam biasa fa mesti suggest mereka Set Penyusuan Shaklee. Fa bukan semata untuk berbisness tapi fa menolong apa yang termampu. Memang ada segelintir yang kurang percaya pada supplement & mempertikaikan kebaikkan supplement ni tapi percaya la ramai yang dah beri kesan positif & ini adalah salah satu usaha kita tak salahkan kalau kita mencuba?

Selalunya ibu-ibu akan terus beri susu formula pada bayi mereka untuk menggantikan susu ibu setelah mereka mula berkerja. Ini disebabkan susu mereka yang semakin berkurang. Nak taknak terpaksalah jugak beri susu formula.

Ada sorang kenalan fa ni ada masalah baby dia taknak langsung minum susu guna botol sampaikan dia terpaksa ambil keputusan untuk berhenti kerja. Macam-macam jenis botol susu yang dia beli tapi baby dia still jugak taknak minum & sanggup berlapar tunggu kawan fa ni BF dia. Bila fa tanya susu botol tu susu ibu ke atau susu formula? Dia cakap start habis pantang dia dah beri susu formula sebab susu dia semakin berkurang. Jadi fa cadangkan dia ambil Set Penyusuan Shaklee walaupun dia tetap berkeras cakap yang masalah anak dia bukan sebab susu, tapi sebab botol susu dia siap cakap sama je kalau susu dia ada pon tapi anak dia taknak pakai botol macam mana nak kerja, tapi akhirnya ambil juga ESP dah Alfafa.

Alhamdullilah susu dia semakin meriah, Baby dia pon boleh minum 100% susu dia dengan botol, jadi takada masalah dia nak teruskan bekerja.

Masa fa pergi ceramah "We Support Breastfeeding Week" dekat Prince Court hari tu, mereka ajar teknik penyusuan secara eksklusif bagi ibu-ibu yang berkerja. Jadi tiada lagi alasan bagi ibu-ibu yang berkerjaya untuk tidak menyusukan bayi mereka sehingga berusia 2 tahun.

- Ibu-ibu boleh mengantikan direct breastfeeding (BF) dengan botol susu sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum masuk berkerja. Tetapi selang selikan dengan direct BF.
- Buat power pumping sekerap yang mungkin untuk simpan stok yang mencukupi.
- Jangan sesekali gantikan susu ibu dengan susu formula sebab akan menyebabkan bayi keliru & memilih terus susu formula kerana rasa susu formula yang lebih manis dari susu ibu.



Pemberian makanan sebelum terhasilnya susu yang banyak akan menyebabkan
Bayi
  • tidak mahu menghisap dari ibu kerana susu gantian telah mengenyangkannya
  • tidak akan mendapat kolostrum
  • akan keliru puting sekiranya diberi melalui botol
Ibu
  • Susu ibu lambat dihasilkan kerana kurang rangsangan
  • boleh menyebabkan bengkak payudara
  • sukar memulakan penyusuan dan berkemungkinan berhenti menyusu
Apa yang perlu ibu lakukan untuk memastikan penghasilan susu yang mencukupi untuk bayi
  • Susui bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan
  • Susui bayi anda dengan kerap pada setiap 2 jam atau mengikut kehendak ibu dan bayi
  • Susui bayi anda dari kedua-dua belah payudara
  • Susui bayi anda di waktu malam kerana susu banyak dihasilkan di waktu malam
  • Perbaiki pengambilan makanan anda. Pastikan anda makan makanan seimbang dan minum air secukupnya
  • Yakini diri anda, anda boleh menyusui bayi anda
Kepentingan ibu dan anak bersama setiap masa
  • Anda boleh menyusukan bayi anda pada bila-bila masa
  • Merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu
  • Membolehkan bayi anda mendapat cukup susu
  • Mengeratkan lagi kasih sayang antara anda dan bayi anda
Kepentingan Menyusu Mengikut Kehendak Bayi
  • Susui bayi anda apabila ia lapar atau meminta
  • Sekiranya bayi anda tidur terlalu lama, kejutkan bayi anda untuk disusui
  • Penyusuan tanpa had dan kerap akan menghasilkan susu yang banyak dan cukup untuk bayi anda serta menghindarkan anda daripada mengalami bengkak payudara
  • Biarkan bayi anda menyusu pada bila-bila masa dan seberapa lama yang disukainya.

Mommies boleh baca tentang Set Penyusuan dekat entri fa sebelum ni ye dan boleh dapatkan Set ini mengikut budget mommies semua.

Sharing is Caring :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...