Nuffnang

Monday, September 9, 2013

Cabaran Menjadi Work At Home Mom (WAHM)

Salam Mommies
Memandangkan hari ni fa MC, Fa gunakan masa-masa rehat di rumah ni untuk practice menjadi WAHM. Bukan senang nak jadi surirumah sepenuh masa walau sakit pening demam sekalipun tetap kena uruskan hal-hal rumahtangga. 

Mungkin sekarang Si Precious belum lahir lagi kan, jadi tanggungjawab tu kurang sikit la. Cuba bayangkan Si Precious dah lahir? Mesti fa semakin sibuk lagi sibuk dari jadi career woman. Tapi kepuasan diri menguruskan rumahtangga dengan tangan dan tenaga sendiri tu lah yang utama.

Cabaran 1:
Cuba membaiki teknik masakkan - Fa ni bukan la seorang yang pandai masak tapi semenjak mengandungkan Si Precious ni, Fa semakin tak lalu makan kat luar. Hati tu sentiasa nak balik masak untuk En. Suami walaupun badan letih tapi tetap semangat nak memasak. Jadi hari ini fa nak masak Ayam Masak Merah.

Cabaran 2:
Cuba meringan-ringankan diri mengemas, mop lantai, lipat baju, cuci baju - Seriously fa seorang yang pemalas. Mungkin juga sebab selalu balik lewat malam jadi fa tak ada masa nak fikir pasal kebersihan rumah. Sabtu ahad fa basuh baju, ampai baju dan selebihnya rehat-rehat sebab sabtu ahad la hari untuk fa beristirahat. Jadi rumah memang berhabuk, baju-baju memang tak berlipat ~sigh~

Cabaran 3:
Cuba seiringkan masa dengan suami, masa rehat dan masa untuk buat ibadat - Ok macam fa cakap la, jadi seorang Career woman ni bukan ada banyak masa sangat pon. Balik dah malam, badan dah penat, fikiran dah over stressed. Nak berborak dengan En.Suami pon rasa malas je. dalam kepala ni fikir nak tidur. Ada masa-masa terluang fa tidur. Solat kemana semua tah kemana. Astagfirullah.
Contoh dah ada baby nanti, masa fa kene bahagikan dekat baby pulak. Jadi setiap pagi lepas En.Suami pergi kerja, kena concentrate dekat urusan rumah & baby.

Cabaran 4:
Cuba bersungguh-sungguh mencari rezeki/sales - Bila dah jadi WAHM ni kena la bersungguh-sungguh buat sales kan. Masa pon dah banyak boleh update blog, boleh layan customer, boleh sentiasa share kebaikan shaklee dengan semua. No malas-malas, No tangguh-tangguh. Kuatkan Niat dekat hati kita yang kita mencari rezeki untuk meringankan beban suami.Fokus fokus fokus.

ok sebenarnya banyak lagi cabaran yang harus dilalui oleh WAHM ni. Cuma setakat ni je cabaran yang boleh fa ingat. Nanti fa update berjayakah fa lalui semua cabaran-cabaran ni bila bergelar WAHM. Inshaallah
====================================
Jom main masak-masak
Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:
Ayam
Bawang putih , Bawang merah, Halia (Tumbuk/Hiris halus-halus)
Bawang besar (mayang bulat)
Mixed Vegi atau carrot yang dipotong dadu
Sos Tiram
Sos tomato
Sos Cili
Cili Kisar
Gula/Garam
Minyak

Cara-cara:
Gaul Ayam dengan garam & kunyit kemudian gorengkan separuh masak dan ketepikan.
Tumis bawang merah,bawang putih dan halia sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar tumis hingga garing.
Masukkan Sos Tiram, Sos tomato, Sos cili dan sedikit air. Kacau rata semingga naik bau.
Masukkan Bawang besar & Mixed Vegi (kalau guna)
Biarkan sekejap dan masukkan gula sedikit 
Kemudian last sekali masukkan ayam yang digoreng tadi biarkan seketika sehingga ayam masak.
Rasa dan boleh lah dihidang.

Selamat Mencuba :)
======================================


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...