Nuffnang

Thursday, July 18, 2013

Dilema Hospital Bersalin : SWASTA vs KERAJAAN

Salam Semua,

Alhamdullilah hari ni baby dah masuk 17weeks. So bila dah masuk 17weeks, kepala mula dah terfikir-fikir fasal Hospital!! Fa rasa semua M2B pon akan merasa benda ni kan. Lebih-lebih lagi yang 1st timer macam Fa ni. Ya Allah memang pening. Rasa nak nangis pun ada. Sebab tiba-tiba rasa beban dan stress. Fa hanya nak yang terbaik untuk baby sulung Fa ni selain ketakutan yang melanda.

Mama lahirkan Fa dengan adik-adik dekat Hospital Pantai Medical Centre. Ha.. sebab mama dulu gajinya ber K2. Lagipun kos bersalin dekat Hospital Pantai zaman tu cuma RM3K++ (Normal) berbanding sekarang yang boleh cecah RM10K. OMGEEE!!! kenapa la setiap tahun makin naik pulak la kos bersalin ~Sobs

Memang seboleh-boleh Fa nak bersalin dekat Hospital Swasta. Sebabnya Fa rasa lebih selamat berbanding Hospital Kerajaan. Bukan Fa nak kondem Hospital Kerajaan, rata-rata blog yang fa google mesti ada je pengalaman pahit yang dorang lalui kat situ. Hospital Swasta kan lebih selesa. kan kan kan? Lagipon kalau boleh Fa nak Doktor Perempuan. Jadi kalau Swasta boleh request.

Macam yang korang tahu, Fa chekup pon dekat Klinik Swasta, cerita kenapa Fa chekup kat swasta boleh Klik Sini nak imbas balik. Tapi ada orang nasihatkan Fa untuk buat jugak Buku Pink dekat KKIA (Klinik Kesihatan Ibu Anak) untuk kegunaan masa hadapan. Jadi Fa masukan PLAN B: BUKU MERAH dalam kalender dan Insyaallah next week Fa gigihkan jugak pergi buat buku merah.

Fa tak banyak servey Hospital ni, sebab Fa dah target 2 Hospital Swasta untuk fa bersalin. Hospital Pusrawi atau Columbia. Memandangkan Hospital Pusrawi jauh dari rumah Fa, kosnya pon agak mahal.. Jadi Fa cuma fokus dekat Hospital Columbia. Columbia Cheras dan Columbia Puchong.

Plan A :
Hospital Columbia.
Apa yang best boleh request Doktor Melayu Perempuan. Fa pernah call Hospital ni tapi lain-lain pulak kos dia ikut kawasan. Puchong lain, Cheras lain. Fa call dulu untuk tanya pakej bersalin, tapi Columbia ni tak ada pakej bersalin. Untuk Cheras kos yang dianggarkan untuk normal antara RM3K-4K. untuk Czer pulak RM5K-7K. Bil baby lain. Kalau kat Puchong normal RM5K++ Czer RM10K++ (GLUP) Tapi lagi elok if kita direct pergi sana untuk discuss dengan doktor mengenai kos bersalin. Insyaallah bulan ke-6 nanti Fa pergi chekup kat sana. nanti insyaallah Fa share dengan korang.

Plan B:
Hospital Serdang
Salah satu hospital kerajaan yang menjadi pilihan Fa selain Hospital Putrajaya. Hospital Serdang ni lagi nearby dengan rumah Fa selain Fa pernah ada rekod kat situ dulu. Fa tau Hospital ni besar, baru dan selesa tapi tu la... ramai sangat la pulak. Fa dijangka bersalin bulan 12 insyaAllah, katakan la time tu tak ada katil, kita boleh ditransfer ke mana-mana Hospital Kerajaan yang nearby. Hokeh! Jadi atas nasihat kawan, Fa pon call lah Hospital Serdang nak tahu detail. Fa tanya fasal Perkhidmatan Kelas Satu dekat situ dan nak request doktor perempuan. Apa yang diberitahu, situ tak boleh request-request doktor atau letak deposit untuk book kelas satu, kalau nak jugak, masa nak bersalin nak masuk dewan tu pergi dekat kaunter cakap nak kelas 1 dan doktor perempuan. Deposit untuk kelas satu RM800. Itupun kalau ade katil, kalau tak dia akan masukan mana-mana bilik yang available. Doktor pon macam tu, kalau ada dia akan bagi. Tapi semestinya semua Doktor Pakar katanya.

Semua bergantung pada rezeki dan nasib. Apa-apa pun Fa akan teruskan doa semoga Allag murahkan rezeki Fa dan suami supaya Fa dapat bersalin dekat Columbia. Dan semoga Baby tak ada masalah yang serius dan lahir dengan mudah. Insyaallah.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...