Nuffnang

Tuesday, June 18, 2013

2nd Trimester : 1st time chekup

Salam Semua.
Hari ni baby minggu akhir dalam minggu ke-12. Hari ni 1st time pergi chekup. Patutnya Fa chekup minggu 12hb hari tu bila genap baby 12 minggu dan sepatutnya Fa buat Buku Merah jugak hari yang sama. Almaklum lah ni kan 1st time fa pregnant, jadi belum teror lagi bab-bab chekup dan pembahagian masa. Agak kelam kabut dibuatnya. Tapi sebab semangat Fa nak buat Buku Merah Fa dan suami sanggup ambil cuti. Tapi lain pulak jadinya.
Sekarang ni nak chekup dekat KKIA kena tengok poskod. Macam Fa 57000 Seri Petaling Chekup dekat KKIA Kuchai Ent.Park. Tu pun 4 kali call KK lain-lain cawangan nak tau KKIA yang mana Fa kene pergi (Humph) . So Misi KKIA tu suruh datang hari Rabu 12hb pagi untuk buat Kad Merah. Tapi kena bawa gamba scan baby nak bukti yang kita ni betul-betul pregnant. So bila discuss dengan En.Suami, masing-masing setuju ambil cuti 12hb tu. But 1st kena pergi Klinik Sofea Puchong untuk buat scan. Fa memang ada appointment dengan Doktor Sofea pada hari yang sama sebab 1st time pergi untuk chek yang fa pregnant baby tak nampak. baby terlalu kecik jadi doktor Sofea buat 2nd appointment untuk Ultrasound.
Malam 11hb tu Fa dah call Klinik Sofea untuk set temujanji pagi-pagi. Tapi Nurse tu bagitau Doktor tak available pagi dan mintak Fa datang dalam pukul 10. So ok la, sebab masa call KKIA tu misi tu cakap boleh datang anytime, Fa pun tak ada la nak rushing apa-apa kan. Nak dijadikan cerita esoknya 12hb Fa semangat pergi Klinik Sofea untuk buat Ultrasound. Dupdap je rasa sebab tak sabar nak tengok baby 1st time. Sampai sana Nurse cakap Doktor not Available until pukul 12. HOKEH! Time tu Fa dah takleh dok diam, sebab KKIA nak gamba scan dan Alhamdullilah sebelah Klinik Sofea tu ada Poliklinik Medi Nur yang boleh jugak buat Scan. Nak tak nak pergi jugak.
Alhamdullilah doktor yang scan perut Fa tu Doktor perempuan melayu. Dr. Noor kalau tak silap nama dia. Lembut je orangnya, Masuk bilik Ultrasound tu siap ada bacaan ayat-ayat Al-Quran buat hati ni lagi tenang. Lepas dah buat scan, dah dengar bunyi jantung dah print gambar dah bayar (RM50-2D scan) Fa dan En.Suami pon bergegas pergi KKIA kuchai. 
Lepas ambil no giliran, naik tingkat 2, pergi kaunter cakap nak buat Buku Merah, Misi tu direct je cakap, "maaf puan, kalau nak buat buku merah kena datang pagi pukul 8-10 je, sekarang dah pukul 11. Puan boleh datang minggu depan hari Rabu". Hati rasa nak menjerit je masa tu.. penat tahu tak! Kenapa masa call tak cakap ada time sekian-sekian untuk buat Buku Merah? Dah la En.suami bukan senang nak ambil cuti. Sabar je la. 

Jadi sebab tu la Fa amek keputusan buat monthly checkup dekat Klinik Sofea je. Senang. Boleh pergi anytime. Tak payah ambil cuti. 1st time pergi untuk buat buku tu kena RM60. Sebabnya Fa tak ambil ubat. Fa kan makan Shaklee. hehehe. Next appointment 18/7 nak ambil darah. Masa tu baby dah 4 bulan.Boleh intai baby lagi. Lagi pun Dr.Sofea cakap buku dia boleh pergi mana-mana hospital untuk bersalin, Swasta boleh Kerajaan boleh. Senang! 
Jadi fasal Buku Merah tu lain kali lah fikir. En.Suami pon dah agree untuk buat monthly checkup dekat Klinik Swasta. Senang katanye.   

Si budak kecik 12 Weeks - Poliklinik Medi Nur

Buku Kuning Klinik Sofea



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...