Hari ni masuk 13 Minggu usia kandungan Fa. Maknanya bulan ni Fa masuk 2nd Trimester. Alhamdullilah. Macam tak percaya je. tapi itulah kenyataan nya. hehehe.
Bila masuk Trimester ke-2 ni, Morning sickness yang menghantui fa semakin berkurangan. Fa dah makin berselera makan. Lagi best Fa dah masukan OMEGA Shaklee dalam list pengambilan vitamin Fa setiap hari. Omega ni membantu berat badan naik maintain je. Memang ramai orang tegur badan Fa tak macam dulu, tak nampak kembang sangat. kembang kat perut je. Muka pon serinya lain. Ye la.. seri pembawakan.. heheh Seri kebahagian.
Dalam minggu ni orang dah mula perasan yang fa pregnant, walaupun tak besar mana tapi nampak la jugak. Hari ni Fa pergi checkup baby. Nanti entry akan datang fa cerita pasal chekup ok :)
Perubahan yang akan berlaku dalam Trimester ke2:
1) Pelupa - YUP ni memang betul. memang fa jadi pelupa. Sampai satu hari memikir satu benda tu.
2) Pening Kepala - Ini kerana pembesaran bayi di dalam rahim yang menekan pembuluh darah besar sehingga menyebabkan tekanan darah menurun dan menyebabkan pening kepala.
3) Berdengkur - Peningkatan aliran darah di dalam badan semasa tempoh hamil akan menyebabkan sesak nafas dan pembengkakkan membrane mukosa pada bahagian dalam mulut dan akan menyebabkan berdengkur ketika tidur.
*En suami kata Fa kuat berdengkur bila pregnant ni.. hahah senang je jawab fa, "baby la yang dengkur, bukan fa"
4)Hidung dan Gusi Berdarah - Berkait rapat dengan pengaliran darah dalam diri sepanjang tempoh kehamilan. Kadangkala ibu hamil akan mengalami nidung tersumbat disebabkan perubahan hormon yang berlaku dalam badan.
*Baru je jadi hidung darah ni. tiba-tiba je darah keluar tak henti-henti. En.suami la yang paling panic. Apa yang perlu buat, dongakan kepala dan letak ais atau kain basah atas kepala.
5) Sendawa dan Buang Angin - Kekerapan sendawa dan buang angin akan kerap terjadi pada trimester ni. Ia terjadi kerana usus meregang dan berasa kembung perut.
6) Payudara - Payudara akan menjadi semakin membesar dan mengeluarkan cecair kekuningan (Colostrum-bahan yang penting bagi bayi untuk minggu pertama kehidupannya). Puting susu akan bertukar warna menjadi semakin gelap dan besar. Bintik-bintik kecil pula akan timbul sekitar puting.
Nota untuk Ibu Trimester ke 2
-Sediakan nota kecil untuk mengelakkan terlupa sesuatu benda.
-Beristirahat dengan secukupnya.
-Jika mahu bangun, tuka posisi kedudukan dengan perlahan-lahan untuk mengelakan perubahan pada tekanan darah secara mendadak.
-Si suami perlu faham masalah yang dihadapi oleh isteri pada ketika ini dan jangan menanbah tekanan dengan menyalahkannya.
-Makan dalam jumlah yang memadai dan hindari dari makan makanan yang menyebabkan angin seperti bawang merah.
-Selalu memeriksa saiz payudara dan pastikan bra yang digunakan selesa dan sesuai.
-selalu kesat lelehan colostrum dengan tisu lembut dan jangan memaksanya keluar dengan banyak.
-Pakai "Breast Pad"
-First M2B dinasihatkan mengentel dan menarik punting susu sepanjang tempoh kehamilan untuk mengelakan ia tenggelam selepas kelahiran anak dan menyukarkan proses penyusuan.
-Amalkan menyapu minyak zaitun dekat puting bagi mengelakan pecah dan kesakitan semasa proses penyusuan.
Minggu ke -13 |
No comments:
Post a Comment