Bismillah
Semalam baru tengok berita TV3 yang peniaga online akan dikenakan cukai. Huhuhu.. hidup dekat Malaysia sekarang rata-rata bercukai. Beli apa saja kena cukai. Untuk pembangunan Negara - Katanya...
Selalu cukai ada had-had tertentu, sama macam bekerja.. gaji sekian-sekian dikenakan cukai. Betul kata seseorang, orang kerja pon kena cukai tak kan peniaga dalam talian tak kena kan? Ya! Mungkin peniaga-peniaga online yang besar-besar & dah punya perniagaan yang kukuh. Kita-kita yg kecik-kecik ni harapnya tak kena la kan.. sebab kita-kita ni pon berniaga sendiri.. berniaga dr rumah. Internet dah cukai, beli barang dah cukai, pos barang pon dah cukai, untung kita-kita dapat pon berapa sen la sangat habis ke cukai -
Kalau cerita pasal ni memang tak habis, setiap hari ade je cerita C.U.K.A.I ni dan alhamdullilah kita boleh je tempuh kan. Effect sikit la tapi Allah sentiasa bantu mencukupkan setiap rezeki Alhamdullilah.
Cabaran update blog 7 hari ini tujuanya untuk membersihkan sawang-sawang yang semakin banyak dalam blog. Kesibukkan diri sendiri buat fa leka nak update blog padahal blog inilah punca rezeki. 80% customer datang dari blog. Selebihnya dari Instagram,FB & lain-lain - Alhamdullilah
"Kalau tak update blog,customer tak tau kita aktif ke tak, kalau takde customer takde la sales, takde sales takde la sen nak bayar cukai"- hehehe
Tapi sebenarnya update blog ni perlu untuk mengeratkan lagi silaturahim. Fa pon suka baca blog-blog orang. Cari ilham, cari info. Fa ramai kenal kawan-kawan dari blog :) Blog-blog atau website-website nin memberi maklumat atau sharing sesuatu untuk kemudahan orang ramai, membantu orang ramai mendapat info-info pelbagai
Tapi....boleh ke konsisten 7 hari dengan 3 entri setiap hari? Baru on laptop Airis dah buat macam-macam nak mintak perhatian.. alahai.. kena kuatkan semangat! Boleh!! Saya yakin saya boleh - Selamat Mengganas Farah Nur Zahirah!
Terima Kasih kawan-kawan blogger yang selalu beri inspirasi & semangat untuk terus berblog. Terima kasih customer-customer yang rajin baca & cari info tentang Shaklee dalam blog fa ni :)
Jangan pernah jemu membaca ye muahhxx ciked
No comments:
Post a Comment