Nuffnang

Wednesday, April 8, 2015

Tips legakan demam anak tanpa ubat

assalamualaikum & Salam sejahtera

Benda yang paling merisaukan bila anak kecik demam. Airis Sabtu lepas demam panas sampai 39'celcius. Airis jarang demam. Dah lama sebenarnya dia tak demam. Alhamdullilah, orang cakap bayi susu ibu memang antibodi kuat.

Subuh sabtu lepas fa perasan airis demam sebab dia menyusu nafas dia terasa panas & melekat lama masa menyusu . Selalu tu memang tanda-tanda airis kalau dia demam. Cek-cek suhu 39'celcius. Padahal malam semalam ok je berlari-lari. Tiba-tiba demam.

Suhu airis turun naik dari 1st day sampai hari ke-2. Ni rekod baru sebab airis kalau demam paling lama sehari. Not more than that. Bawak juga ke klinik dan beri juga 1 dose ubat demam sebab suhu dia lebih 38.5' celcius. Sebab airis demam 2 hari, fa dah mula panic. Yelah setiap malam airis tak lena tidur, tidur pun kejap-kejap. Menangis, mengengek. STRESS!! Doa banyak-banyak agar airis cepat sembuh. Doa agsr fa kuat. Alhamdullilah. Lepas 2 hari airis sihat dari demAm. Meh fa share beberapa tips yang korang boleh buat sekiranya anak korang tiba-tiba demam.

Apa perlu buat jika anak demam panas?
Pantau suhu setiap 1 jam.
Fa memang pastikan termometer ade kat rumah. Anak kecik memang kita kena pantau suhu selalu supaya boleh ambil langkah berjaga-jaga. Suhu yang terlalu cepat naik secara mendadak atau yang turun dengan mendadak menyebabkan anak senang terkena sawan tarik. Jadi pantauan suhu ni amat-amat perlu. 
Kerapkan Sponging.
If anak tiba-tiba demam, cara paling berkesan ialah sponging. Gunakan kain yang direndam dalam air suam-suam kuku pastu lap badan anak terutama kat pelipat-pelipat macam leher, ketiak,kelengkang.
Fa pastikan kepala airis basah so fa letakkan kain lembab dekat dahi dan belakang tengkuk dia.
Kerap-kerap lembabkan kain tu dan kerap-kerap sponging/lap
Pakaikan baju nipis.
Selalu kalau kita demam, mak akan suruh selubung badan kasi peluh keluarkan? Berlainan dengan anak kecil ye, baju tebal/selimut/sweater akan buat demam bertambah teruk sebab anak kecil ni sukar berpeluh, jadi panas tu akan terperap dan buat suhu tak turun-turun.
Fa tukar diaper airis, tukarkan baju nipis/sleeveless dan tak pakaikan seluar. Hanya diaper.
Kalau bilik korang tu beraircond, kecikan suhu jangan terlalu sejuk. Jika korang nampak anak macam kesejukan, selimutkan dengan kain nipis, atau napkin nipis.
Anak demam taklalu makan.
Biasa lah, badan dah taksihat, makan pun mesti tak lalu. Airis memang nak makan, tapi lepas makan mesti muntah balik. Fa masakkan dia sup ayam & bubur nasi yang lembek sikit. Sup tu fa lebihkan sikit halia & bawang putih.
Sebab airis makan dan muntah, fa buatkan dia MEAL shakes Shaklee. Bancuh secawan bagi dia minum. Mealshakes ni bagi energy dan tambahkan nutrisi-nutrisi yang hilang sebab muntah & tak lalu makan. Jadi anak tu takde lah lembik tak bermaya.
Pastikan anak minum air banyak-banyak
Airis kalau demam, dia sendiri tahu kena menyusu banyak-banyak. Air masak pon fa sediakan tepi katil jadi setiap kali bila haus dia pandai cari air sendiri.
Jika anak korang bukan breastfeeding, beri mereka air minum yang mereka nak. Jus, susu, Formula Milk,air masak asalkan mereka minum. Sebab air ni perlu untuk turunkan suhu badan yang panas.
Kerap sapukan belakang badan, dada, tapak kaki & betis anak dengan minyak angin.
Lagi bagus if dapat sapu dengan garlic oil (minyak bawang putih) tapi sebab fa dah lama tak buat, jadi fa hanya sapu dengan minyak kayu putih / vicks kat airis. Urut-urut sikit badan dia supaya dia selesa untuk tidur dan kalau anak tu berkahak atau berhingus, insyaAllah sekejap je lendir-lendir tu keluar.
Sapu air asam jawa di dahi.
Tips ni memang mujaraB. Selain dari kain lembab yang korang letak kat dahi anak tu, boleh sapu asam jawa dekat dahi. Fa buat ni kat airis hari kedua dia demam. Pagi tu suhu dia 38'celcius, lepas sapu dalam sejam suhu dia turun . Badan pon kurang panas. Asam jawa dipercayai dapat singkir panas badan.
Mandian lemon
Mula-mula babah macam tak percaya dengan cara ni. Tapi fa paksa jugak dia pergi beli lemon.
Hiris-hiris lemon, dalam air mandi yang suam-suam biarkan anak berendam dalam tu. Pastikan rendam kaki dulu. Biar dia selesa baru dudukkan dia. Supaya dia tak terkejut. Biar dia rendam dalam tu Sambil-sambil korang lap-lapkan badan dan kepala dia dengan air lemon tu.
Ada yang berpendapat, anak demam jangan mandikan. Tapi dengan cara ini suhu akan senang turun. Tapi dengan syarat air tu air panas suam. Bukan tap water. Macam airis, fa cuma rendamkan dia dalam mandian lemon ni, lap-lap badan dia. Bukan mandi lama-lama.


AlhamDullilah, lepas berendam dalam air lemon tu, suhu demam airis makin turun. Petang tu terus suhu normal. Tu antara tips yang fa buat, banyak lagi petua dan tips yang korang boleh google.

Sebab fa taknak beri airis ubat paracetamol tu lah, fa usahakan cara yang lain. Bukan tak percaya ubat doktor, selagi boleh elak cuba elakkan.

Selain mealshakes, fa beri airis vitamin C chewable, vitalea chewable dan Omega Guard sepanjang dia demam.

MEALSHAKES.


OMEGA GUARD
  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Menapis segala virus dan bacteria daripada badan.
  • Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sedari kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.
Vitamin C Chewable
  • Menguatkan Fungsi Imunisasi. Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.
  • Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
VITALEA FOR CHILDREN

  • Meningkatkan tahap daya tahan melawan penyakit


✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan sekitarnya
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu


Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM68.90 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.
** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 .60 bagi semenanjung & RM21.20 bagi Sabah & Sarawak
**HARGA BARU BERKUATKUASA 1APRIL 2015**

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...