Nuffnang

Sunday, September 14, 2014

Apa itu Alfalfa dan Khasiatnya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Semua sedia maklum, Alfalfa dikenali sebagai Raja Segala Tumbuhan. Alfalfa juga kaya dengan khasiatnya dan dikenali kerana kandungan klorofil yang tinggi daripada sayur-sayuran biasa. Jom kita kenali Alfalfa dengan lebih lanjut.

Kebaikan Alfalfa
Tumbuhan Alfalfa
APA ITU ALFALFA?

▪ Alfalfa (Medicago Sativa) membawa maksud ‘Bapa Segala Makanan’ gelaran ini diberi oleh kaum Arab di Persia sejak beberapa abad dahulu.
▪ Tumbuhan alfalfa mempunyai struktur akar yang unik di mana struktur akar yang panjang dan tumbuh mendalam mencapai 30 hingga 40 kaki ke bawah tanah. Oleh yang demikian, alfalfa berkeupayaan menyerap pelbagai garam galian , vitamin-vitamin dan lapan jenis asid amino perlu, satu-satu kelebihan yang tidak boleh ditanding oleh tumbuhan darat yang lain.
▪ Tumbuhan alfalfa amat kaya dengan metionin (salah satu jenis asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia), vitamin A, C, D, sedikit vitamin K dan enzim.
▪ Ia merupakan salah satu sumber semulajadi utama vitamin K. vitamin ini diperlukan oleh hati untuk menghasilkan protrombin, satu bahan penting untuk pembekuan darah.

▪ Dikenali sebagai ‘klorofil’ berasal dari bahasa Greek yang bermakna ‘daun hijau’.
▪ Klorofil terkandung di dalam kloroplas iaitu organel seni berbentuk cakera berada di dalam sel-sel tumbuhan.
▪ Daun-daun dan batang-batang tumbuhan biasanya berwarna hijau kerana mengandungi klorofil. Klorofil merupakan salah satu agen rawatan semulajadi yang paling kuat dan diketahui oleh manusia. Kadang-kala ia digelar sebagai ‘darah hijau’ kerana komposisi molekulnya sama dengan sel darah merah manusia.

FAEDAH-FAEDAH ALFALFA

  • · Kaya dengan klorofil.
  • · Sekurang-kurangnya 4 kali ganda tinggi daripada sayuran-sayuran biasa.
  • · Lebih kurang 1000g (1kg) daun-daun muda alfalfa hijau yang dipotong segar diperlukan
  • untuk mengekstrak 2.5g klorofil bermutu tinggi.
  • · Kandungan protein alfalfa ialah 18.9% berbanding dengan 16.5% dalam daging lembu,
  • 13.1% dalam telur dan 3.3% dalam susu.
  • · Kandungan kalsium alfalfa pula ialah 14 kali ganda lebih daripada germa gandum dan 144
  • kali lebih daripada hati.
  • · Dikenali sebagai tumbuhan beralkali di dunia dan kealkaliannya membantu meneutralkan
  • asid toksik dalam sistem badan kita.


FUNGSI-FUNGSI KEBAIKAN ALFALFA
Kajian terkini menunjukkan cecair klorofil mempunyai beberapa fungsi-fungsi pemulihan seperti berikut:

  • · Pembersi toksin yang berkesan.
  • · Memperbaiki kebersihan dan kesihatan mulut.
  • · Menghilangkan bau nafas dan badan berbau.
  • · Meringankan sakit sendidan sakit sengal-sengal tulang.
  • · Mengalakkan pertumbuhan Asidofillus (bakteria mesra).
  • · Meringankan sakit kerongkong dan insomnia.
  • · Meningkatkan bilangan sel darah merah pesakit anemia.
  • · Baik untuk ulser mulut dan perut.
  • · Baik untuk jantung.
  • · Meringankan masalah komplikasi kencing manis.
  • · Mengawal atur kitaran haid.
  • · Mengurangkan keasidan dalam badan.
  • · Memastikan peredaran darah yang sihat.
  • · Baik untuk sistitis atau radang pundit kencing.
  • · Membuka selera makan.
  • · Mengurangkan sembelit.
  • · Mengurangkan rasa letih dan penat.


KAJIAN DAN RUJUKAN MENGENAI KLOROFIL

“Pembersihan dan penulenan sistem badan secara semulkajadi memang mengambil masa. Kita haruslah bersabar dan mengambil klorofil dengan konsisten. Ubat-ubat yang mujarab mungkin memberi kelegaan yang lebih cepat, tetapi jarang menyembuhkan. Di samping itu, ia juga membawa kesan-kesan sampingan yang tidak dikehendaki dan ubat merbahaya mungkin terkumpul dalam tubuh. Klorofil dapat menyingkirkan toksin daripada racun perosak dan saki baki ubat serta bahan-bahan buangan lain”. – The Healing Power of Chlorophyll, Dr. Bernard Jensen (Pakar Pemakanan).


“kajian menunjukkan struktur kimia tumbuhan hamper serupa dengan sel darah merah manusai melainkan unsure di tengah-tengah sel darah merah manusia terdiri daripada besi sementara klorofil pula ialah magnesium. Dengan itu, pengambilan klorofil akan membantu mereka yang merngalami kehilangan darah semasa melahirkan anak, kecederaan atau pendermaan darah”. – Dr. Richard Willstatter & Dr. Fisher.


“Klorofil adalah berguna untuk jangkitan dalaman dan masalah-masalah kulit”. – New England Journal of Medicine.


✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi 
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...