Nuffnang

Monday, February 29, 2016

Berserah bukan Mengalah

Assalamualaikum!



HARI CLOSING! Setiap hujung bulan mesti semua Shaklee member (SID) sibuk sebab Closing day. Semua nak mengejar last minit sales sebab last minit sales ni mempengaruhi jumlah UV/point terkumpul sepanjang bulan tu dan uv ni penentu berapa jumlah bonus yang akan dibayar Shaklee bulan berikutnya. Rasa semua MLM sama kot kan.. ni cara Shaklee. Dia ade pengiraan percen sekian2

Ingat lagi masa airis dalam perut. Fa kerja lagi masa tu. Jadi Shaklee ni side income je. Masa tu selalu closing kat branch Taman Melawati. Branch tu kecik je kat deretan kedai-kedai. Bayangkanlah awak membawa perut besar.. bersempit berhimpit kat dalam tu dengan ramai sid-sid nak buat pembelian last minit utk closing.. kenangan sangat! Rinduuuu gila! :)

Tapi sekarang ni semua hujung jari je. Semua beli online. Fa jarang sangat ke HQ atau Branch Shaklee untuk topup vits yang habis. Sebab fa sebenarnya takde lesen..kereta je ade.. so semua kena kirim en.suami atau upline fa untuk bantu fa beli kalau urgent. Kalau tak fa login je Shaklee2u tu klik klik beli online. Esok lusa sampai dah depan pintu rumah. :)

Jadi sebelum pukul 11.59pm hari ni takde istilah mengalah. Cuma mungkin akan lebih berserah. Usaha tetap usaha.. sekarang masa untuk tawakal dan berserah. Sebab sepanjang bulan fa dah cuba buat yang terbaik kan.

Biasa.. ni memang biasa.. bisness ade pasang surut. Hari ni orang berpusu-pusu whatsapp nak beli. Hari ni sibuk sampai lupa semua kerja rumah. Esok langsung takde sales.. lusa ade balik tapi berapa kerat je.. biasa..itu memang biasa.. dah 3 tahun fa dalam Shaklee ni benda tu semua dah lali. Siapa kuat je akan bertahan. Jadi fa rasa fa kuat sebab tu dah 3 tahun. Kalau tak kuat lama dah tukar bisness jual tudung neelopak ke AJ ke hehehhe

Fa yakin bisness Shaklee ni bisness jangka panjang. Bukan bisness yang suam-suam kuku sebab ramai master2 dalam shaklee ni dah berpuluh tahun buat Shaklee. Masih lagi dalam shaklee. Lebih kepada makan hasil tanaman yang mereka usahakan puluh2 tahun lepas... sekarang hanya bantu dwnline2 utk berjaya macam mereka.. bantu je shaklee bagi imbuhan tau.. bukan buat saja-saja.. motivasi sungguh!!

Fa nak macam tu la.. tak mustahil..memang tak mustahil tapi nak dapat jadi camtu kena la gigih dari sekarang. Fa ngaku fa banyak buang masa.. kalau la tau Shaklee lebih awal mungkin fa dah Master sekarang ni kot.. muahahhaha

Fa ade ramai dwnline.. alhamdullilah dalam ramai tu ade yang serius, ade yang tak.. ade yang cepat mengalah.. yang cepat mengalah biasanya yang sebulan awal sales gila banyak..bulan depanya takde sales.. terus gaveup.. Nak.. kau baru sebulan bisness..baru SEBULAN.. kang cakap lelebih merajuk pulak kan... sadis...

Fa selalu motivate diri camni.. kalau bisness ni pon kau cepat gaveup. Cepat mengalah.. kau buat la ape pon bisness.. sama je.. sebab bisness ni bukan hari ni start esok kau dah dapat juta-juta sales.. kau bukan Neelofa..bukan Datin Juma.. eh tapi takde yang mustahil if kau selalu ingat Allah.. selalu jemput rezeki.. serius. Ini fa percaya.. jemput rezeki.. kena rajin lagi jemput rezeki insyaAllah

Ok lah.. off solat zohor then start mengadap laptop settlekan a few thing yang tak settle.. semoga ade keajaiban dalam closing kali ini.. Aaminn

Siapa yang nak beli Shaklee last minit.. yang dari awal bulan asik servey-servey, gaji dah masukkan? Ape lagi meh whatsapp fa. Beli dengan fa la senang.. sampai kesudah i will followup u.. jangan bosan pulak k. Sebab fa nak semua customer fa dapat hasil yang terbaik dan semoga semua customer serasi dengan Shaklee.



Nota Kaki :: Mamy nak naik stage ambik award masa Shaklee National Conference tahun ni!!!!




posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...