Nuffnang

Monday, February 29, 2016

Exclusive Sangat ke?

Assalamualaikum

Sebenarnya dah lama kot issue Tudung Bawal ni. Fa baru je nak komen kat entry sebab tetiba hari ni berlalu-lalu balik kat wall fesbuk.

Memula fa dapat gamba bawal ni dengan harga dari biras fa. Dia memang jual tudung. Ingat ke dah beralih menjual Bawal Exclusif. Dua kali tatap gamba tu baru perasan harganya masyaAllah.. RM1K ++ paling murah dan sampai RM5K++.. pengsan sat...

Tudung paling mahal fa beli Kekaboo RM35 sebab terlalu nak sangat corak tu.. yang paling murah RM5 plain Shawl beli kat kedai borong sebab dulu trend pakai plain shawl.. Kalau atas RM30 fa sebenarnya tak akan beli atau lupakan hasrat tu nak membeli sebab dari beli tudung yang mahal baik beli benda lain yang berbaloi. Tudung bukan tak berbaloi kalau beli.. fa sendiri ade banyakkkk tudung macam-macam style & corak dalam lemari tapi fa kerap pakai ulang dua tiga je yang lain simpan kemas dalam lemari tu.

Tapi ade je orang suka beli tudung yang mahal-mahal & berjenama macam Ariani, Fareeda etc sebab kualiti & branded maybe. Sama macam handbag, baju dll siapa yang suka beli branded mereka akn tetap beli walaupun harga memang terasa tersekat kat tekak.



For me.. mampu boleh beli..beli.. takmampu beli dok diam2 sebab banyak je koleksi tudung yang mampu milik.. cantik-cantik semuanya kan..

Jangan sebab nak ikot trend, nak sangat nampak exclusive, nak sangat orang puji sampai sanggup berutang keliling pinggang... huhuhu

Bawal Exclusive ni mahal sebab dia guna batu kristal swarovski yang memang mahal harganya sebab kilauan dia memang bling-bling sangat tak macam kristal biasa yang kita beli kat kedai-kedai tu. Fa tau sebab makcik fa memang gilakan kristal swarovski ni dan dalam 10 biji yang haluih tu pon dah rm40++ ke lebih camtu la.. tapi kristal ni kalau memang cantik la. Kalau 10 biji haluih tu pon harga dah berpuluh-puluh.. diletak kat sekeliling tudung tak beriban reganya? 😅

Tarik nafas..jom baca komen admin Bawal Exclusive ni...



Jangan kecam ye.. beli je bawal biasa.. pastu g cari kristal kat kedai jahit ke..kedai bunga ke.. tampal sendiri ikot kretiviti anda. Harga lagi murah & puas hati sebab kita yang buat sendiri..

Nota kaki :: suka bawal Kekaboo sekarang sebab kain dia selembut kapas & selesa gila bila pakai. AJ pon suka jugak tapi lately ni apesal corak dia cam tak berapa cun eh??


posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...