Nuffnang

Thursday, February 25, 2016

Final Gegar Vaganza 2015 - Siti Nordiana ( Putus Terpaksa ) Best Audio HD



Assalamualaikum
Melayan video Final Gegar Vaganza 2015 sekali lagi. Tapi ulang Siti Nordiana nyanyi je. Tu je yang menarik perhatian. Dulu mesti ramai tak minat dia ni kan? Sebab ramai yang cakap dia ni penyanyi kekampungan. Dia pon takde la naik sangat pon sebab dia muncul pon zaman Siti Nurhaliza tengah meletup-letup. 

Rindu!!! Rindu nak pergi karok.... Semenjak ada anak ni memang tak pernah dah nak pergi karaoke. Adik-adik pon pergi tak ajak..sedara mara pergi pon tak ajak.. alasan.."anak kau sapa nak jaga" 

okklahh.. Lepas gian kita karok je kat rumah. Anak kat sebelah je pon, boleh karok sambil tengok anak.. Itulah seronoknya jadi housewife..hehehe Bayangkan masa sebelum ada anak aktiviti Karok ni memang kerapla fa join. Seronok memekak lepas stress dalam tu dengan sepupu sepapat & adik beradik. Lepas ada suami, suami pulak join group karok tu. Jadi bila dah hampir 3 tahun tak karok, tak rindu?? 

 Kalau dulu suara nak sampai high pitch pon tersekat-sekat. Lepas bersalin ni & dah jadi mak makin tinggi pulak suara. Jangan terkejutla kalau sekarang suara dah boleh sama level dengan Ziana Zain kan.. hahhaha Ok fa nak melayan lagu Ziana Zain Putus Terpaksa tapi version Siti Nordiana. Sebab suka sangat suara "Leman" dia tu. Jangan kecam mak ye :))))

Nak beli Shaklee Whatsapp je la ye.. sambil-sambil melayan lagu ni boleh je fa reply Whatsapp :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...