Hampir 1 tahun fa bergelar WAHM (working at home mom) dan hampir setahunlah airis direct feeding. Bekerja di rumah bukan benda yang mudah lebih-lebih lagi ada anak kecil. Fa akui WAHM ni memang cita-cita fa start airis dalam perut lagi. Tapi seriusly...bukan mudah. Kekentalan & kekuatan badan & emosi kena seiring baru lah semuanya lancar. Siapa yang WAHM mesti tahu!
Airis memang seorang yang sensetif, suka menjerit, suka menangis, suka memberontak kalau tak dapat apa yang dia nak. Kalau tidur pun sekejap-sekejap, belum sempat fa settle kerja rumah dia dah bangun & akan mengamuk sebab tidur tak cukup. Cara senang dengan menyusu. Menyusu tu je yang boleh buat dia tenang. Tapi lately, dia suka mengempeng (melekat) menyusu lama-lama taknak lepas. Fa selalu cakap ni sindrom anak pertama - bila fa bandingkan airis dengan anak-anak kawan fa yang pertama, lebih kurang je, cuma tengok macam mana kita handle situasi tu. Baca lah sebanyak mana buku cara didik anak tetap sama kalau kita sendiri tak usaha & beri didikan yang betul. Serius, fa banyak koleksi buku-buku motivasi untuk ibu bapa yang fa beli konon nak baca untuk tambah pengetahuan samping-samping boleh lah tahu mana silapnya kan, tapi... manelah nak curi masa nak membaca? 24 jam satu hari bagi fa memang tak cukup.. 24jam rasa macam berapa jam je sehari.
Kadang rasa mesti didikkan fa salah, didikkan yang nak mudahkan fa, kalau nangis - menyusu, kalau memberontak - kasi tab, bila tab takada dia akan menangis menjerit sampai fa sendiri stress!
Tapi fa fikir balik, mana yang salahnya. Airis ni suka orang ada dengan dia, layan dia, main dengan dia. Ye lah kan nama pun sindrom anak pertama... Airis tak reti nak main sendiri, tak reti nak layan diri sendiri jadi tu memang sukarkan fa nak buat kerja-kerja fa seharian!
Ramai orang tanya macam mana fa handle kerja dekat rumah dengan handle anak kecik memang tak masuk akal. Airis mula-mula memang susah nak handle, nampak laptop on, dicampaknya tab dia nak nak laptop. Tapi makin lama dia makin faham - fa akan cakap dekat dia hari-hari "mamy nak buat kerja mamy hari ni, airis be good ye, airis main sendiri ye, mamy around dont worry" So far dalam 7 hari seminggu 5 hari airis bagi mamy chance buat kerja. Ok lah kan.. nanti dia dah besar dia mesti faham.
Kalau buat kerja dapur, memasak atau membasuh, airis memang sifat dia suka melekat. Macam mana fa handle? Bawak sekali dia pergi dapur if dia tengah mood nak melekat. Biar dia tengok ape fa buat. Sampai fa kendong dia masa masak. Teringat makcik fa cakap, orang dulu ape-ape je kendong anak, masak, membasuh,mengemas semua kendong anak. Sebab tu mak-mak kita pandai buat kerja rumah, masak, menjahit sebab dari kecik dorang dah didekatkan dibiasakan dengan semua tu. Jadi fa selalu doa yang baik-baik semoga airis jadi anak yang rajin, tolong mamy kat dapur. Masa buat kerja tu borak-borak dengan dia apa yang kita buat, kenapa kita buat.
Airis ni memang ada mood dia, jadi kalau fa lama kat dapur tu fa biar je dia dekat dapur. Peti sejuk fa penuh dengan fridge magnet ABC, 123 jadi dia akan berdiri depan tu main dengan fridge magnet. Sebab tu dapur fa pastikan bersih & mop dengan dettol & BASIC H Shaklee!
Rutin harian fa, pagi sebelum airis bangun fa settlekan breakfast en.suami, then airis bangun settlekan airis pulak, mandikan & suapkan makan. Sambil dia leka tengok TV fa akan masak nasi untuk tengah hari & siapkan lauk untuk tengah hari. Tengah hari semua dah settle fa akan lunch sama dengan airis. Jadi untuk bisness fa, lepas fa settle hal rumah baru fa buat urusan bisness fa.
So far setiap malam fa akan tulis apa yang fa nak buat keesokkan pagi. Macam To-Do-List. Alhamdullilah task yang fa tulis tu semua settle walaupun kadang agak kelam kabut, kadang tak sempat nak habiskan task & terpaksa dibawa kehari yang lain.
Takde benda yang senang dalam hidup kita! Semuanya ada cabaran dan kita perlu laluinya. Fa bangga fa WAHM! fa syukur sangat Allah beri peluang fa jaga anak fa sendiri. Rezeki Allah maha luas, dapat tengok anak depan mata pun rezeki kan? Mungkin ada yang takut nak WAHM sebab komitmen yang tinggi. Tapi duit tak boleh beli nyawa. Fa rela korbankan semua dari beri nyawa anak fa pada orang lain. Fa yakin Allah akan beri pulangan yang terbaik - insyaAllah
Kalau fa reply lambat tu harap maklum ye, Kalau fa pos lewat sehari tu harap maaf ..hheheh
Jadi untuk ibu-ibu yang selalu stress nak handle rumah tu, sepanjang-panjang buat kerja rumah tu selawat banyank-banyak, insyaAllah Allah bantu ringankan. Jangan lupa makan supplement Shaklee untuk pastikan badan bertenaga setiap hari!!
Vitamin Mamy setiap pagi :
ESP - minum segelas untuk tenaga & mealreplacement if tak sempat makan + Milkbooster
Vitamin C - 2 biji untuk kuatkan sistem imun
B-complex - 2 Biji untuk tenaga & elak stress/mood swing
Vitalea - Multivitamin untuk cover kehilangan vitamin dalam badan & buat badan tak lesu sepanjang hari
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan sekitarnya
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM68.90 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.
** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 .60 bagi semenanjung & RM21.20 bagi Sabah & Sarawak
**HARGA BARU BERKUATKUASA 1APRIL 2015**
No comments:
Post a Comment