Nuffnang

Friday, April 11, 2014

Ibu demam boleh menyusukan bayi.

Assalamualaikum.

Semenjak lahirkan airis, fa tak pernah demam.. alhamdullilah. Tapi bila airis makin membesar, dah pandai taknak tidur asyik nak borak je , fa  pulak balik kerja dah penat tapi still kena teman airis berborak sampai 2 3 pagi. Badan yang kurang rehat terus kena demam selsema.

Mula-mula suhu takat 38' tapi naik sampai 39.1'. Sekarang kan tengah fames kes dengi .Tapi tu bukan yang fa risaukan, fa lebih risaukan airis. Dalam kepala ni fikir if demam makin worst, airis kena minum susu pump, malam kena tidur asing... huhuhu bangun je dari tidur, fa cepat cepat bancuh Performance Drink mix dengan ESP. Makan roti telan vitamin C plus dan B complex Shaklee.

Badan dah start sengal sengal. Tapi fa terbaca FB Dr.Zubaidi yang ibu demam still boleh menyusukan anak dan insyaallah tak akan berjangkit. Sebab bayi susu ibu mempunyai antibody yang kuat.

"Ramai yang agak keliru dan risau dengan kemudharatan yang mungkin dialami oleh anak yang disusui oleh ibu yang sedang mengalami demam. Secara logik pemikiran, seorang ibu yang sedang sakit dan demam akan menyebarkan penyakitnya kepada anak yang disusui. Namun ini tidak benar.Banyak pendapat-pendapat dari pakar perubatan, bahawa penyususan susu ibu harus diteruskan walaupun seorang itu sedang mengalami demam. Apabila seorang ibu sedang ‘demam biasa’ seperti selsema, sakit tekak, batuk, mereka digalakkan untuk terus menyusukan anak mereka. Ia tidak memudharatkan anak yang disusui. Cuma apabila mendapatkan rawatan, harus memberitahu doktor bahawa dia sedang menyusukan anak, agar doktor akan memastikan ubat yang diberikan untuk merawat ibu yang demam itu selamat untuk diberikan kepada mereka."
(Sumber FB Dr.Zubaidi)

Sebab airis dah nampak fa, memang cari nenen la dia.Fa tetap susukan dia  tapi fa pakai mask supaya selsema & batuk fa tak kena kat Airis tapi biladia tidur,fa amek masa tidur & angah akan siap-siapkan susu chilled. So bila Airis bangun, angah bagi Airis susu chilled yang dah dipanaskan. Jadi fa boleh amek masa untuk rehat.

Fa memang tak berani nak makan ubat klinik walaupun doktor cakap ubat tu safe untuk bayi. Jadi untuk kuatkan badan lagi sekali fa bancuh Performance Drink, minum air masak yang banyak.

Bila malam airis biasanya kena bobok(ayat dodoi untuk airis) baru dia tidur lena. Fa mintak angah bobok kan dia lepas fa selesai nenen. Tapi budak bijak ni nak mamy jugak bobokkan. Jadi fa telan Ostematrix alhamdullilah badan sengal terus lega & fa bobokkan airis sampai dia lelap. Still pukul 1  pagi jugak dia tidur. Lepas Airis lelap fa chek suhu, Alhamdullilah turun 37.9'. Hope esok terus kembali ke suhu normal. Insya allah.

Alhamdullilah bangun pagi tadi suhu dah normal. Tapi still on MC sebab batuk & Selsema belum baik sepenuhnya. Still tak boleh gomol-gomol Airis. Tapi Still boleh susukan Airis. Tanpa risau & ragu-ragu.

Jadi ibu-ibu yang demam tu jangan takut untuk terus susukan bayi anda ye. Selagi anda tak makan ubat-ubatan yang membahayakan bayi. Jangan lupa minum air masak yang banyak atau boleh cuba Vitamin Shaklee yang dapat tingkatkan antibodi dan ketahanan badan. Sebab Shaklee Smulajadi dan selamat untuk diambil oleh ibu menyusu.

Ok Airis dah lena fa nak rest sekejap sebelum tadah air sebab esok kembali catu air untuk 2 hari :)

Boleh LIKE FACEBOOK Dr. Zubaidi nanti ye.
https://m.facebook.com/DrZubaidiHjAhmad/posts/664312763588802

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...