Nuffnang

Wednesday, June 29, 2016

Rezeki 10 Ramadhan Terakhir

Wuwuwuuw dah ramadhan ke-24 rupanya. Baju raya, kuih raya, duit raya korang dah settle? Seriusly fa bagitau, fa punya semua belum settle. Tunggu la gaji esok insyAllah settlelah hendaknya. Tapi macam sebelum-sebelum ni kami beraya secara sederhana. Baju fa banyak yang recycle balik dari last-lat raya. Masih muat, masih cantik, pakai pon 2-3 kali je kan... Cuma airis punya je la kami fokus lebih sikit. 

Alhamdullilah, 10 malam terakhir fa berkesempatan solat terawih dekat masjid kampung. Kalau balik Melaka je la baru dapat terawih dekat masjid berjemaah sebab Airis angah yang jaga. Sabtu 25hb, kebetulan malam tu malam ganjil, jadi mama dah pesan, ni malam Lailatul Qadar.. Malam yang mempunyai banyak kebaikan & gandaan. Malam yang lebih baik dari 1000 malam.. Doa banyak-banyak. 

Nak dijadikan cerita, dah seminggu sales fa macam perlahan. Memang tahu bila nak raya ni bisness macam fa ni kurang sambutan sikit sebab orang lebih tumpu nak beli baju raya & persiapan raya. Tapi fa tak pernah putus doa moga Allah hantarkan mereka yang memerlukan & berkemampuan nak dapatkan supplement untuk diri sendiri atau keluarga. Rezeki Allah kan Maha Luas.

Bisness macam ni la.. ada masa kat atas, ada masa kat bawah.. hati kena kental & kuat jangan mengalah! Itu yang selalu fa ingatkan diri sendiri & downline-downline fa.

ok sambung...Sampai masjid, fa sedekah sikit untuk tabung masjid dan doa "Ya Allah aku dah lakukan tanggungjawab aku, & serahkan semua urusan-urusanku pada Mu sesungguhnya Kaulah yang Maha Mengetahui & Maha Pemberi Rezeki" 

Lepas solat Isyak nak tunggu Terawih, fa doa banyak-banyak, buat solat sunat 2 rakaat mohon permudahkan perjalanan rezeki. Sebak rasa masa tu sebab Allah je yang tahu kan... Balik dari solat, rasa tenang je. Fa dah buat yang terbaik sebelum ni, InsyaAllah yakin dengan pertolongan Allah. Kita mana tahu kan...

Esoknya fa dapat call dari seorang 'Chinese' ni call nak beli Vivix.. terkedu rasa alhamdullilah closed deal. Menggigil rasanya tangan lepas ended call. Fa doa lagi moga Allah beri lagi rezeki last-last minit ni, Fa buat balik blast SMS dekat customer-customer fa. Yakin ada rezeki last-last minit. sambil-sambil tu doa doa doa...

Dipendekkan cerita.. sales fa satu hari tu dekat nak RM1 ribu lebih!!!!! Alhamdullilah syukur Ya Allah.. Ajaibkan.. ye bagi fa memang ajaib.. Allah sayang kita sangat.. Allah beri apa yang kita nak. Banyak lagi nikmat rezeki lain selain rezeki sales alhamdullilahh

Berdoa lah banyak-banyak sepanjang bulan Ramadhan ni, berdoa jelas apa yang kita nak. 

Semoga Allah sentiasa ampunkan segala dosa-dosa & kelalaian kita Aaminn.

Sebelum terlupa SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI untuk semua kawan-kawan blogger, customer-customer dan semua pembaca blog finurzcreations.blogspot.com





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...