Nuffnang

Thursday, May 19, 2016

Resepi Mudah : Nasi Goreng Kampung


Semalam konon-konon nak cabar diri update 3 entri sehari, yang sempat 2 entri je. Ingatkan malam nak sambung lepas en.suami balik, boleh tolong jaga airis kejap sementara fa siapkan entri yang last. Tapi memang itu tak akan berlaku sebab selalunya malam ialah masa dengan famili, harapkan suami jaga airis, airis pulak jaga babah dia sebab babah tertidur dekat sofa lepas makan malam.. huhuhu sian dia penat sangat agaknya kerja seharian.

Nanti la cerita pasal cabaran update blog ni.. pagi ni lepas settle solat selalunya kepala dok terfikir nak masak apa untuk breakfast.. teringat baki nasi ada dalam fridge, kangkung pon ada, ikan bilis pon ada.. Nasi goreng Kampung pon shodap kan..

Suami lately ni cakap taknak makan nasi, jadi fa hanya masak nasi tengah hari untuk makan Airis, bila màlam suami hanya gatah lauk je dan minum ESP SHAKLEE dan sebelum tidur makan HERBLAX 4 biji nak kempiskan perut & kurangkan berat badan katanya.. tapi dah 5 hari dia tak makan nasi, minum ESP & makan HERBLAX nampak la kempis sikit perut dia.. nampak dia more energy sebab toxin dah banyak keluar masa membuang..

Jadi nasi yg tak habis tu fa simpan takut basi, sayur kangkung pulak ada dlm fridge tak berusik sebab tak tau bila nak masak. Kalau masak takde pulak orang makan.. sebelum kangkung tu benyek baik siang dan masak.



NASI GORENG KAMPUNG

Bahan-bahan diperlukan
Nasi sejuk
Segenggam Ikan bilis utk goreng
Kangkung
Kiub ikan bilis

Bahan tumbuk halus
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 3 ulas
Sedikit ikan bilis
Cili padi 10 biji - kalau nak pedas tambah lagi berapa banyak anda suka

Bahan ini seeloknya ditumbuk baru sedap

Cara-cara :
1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis ketepikan

2. Minyak yang sama, gorengkan bahan tumbuk sehingga wangi & garing,

3. Masukan sedikit kiub ikan bilis, sos tiram (optional) gaulkan sebati & masukan Kangkung yang dah dicuci & disiang

4. Bila dah sebati rasa masukan nasi sejuk. Gaul-gaul sebati.

5. Last sekali taburkan ikan bilis yang dah digoreng awal tadi.

6. Siap - hidang - makan

Nasi goreng kampung ni sedap kalau pedas. Tapi fa punya tak berapa pedas sebab cili padi yg fa beli tu tak berapa berapi..

Selamat mencuba & Happy Breakfast semua :)


posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...