Nuffnang

Saturday, May 21, 2016

Cabaran Blog : Full Moon

Letih sangat hari ni, semalam hari ke 3 airis muntah-muntah. Tapi muntah sebelah malam. Siang elok je dia, tidur siang pon takde pulak dia bangun & muntah. Malam je pulak tu dia muntah. Dah 3 malam fa & suami tak lena tidur. Tidur pun terjaga-jaga sebab airis tersedak & terus muntah. Setiap malam kerja mengelap muntah je, pagi pulak membasuh baju-baju terkena muntah.

Sebab tu kalau nak update entri fa akan pastikan siap sebelum malam, Sebab malam je selalu airis ni nak mengendeng, nak melekat. Siang pon sama je cuma bila malam dia extra mengada. Kalau ada babah pon, mamy ni jugak di carinya. Tu yang jadi malam semalam. Idea langsung tak ada nak update entri. Lepaskan 2 je cukupkan syarat janji blog berupdate. Ingat malam bila airis tidur boleh la nak update guna aplikasi "bloggeroid" sebab selalu malam idea datang mencurah-curah, sudahnya tak jadi sebab uruskan airis yang muntah-muntah.

Hari pertama muntah, kahak keluar, muntah putih susu masa fa tengah siapkan entri last hari tu. Terus laptop fa off tak ada mood nak sambung bila tengok airis muntah. Hari kedua, malam juga dia dah tidur, fa baru nak draft entri untuk esoknya, airis tersedak batuk terjaga & terus muntah. Kahak juga. Lepas sapu badan dia dengan Vicks, susukan seperti biasa. Dia tidur lena sampai pagi. Malam tadi, dia dah start muntah dari dalam kereta OTW balik dari makan malam. Bersambungan sampai pukul 4 pagi tadi. Kesian dia tidur pun terjaga-jaga menangis sebab tak lena tidur. 

Baru teringat Nutriferon kat dapur, fa bancuh dengan air , babah selawat & baca Al-fatihah, bagi dia minum. Fa pun minum segelas ESP & sepeket Nutriferon sebab malam airis menyusu. Baru teringat yang masa dalam kereta tu airis asik tengok bulan je.. "wahhh cantiknyaa..cantiknyaa moon mamyy" Terus dalam hati cakap.. ooo maybe ni simptom-simptom full moon....



Fa tak tahu sangat pasal full moon ni, tapi selalu la baca kat group-group Telegram kalau full moon je anak-anak meragam teruk. Tapi bila fikir-fikir, memang dari airis baby, ade malam-malam yang dia meragam teruk dan bila besar ada malam-malam yang dia tak lena tidur & keruh dia kuat dari biasa. Jadi kalau ikut calender bulan penuh, 19,20 ialah fasa bulan hampir penuh & 21 ialah bulan penuh. & 3 malam ni lah airis muntah-muntah.. alahai...

Tapi apa kena mengena dengan Bulan penuh / Full moon ni? Kaitan dia ialah, bila bulan penuh, parasit akan terlebih aktif & masa bulan penuh inilah cacing-cacing seperti cacing pita, cacing gelang sangat-sangat aktif. Sebab itu kebanyakkan orang terutamanya kanak-kanak akan ade simptom-simptom seperti keletihan, alahan, kemurungan, sembelit, muntah, batuk, demam, cirit birit & banyak lagi.

Biasalah budak-budak kan, kita bukan boleh selalu pantau aktiviti dia. Baru semalam fa dettol semua satu rumah & airis pulak fa tak beri ubat cacing. Banyak lah simptom-simptom yang ada dekat airis ni berkaitan dengan simptom full moon. Anda boleh baca artikel menarik tentang ini dekat sini ----> http://liyasyamel.blogspot.my/2015/03/cara-mengesan-dan-merawat-parasit.html

Banyak info yang kita tak tahu, boleh jadi tahu bila baca blog atas ni. Menarik sangat info di dalamnya.

Anda perlu makan makanan yang anti-parasit selama 5 hari sebelum & selepas full moon. Makanan anti parasit ialah seperti biji labu, biji betik, cengkih, kayu manis, kunyit, halia, bawang putih, lobak merah, cuka apple, buah delima, minyak zaiton, minyak kelapa dara, makanan yang ditapai macam tempoyak & kimchi dan lain-lain makanan yang baik untuk membersihkan usus & menguatkan sistem imun.

Cuba elakkan dari makan makanan yang terlalu manis, makanan segera, makanan yang beryis, tepung, produk tenusu sebab makanan ini akan mengaktifkan lagi parasit-parasit dalam badan.

Hari ni nak kena bawa airis jumpa Dr.Sofea. 

======================================================


Nutriferon merupakan satu-satunya interferon semulajadi didunia yang menggabungkan 4 jenis ekstrak tumbuhan iaitu:

BIJI LABU - merangsang pengeluaran interferon semulajadi didalam tubuh dan menentang radikal bebas dan faktor penyebab kancer.
BIJI PLANTAGA ASIATICA - mengandungi polisakarida yang mengaktifkan sel-sel imun.
HONEYSUCKLE JEPUN - menentang pencerobohan virus dan kuman.
BUNGA SAFFLOWER - menghasilkan dan memperkuatkan keupayaan makrofaj memusnakan virus dan kuman

=========================================

PENGEDAR SHAKLEE SRI PETALING, PENGEDAR SHAKLEE BUKIT JALIL, PENGEDAR SHAKLEE SUNGAI BESI, PENGEDAR SHAKLEE TASIK SELATAN, PENGEDAR SHAKLEE KUCHAI LAMA,PENGEDAR SHAKLEE OUG

Whatsapp/SMS/Telegram 012-3841916
Like us on Facebook : Finurz Creations
Follow us on Instagram : @finurz_creations



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...