Nuffnang

Friday, May 20, 2016

Sukanya Dia Makan Buah Kurma!


Siapa yang tak suka buah kurma kan? Buah yang banyak sangat khasiatnya. Buah kurma Ajwa/kurma nabi merupakan Milkbooster fa. Masa tengah aktif buat sesi stok susu perahan, selain dari amalkan ESP & ALFALFA Shaklee secara konsisten, buah kurma juga bantu melancarkan pengeluaran susu badan.

Alhamdullilah rezeki dapat sebekas penuh buah kurma dari Mekah. Ibu mertua baru balik dari menunaikan Umrah dapat la merasa buah kurma yang segar. Sedap sangat. Airis dulu masa start makan solid food memang fa beri dia buah kurma. Airis memang gemarkan buah kurma & kismis . Tapi bila dah makin besar dah makin bijak memilih makan dia jarang nak makan buah kurma ni ye lah bukan selalu dapat makan , jadi dia tak biasa mungkin. Bila bagi je dia geleng taknak.


Tapi lately ni dia suka sangat makan buah kurma. Tak tahu start bila dia nak makan buah kurma ni.Mungkin dia nampak babah dia atau mamy dia makan jadi dia pon nak makan. Siap ambik sendiri dalam bekas. Makan bukan sebiji tapi 3 biji sekali. Esoknya minta lagi. Fa sengaja letak dalam satu bekas dengan kekacang.. jadikan 'jajan' airis bila dia tengah mood nak mengunyah.

Tengok bekas ni asalnya penuh dah tinggal beberapa biji dah. Nak puasa ni boleh la borong buah kurma banyak-banyak sebab Airis suka makan. Fa boleh blend dengan MealShakes dan freshmilk bagi dia minum juga nanti :)


Banyaknya Khasiat Buah Kurma!!

Buah kurma kaya dengan protein, vitamin B1, B2, B3 and B5, A dan C. Selain itu juga mengandungi kalsium, manganese, copper, besi (iron) dan magnesium. Buah kurma juga tinggi dengan Potassium yang penting dalam menyeimbangkan bendalir badan, termasuklah kawalan denyutan jantung dan tekanan darah manakala fiber/serat pula sesuai untuk penghadaman dan memberikan tenaga yang berpanjangan


=====================================================
PENGEDAR SHAKLEE SRI PETALING, PENGEDAR SHAKLEE BUKIT JALIL, PENGEDAR SHAKLEE SUNGAI BESI, PENGEDAR SHAKLEE TASIK SELATAN, PENGEDAR SHAKLEE KUCHAI LAMA,PENGEDAR SHAKLEE OUG 

Whatsapp/SMS/Telegram 012-3841916 
Like us on Facebook : Finurz Creations 
Follow us on Instagram : @finurz_creations 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...