Nuffnang

Sunday, May 22, 2016

Alahai Doktor........


Bila airis dah 3 malam asik muntah je, terus risau melanda.. cadangnya nak bawa pergi Klinik Sofea Puchong Utama. Rindu sebenarnya dengan doktor sofea tu. Ye la dulu masa airis dalam perut buat scan setiap bulan dengan dia sebelum buat full checkup dekat Hospital Columbia dengan Doktor Raja.

Jauh sangat tu ke Puchong dari Sri Petaling. Macam Sri Petaling takde Klinik kan..? Memang ade klinik pakar kanak-kanak - KiddiCare cawangan Sri Petaling - tapi dah tutup, klinik lain tak berapa nak sure . Kalau boleh suka yang pakar kanak- kanak sebab boleh nak tahu detail sebab fa banyak betul soalan pasal wanita nak tanya & Doktor Sofea tu kalau bagi pendapat memang buat orang suka nak dengar. Lagi pon dia lembut je bila bertutur. Selesa la kalau nak tanya bab-bab perempuan kan.

Macam biasa klinik sofea memang ramai orang. Selalu yang pergi situ preggy mommies yang nak buat scan 3D/4D sebab klinik sofea memang paling murah kalau nak buat scan. Sorang 25minit nak scan. Ade lagi 5 orang camtu. Fa malas nak tunggu lama sebab lepas tu nak balik melaka pulak. Jam pon dah pukul 4petang. Nak tak nak sebab dah sampai kan.. peegi je la kat klinik an-nur sederet dengan klinik sofea tu. Fa pernah peegi situ 1st time nak ambik gamba scan airis dalam perut sebab KKIA mintak sebelum buat buku Pink. Kali kedua pergi masa airis demam panas kes yang sama klinik sofea ramai orang. Jadi ni kali ke 3 pergi klinik ni sebab malas nak menunggu Q orang kat klinik sofea.. huhuhu takde rezeki lagi nak jumpa dia.. huhuhu...

Klinik an-nur ni doktor dia bertukar-tukar. 3 kali pergi 3 org doktor yang berlainan, semalam doktor lelaki. Fa bagitau tentang airis muntah, tidur berkeruh till tersedak. Fa mintak doktor cek peparu airis risau dia ada asma. Sebab family fa semua ada asma. Cam biasa doktor cek, bagitau peparu airis clear-alhamdullilah. Fa mintak doktor buat neb sebab airis macam banyak kahak yang tak lepas, doktor ckp boleh tapi tak perlu ubat sebab lung dia clear, buat steam je kasi pecah kahak. Jadi bila kahak pecah senang nak keluar. Dia suruh airis baring nak cek perut. Masa tu airis cakap 'no mamy...no!' Dalam slang dia.

========================

'Anak you ni slang dia slang TV kan?'...

'Ape maksud doktor?'

'Maksud i..slang dia tu.. dia banyak tengok cartoon jadi slang dia sebiji-sebiji macam dalam cartoon'

'Owh.. ade masalah ke kalau camtu?'

'I ade handle satu case budak ni yang tau cakap english je, cakap melayu tak reti padahal mak ayah dia comunicate dalam malay'

'Ok.. tapi airis ade jugak cakap melayu.. certain word dia cakap melayu..'
'
' i suspect dia akan ade masalah communication bila dia besar... u cakap dengan husband u bahasa ape... dia cakap dengan airis bahasa ape.. u cakap dengan airis bahasa ape...'

'.......... campur.. saya memang nak dia pandai communicate dalam english.....jadi sekarang anak saya ni ok tak doktor? Dia muntah tu sebab ape? - tukar topik- '

'i bagi dia steam je la, tapi u pantau la anak u tengok dia membesar skill communicate dia camne....'

=====================

Ok..doktor ni.. malas layan.. hahahha.. sebelum airis ambik neb/steam fa mintak doktor cek berat & tinggi dia.. tinggi dia 89cm berat 11.5kg. Terus fa tanya.. eh betul ke 11.5kg bukan macam kurus ke tu? Normal ke dia ni doktor.. doktor pon macam tak sure mintak airis naik balik atas pemimbang.. dia cakap nanti dia tengok graf..



Lepas settle airis ambik neb, doktor cakap, dia hanya ada graf untuk budak lelaki dan dia search graf untuk budak perempuan airis ni kira underweight, tapi fa cakap airis kuat makan, dia aktif jugak perlu ke fa risau? Doktor kata mungkin dia kecacingan.. sebab fa pun bukan pernah kasi dia ubat cacing. dulu sekali pernah bagi tapi dia muntahkan balik semua.. pastu dia nampak botol ubat cacing tu dia lari menyorok....

===================

'Airis still breastfeeding..tapi i beri jugak dia susu fresh milk..susu kotak..'

'Laaa no wonder dia underweight.. u patut stop kan BF u should beeindia FORMULA dari umur dia 6 bulan. BF ekslusif sampai 6 bulan je lepas tu u kena beri dia formula...'

' .......formula? Tapi bukan patut susukan sampai 2 tahun? Dan i memang tak bagi dia FM.. hanya beri dia fresh milk.. '

'Susu formula lagi bagus dari susu kotak sebab susu formula tu dia dah masukan segala khasiat dalam tu.. lagipun susu ibu dah tak ada zat lepas 6 bulan...'

Ok malas dah nak taip panjang-panjang ape yang doktor ni bebel pasal susu formula.. sedih.. malas nak layan.. fa datang situ risaukan airis yang muntah-muntah tapi dia sibuk cerita pasal lain..

Bukan nak pertikaikan ape yang doktor cakap.. maybe dia tak support breastfeeding.. maybe ada betul apa dia cakap.. alah.. lain orang lain pendapat kan? Atau fa ni over sikit if cakap tentang breastfeeding... huhuhu

Betul.. airis dah 2 tahun 5 bulan.. memang dah boleh stopkan breastfeeding tapi... fa rasa belum sampai masa lagi..biarla dia puas-puas dulu sebelum ada adik.. & yes itu pendirian fa..

Just terima dengan open minded.. mak-mak yang support breastfeeding.. yang anak dah lepas 2 tahun.. beri tak formula atau fresh milk?

Semoga semuanya baik-baik saje.. entri panjang ni fa update guna aplikasi bloggeroid.. guna smartphone.. jadi mungkin tak teratur & maybe typo ..

Alhamdullilah airis dah beransur ok.. cuma kahak tu dia geli nak keluarkan.. sudahnya dia telan balik.. still beri dia NUTRIFERON & OMEGA GUARD Shaklee.. untuk underweight tu fa akan timbang & pantau airis nanti.. macam tak caya je dia underweight. Tak kesah lah.. janji airis aktif & cergas.. kan..?




posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...