Nuffnang

Thursday, March 10, 2016

Cara Buat Homemade Ice Cream Vanila Oreo TimTam yang sedap & mudah!


Kan tengah viral tentang Ice Cream sumi. Lepas tu banyak gila version homemade ice cream yang memang nampak sedap. 

Airis suka ice cream. fa, mama, angah semua hantu ice cream. Sebab itu lah airis pon terikut. Kejap-kejap nak ice cream. Kalau ice cream Wall's Selection TimTam Choc Blast  tengah offer memang fa angkut beli. Selalu fa dengan airis je tak sampai seminggu ice cream tu dah habis.

Memandangkan sekarang musim panas, memang permintaan kat ice cream ni tinggi. Rumah ni pon jap-jap en.suami beli ice cream vanila sebab dia tahu anak dara dia mesti tanya ice cream. Kalau dulu orang selalu buat ice cream malaysia je kan. Tapi hari ni fa nak ajar buat Ice Cream Vanila Oreo TimTam yang sedap & mudah! Resepi ni fa dapat dari FB & blogwalking. Tapi fa ubah sikit-sikit la ikut kesesuaian. 

Actually fa nak buat style overseas guna cream. Tapi Cream takdok. Kita buat cara orang malaysia buat je laa ye guna Full Cream Milk. Cream jugak kan:)

Memula kita tengok bahan

1 1/2 cawan susu full cream
1/2 cawan @ 4 sudu besar susu manis (ikut tahap kemanisan anda)
2 sudu besar Ovalete
1 sudu kecik Esen Vanila
Biskut Oreo, Biskut TimTam atau ape je la bahan perasa atau biskut yang anda nak masukkan.

Itu je bahan dia.. Senang kan? buat sekarang, bekukan petang kang lepak-lepak tengok Drama Korea Pinocchio sambil makan eskrim buatan sendiri..

Cara nak buat lak camne? Senang je dik.. Tutup mata pon boleh siap. Ade resepi yang pakai telur, pastu mix terus ngan susu then masuk freezer tak masak. Tapi fa ni kalau bab telur mesti nak masak dulu kan. Kembang pulak tekak telur tak masak. Tak hanyir ke bau telur? Jadi fa tak guna telur. Susu pon fa masak sampai mendidih.

Step by step...

1 - Panaskan susu & susu mnis sampai mendidih. Tutup api & sejukkan sekejap


2- Ambik mixer, campurkan ovalete, esen vanila & susu tadi pukul sampai kembang & texture dia cam cream. Selagi tak cream tu jangan brenti ye. :)


3- Ok dah cream tu, boleh la masukan biskut atau segala coklet ke dalam adunan aiskrim tadi. Macam fa guna oreo & timtam, fa ketuk kasar-kasar dan masukan dalam tu.

Bekukan.


Sama kan macam beli kat kedai? Rasa pon samaaa lebih kurang. Taburla segala biskut ke coklet ke ikut kretiviti anda. Fa takde bekas fancy-fancy nak letak aiskrim ni. Fa letak je balik dalam bekas aiskrim yang ade. Takde la si kecik ni asik tanya eskrim je kan.. Nak makan mamy buat..bebila masa je. Senang Jimat kos beli eskrim.. Duit eskrim kita masuk tabung ye nakkkk... hehhhe

Meh la cuba, pastu share kat comment jadi ke tak ice cream anda :)

Sharing is Caring :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...