Nuffnang

Monday, January 25, 2016

Playdoh Homemade yang lebih selamat untuk anak.

Assalamualaikum



Airis semakin bijak. Dia semakin tak dapat duduk diam. Homeschooling activies bagus untuk bebudak yang nak membesar ni. Lagi banyak dan pelbagai aktiviti buat dia leka dan otak dia berjalan. Fa memang dah start buat macam-macam aktiviti untuk airis tapi kena pantas fikir ape nak buat next sebab airis ni 5-10 minit je dah start bosan. Kena pelbagaikan lagi aktiviti dia kat rumah. Nanti fa sharekan aktiviti yang sesuai untuk anak 2-3 tahun.

Tapi hari ni fa nak share cara buat homemade playdoh yang selamat takde bahan kimia.

Siapa yang tak pernah main playdoughkan.. siapa yang taksuka main playdough?? Fa dulu masa kecik-kecik ni laa mainan yang fa ngan adik-adik main. Dulu murah je kot sekarang dah mahal. 1 bekas kecik tu pon dah berapa.



Tau tak anda boleh buat playdoh sendiri untuk anak-anak? Senang je nak buat. Lebih selamat takde bahan kimia. Jadi kalau anak tertelan ke atau memang sengaja nak telan takde laa risau sangat. Masa fa buat playdoh ni pon airis senyap-senyap cubit sikit masuk mulut.. taktau laa ape rasa.. mungkin dia fikir biskut kot. Alahaii...

Resepi & cara buat homemade playdoh



2 cawan tepung gandum
1 cawan garam
1 sudu besar cream of tartar (boleh beli kat kedai bakeri)
2 sudu besar minyak masak
2 cawan air masak
Pewarna (food coloring)

Senang kan bahan-bahan dia? Fa semua ade dah kat dapur. Cream of tartar tu je anty koko airis tolong belikan kat kedai bakeri. Sebotol kecik tu RM2.50. Cream of tartar ni anty koko cakap org guna bila nak buat pavlova.

Step 1
Masukan semua bahan-bahan tu dalam periuk gaul sebati.



Step 2
Letak atas api perlahan. Kacau-kacau sampai pekat (sekejap je dah pekat macam playdoh) . Sejukkan
Kenapa kena masak? Tujuan dia supaya playdoh ni tahan lama.



Step 3
Dah sejuk tu boleh la bahagikan kepada beberapa bahagian. Letak sikit je pewarna dan uli-uli sampai sebati. Macam fa buat 5 warna. Biru,merah,oren,hijau,ungu.

Siap dah boleh kasi anak main. Kos nak buat ni berapa je.. jimat wehh! Haruslahh buat kalau benda-benda nak jimat ni. Bebudak main pon lenyek-lenyek campur-campur kaler dari 5 kaler dah jadi 1.. cer fikir kalau beli yang mahal tu.. kejap je dah takde rupa dah.



Cara penyimpanan
Nak tahan lama, simpan dalam fridge. Fa balut dulu dengan plastik wrap. Then letak dalam bekas plastik. Simpan dalam fridge. InsyaAllah tahan 2-3 bulan. Bila airis nak main keluarkan je terus boleh main dah!

Selamat mencuba ☆ Sharing is Caring!

Sat lagi fa update senarai peserta Birthday Giveaway by Finurz Creations ye..nak join airis main playdoh!

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...