Nuffnang

Sunday, January 17, 2016

Mom's day out!

Salam sayang!

Mamy's Off Day | Hari ni fa off day. Off day seharian dari jaga airis sebab nak tengok cerita Diwale! Penangan SRK & Kajol memang kuat sampai sanggup tinggal kan airis. Nasib mama & angah datang tolong jaga airis seharian & kasi peluang kat fa enjoy tengok movie dengan BFF fa, Rina.



Fa jarang sangat nak tinggalkan airis. Selalu airis kena tinggal pon bila fa pergi kelas-kelas nutrisi & health talk Shaklee. Hari ni airis kena tinggal sebab mamy dia nak pergi tengok Diwale. Kasi chan la kat mamy nak lunjur kaki sat. Kadang-kadang mamy kena gak ade masa untuk diri sendiri kan? So Rina pulak boleh cuti, fa set je date hari ni nak tengok movie & lepak gossiping.



Siapa dah tengok Diwale? Meremangkan bulu roma tengok SRK & Kajol? Seriuss.. fa memang suka tengok hinsdustan especially kalau SRK yang act! Dah ade Kajol so memang pakej la. So far cerita tu memang superb. Tengok banyak kali pon tak bosan. Siapa belum tengok sila lah pergi tengok ye!

Kebetulan fa tengok dekat KLCC, office lama fa dekat menara Maxis. Dah datang sini kena lah jumpa ex office mate. Serius rindu tau zaman bekerja dulu. Gaji besar, setiap kali gaji mesti shopping baju airis kat H&M, setiap kali gaji mesti ade je yang dibeli. Tapi kehidupan kat KL ni memang mahal. Gaji besar pon habis tak sampai hujung bulan. Makan mahal, Tol, Minyak, tapi fa bangga dengan diri sendiri, keputusan untuk berhenti kerja & jaga sendiri Airis dekat rumah bukan satu keputusan yang mudah nak buat. Kalau tengok pada kos sara hidup yang tinggi sekarang memang orang tak sanggup nak berhenti. Tapi alhamdullilah..fa yakin & keputusan nak berhenti dan jadi housewife tu muktamad. Fa yakin Rezeki Allah Maha Luas



Sekarang ni asal selak surat khabar, asal tengok berita ade je kes-kes yang tak best jadi dekat pusat asuhan, dekat rumah penjaga.. bibik pon sekarang ramai yang mental.. adoi.. fa memang seram nak baca kalau benda yang libatkan anak-anak ni. ALLAH! itu yang fa fikir panjang untuk bekerja balik. Kalau keluarga kita yang jaga.. mama ke, angah ke fa tak de lah risau sangat.

Siapa tak takut kan? Dari dua punca pendapatan tetap sekarang hanya harap suami je, alhamdulliah niat nak serius berbisness Shaklee dan jaga anak sendiri kat rumah Allah permudahkan. Yang lebih penting, anak depan mata membesar kita yang jaga. Puas hati. Alhamdullilah!

Jangan takut untuk ambik keputusan untuk jadi suri rumah sepenuh masa! Percayalah.. Allah Maha Mengetahui. ALLAH Maha Memberi.. bila jadi suri rumah kita lebih ada masa untuk dekatkan diri kita pada Allah. Itu yang seronoknya.

Anda seorang suri rumah yang nak cari pendapan sampingan? Minat berbisness tapi tak reti macam mana nak mula? Serius nak berbisness tapi tak nampak jalan yang sebenarnya?

Mungkin anda boleh bershaklee macam fa. Mungkin fa boleh bantu. Whatsapp fa sekarang dan fa akan bantu anda. InsyaAllah. Bisness Shaklee adalah bisness MLM yang paling mudah dan kukuh! Anda juga boleh dapat income yang besar jika anda rajin& serius.

Shaklee tawarkan macam-macam benefit ahli seperti bonus kereta, bonus bulanan, pakej umrah, dan banyak lagi.

Jom join team besar kami! Whatsapp untuk jadi sebahagian dari kami :)

Pilihan di tangan anda!



SMS/WhatsAPP/Telegram 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & pertanyaan mengenai produk Shaklee. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi, Bandar Tasik Selatan, OUG dan sekitarnya

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...