Nuffnang

Monday, January 4, 2016

Fenomena Masak Bali : Resepi Daging & Paru Masak Bali

Fenomena Masak Bali : Resepi Daging & Paru Masak Bali
Assalamualaikum Semua!
Mesti sibuk kan sebab hari ni sesi persekolahan dah bermula. Lagi sibuk bagi mak-mak yang anak baru start masuk sekolah. Fa scroll newsfeed semua kawan-kawan update tentang ni. Lagi 3 tahun la baru fa nak merasa debaran hanta anak sekolah.

Apa-apa pun jangan biarkan perut si anak kosong. Buatkan mereka susu atau bancuhkan segelas Mealshakes Shaklee & beri mereka Vitalea Multivitamin supaya mereka sentiasa cergas,sihat & fokus!

Sebenarnya fa nak share satu resepi yang tengah viral sekarang ni! Lepas resepi ni up kat satu FB page share resepi.. ramai gila orang share resepi Masak Bali ni. Kalau kat rumah, babah memang suka lauk Ayam Masak Serai. Berbeza dengan masak serai, masak bali ni letak kicap,belacan & daun kari.

Resepi asal yang puan resepi ni share guna ayam, tapi fa gantikan dengan Daging & Paru. Jom cekitout resepi & cara Masak Bali ni ye!

Bahan-Bahan
Paru - direbus empuk & hiris
Daging - hiris
Serai - 4 batang yang besar , dititik hujung sampai sikit hancur
Daun kari - 2,3 tangkai
Garam
Serbuk Kunyit
Kicap

Bahan Blend halus
Bawang besar/bawang merah
Bawang putih
Seinci Halia
Belacan
Cili kering - direbus dan blend sekali
* fa guna cili boh yang siap mesin

Cara masak :
1) Paru & Daging dilumur garam & kunyit - Goreng, angkat & ketepikan



2) Dalam minyak yang sama, masukan serai goreng sekejap

3) Dan terus masukan daun kari yang dah dibersihkan & dileraikan dari tangkai. Jangan sampai hangus. Api sederhana



4) Masukan bahan kisar halus tadi & goreng sampai pecah minyak.

5) Masukan Kicap (ikot suka) tapi fa letak 5-6 kali goncang botol. Fa guna kicap jalen. Gaulkan & Masak sekejap. Perasakan dengan garam & gula



6) Masukan daging dan paru. Gaul & masak lagi 8-10 minit. Balancekan rasa. Api jaga jangan sampai hangus. Dah masak angkat & hidang



Makan dengan Nasi panas atau nasi impit memang marveles gila! Puan punya resepi ni bagitau ni masakan faveret keluarga dia & ni dah jadi masakan faveret en.suami fa kat rumah. Kerap jugak la fa masak ni cuma gantikan dengan Ayam. Lepas fa tayang masakan ni kat fb ramai pulak kawan-kawan PM mintak resepi.

Ps; Nasi kena masak lebih ye, sebab lauk ni akan buat anda bertambah-tambah nasi!!

Selamat mencuba :)
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...