Nuffnang

Tuesday, November 3, 2015

Perlunya Pengambilan Vitamin C Oleh Ibu Hamil & Ibu Menyusu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Vitamin C memang terkenal sebagai agen yang diambil untuk kuatkan sistem imunisasi. Fa suka makan buah oren & jambu batu. Tapi bukan lah selalu sangat makan. Kalau ada barulah makan. Dari kecik, mama selalu cakap fa ni lembik. Jap-jap demam, jap-jap sakit. Mama ajar kami adik beradik makan buah oren & vitamin C supaya sistem imun kami kuat. Masa fa pregnant pon, fa memang konsisten makan Vitamin C. Sebab bila pregnant ni senang je kena jangkit kan. Fa ingat lagi masa fa pregnantkan airis pon musim jerebu & fa banyak terdedah kat kuar sebab balik kerja naik tren. Dengan orang ramai, dengan jerebu lagi. Lagipun suami sibuk. Jadi kena jaga diri sendiri & airis yang dalam perut masa tu.

Masa pantang fa konsisten makan Vitamin C untuk kembalikan kesihatan fa & sembuhkan luka bersalin dengan cepat. Mama cakap masa dia pantang dulu dia makan buah oren banyak-banyak sebab vitamin C bantu menyembuhkan luka dengan cepat & baiki kulit kita. Jadi dari makan berbiji-biji buah oren tu, fa telan 2 biji setiap pagi. Lepas bersalin badan kan lemah, senang kena jangkitan. Jadi disini jugak lah fungsi Vitamin C tu menguatkan sistem imunisasi.

 Airis ni dulu suka makan Vitamin C Chewable tapi bila lama-lama dia lebih suka makan Omega Guard dari Vitamin C Chewable mungkin sebab masam. Jadi fa selalu hancurkan dengan sikit air suap ke mulut. Itu pon berkejaran 1 rumah nak suapkan dia. Jadi bila menyusu Vitamin C yang fa makan itulah yang akan disalurkan ke airis semasa menyusu. Airis pon jarang demam.

PERLUNYA VITAMIN C UNTUK KESUBURAN

Pengedar Shaklee Sri Petaling

Siapa kat sini tengah merangcang nak ada baby? Tahu tak, pengambilan Vitamin C sebelum hamil dapat meningkatkan peluang anda untuk hamil. Ini kerana Vitamin C juga membantu meningkatkan kesuburan. Terdapat kajian Kajian menunjukkan terdapat 44% lebih banyak kehamilan apabila wanita yang sedang menerima rawatan kesuburan mengambil 500mg vitamin C seharian.

PERLUNYA VITAMIN C UNTUK IBU HAMIL

Pengedar Shaklee Sri Petaling

Kebiasaannya Ibu hamil ni memang senang nak terkena demam, selsema dan batuk. Dengan konsisten makan Vitamin C dapat membantu menguatkan sistem imunisasi si ibu. Selain itu, Vitamin C sebagai antioksidan menjadikan kulit si ibu lebih glowing & bermaya walaupun tengah sarat mengandung.

Selain itu Vitamin C juga membantu mengurangkan kelahiran pra-matang sebanyak 2 kali ganda & vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi dan asid folik dengan lebih baik mengekalkan kekuatan sel, kekuatan gigi,gusi dan penjagaan fungsi asas badan 

PERLUNYA VITAMIN C UNTUK IBU PANTANG & MENYUSU
Pengedar Shaklee Sri Petaling


Selepas bersalin, biasanya badan ibu akan mengambil masa untuk pulih sepenuhnya. Darah banyak keluar, luka bersalin lagi perlu dipastikan kering bagi mengelakkan jangkitan. Vitamin C membantu memulih & menyembuhkan luka bersalin dengan cepat & mengelakkan dari jangkitan.

Ibu yang kurang Vitamin C akan rasa mudah penat, cepat marah dan mudah mendapat penyakit meroyan. Sendi dan otak akan berasa sakit dan mudah mendapat lebam jika terlanggar meja atau dinding. Gusi berdarah dan jangkitan pada gusi, rambut gugur kulit kering dan mudah jatuh sakit antara masalah yang diamalami oleh ibu yang kekurangan vitamin C.

Vitamin C juga membantu meningkatkan sistem imun si ibu & bayi yang disusui. Kulit ibu yang pucat lesi selepas bersalin akan lebih glowing dan cantik.

Pengedar Shaklee Sri Petaling

Kelebihan & keperluan Vita C untuk tubuh badan:
✔ Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
✔ Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
✔ Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
✔ Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
✔ Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
✔ Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
✔ Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
✔ Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
✔ Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
✔ Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
✔ Merawat jangkitan saluran kencing.
✔ Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿





SMS/WhatsAPP/Telegram 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & pertanyaan mengenai produk Shaklee. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi, Bandar Tasik Selatan, OUG dan sekitarnya

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu


Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 30% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM68.90 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 .60 bagi semenanjung & RM21.20 bagi Sabah & Sarawak

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...