Nuffnang

Tuesday, September 8, 2015

5 Tips legakan selsema anak dengan pantas tanpa perlu ubat doktor

5 Tips legakan selsema anak dengan pantas tanpa perlu ubat doktor

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdullilah, airis dah sihat sepenuhnya. Seminggu dekat kampung balik KL terus selsema. Kalau kat rumah memang kami tak bela kucing. Kalau ada pun kucing datang tapi itu pun kat luar rumah. Balik kampung mama bela banyak kucing. Fa pon kalau balik kampung dari tak selsema terus selsema. Walaupun bukan alah pada kucing, cuma sebab dah lama tak biasa dengan kaadaan rumah yang banyak kucing.

Airis ni jarang selsema. Mungkin sebab setiap hari fa beri dia sebiji Vitamin C Chewable Shaklee. Antibodi dia kuat & imun badan bertambah. Tapi kalau dah selsema memang lambat sikit nak sembuh. Kalau dah kering hingus, jadi tersumbat hidung pulak. Kalau dah lega tersumbat hidung tu, bila tidur berbunyi-bunyi kuat masa bernafas sebab airis memang tak reti nak keluarkan hingus & kahak sendiri. 

Fa memang tak suka beri airis ubat klinik, kecuali masa-masa tertentu atau dah terlalu terus & tak sembuh-sembuh sampai memudaratkan. Fa pernah terbaca dalam 1 blog seorang doktor ni, ubat batuk & selsema yang biasa diberi oleh doktor kat klinik sebenarnya mempunyai Antihistamine yang mempunyai kesan sampingan mengantuk dimana kanak-kanak yang diberi Antihistamine ini akan bertabah mengantuk dan tidur lebih lama. Bila tidur lebih lama, kadar pernafasan kanak-kanak akan bertambah kurang dan menyebabkan kadar oksigen didalam paru-paru juga berkurangan. 

Kanak-kanak yang selsema selalunya mengalami kesukaran untuk berrnafas. Kandungan oksigen yang kurang mungkin akan menyebabkan mereka mengantuk. Ubat-ubatan seperti ini tidak sepatutnya diberikan kepada kana-kanak dibawah 2 tahun. Memberikan mereka ubat-ubatan akan menyebabkan badan mereka tak mampu untuk melawan penyakit dan jangkitan kuman. 

Selsema & batuk bukanlah penyakit, tetapi salah satu mekanisme pertahanan diri (imuniti tubuh) untuk mencegah jangkitan kuman. Apabila bendasing telah memasuki rongga hidung dan tekak, tindakan reflex batuk & bersin adalah untuk mengeluarkan bendasing tersebut. Maka ianya bukan lah penyakit & tidak perlu diberikan ubat. * Sumber 

Kat bawah ni antara benda yang anda perlu ada & perlu simpan dalam kit anda incase tiba-tiba anak anda diserang selsema. Fa pastikan kit ni sentiasa ada & dibawa kemana-mana.

1- Vicks / Minyak kayu putih / Minyak angin
Minyak seperti ini melegakan pernafasan anak anda terutamnya bila selsema. Sapukan di bahagian dada, belakang badan & tapak kaki setiap kali selepas mandi & sebelum tidur. 

2- Sterimar
Sterimar sangat efektif untuk anak yang mengalami hidung tersumbat. Dari Airis kecil ni lah ubat selsema dia & membantu pernafasan bila hidung dia tersumbat. Cara senang je, spray kedalam lubang hidung anak anda, Sterimar ni selamat digunakan sebab kandungannya 100% natural hanya garam & air dan tidak ada unsur ubat-ubatan atau drug. Fa beli sterimar ni dekat Farmasi Caring RM26.00 satu tiub. 

3- Nasal Aspirator / Penyedut hingus
Nasal Aspirator ni boleh beli dekat farmasi. Fa beli dekat farmasi caring. Harga tak sampai Rm20.00 Benda ni memang fa kena ada. Sebab airis ni tak pandai sangat nak keluarkan sendiri hingus dia, jadi penyedut hingus ni sangat-sangat membantu. Lepas dah spray dengan sterimar, segala hingus yang tersumbat itu akan keluar. Jadi fa akan sedut hingus tu keluar guna panyedut ni. Buat secara kerap dengan cara ni hingus anak anda akan cepat kering dan anak anda akan lebih selesa. 

4- Thermometer
Ini penting untuk pantau suhu anak anda. Pastikan Thermometer ini sentiasa ada dalam kit anda. Bila selsema yang berlarutan, mungkin akan terjadinya demam selsema. Sekiranya suhu badan anak anda semakin naik segeralah bawa dia berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.

5 Tips legakan selsema dengan pantas tanpa perlu ubat 

Pengedar Shaklee Sri Petaling, Pengedar Shaklee bukit jalil, Pengedar Shaklee Sungai Besi, Pengedar Shaklee OUG

1- Garlic oil.
Bila anak anda diserang selsema, garlic oil ni salah satu minyak yang baik untuk legakan simptom-simptom selsema. Tapi garlic oil ni tak tahan lama. Fa selalu buat bila airis selsema. Buat pun dalam kuantiti yang cukup pakai seminggu. Garlic / bawang putih ni memang bagus untuk melegakan selsema, batuk & Asma. Bawang putih juga baik untuk menguatkan sistem imun. 

2- Mandi Lemon / Lemon Socks
Setiap kali airis selsema atau demam, fa akan rendam airis dengan air hirisan lemon. 
Lemon mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan. Hiris sebiji lemon, letak dalam bathtub dan biarkan anak anda berenang-renang dalam tu supaya bau lemon yang menyegarkan menyerap masa dia bernafas. Ada jugak orang buat minyak lemon. Cara dia senang je, campurkan perahan lemon dengan olive oil, sapu pada madan dan tapak kaki anak anda.

Pengedar Shaklee Sri Petaling, Pengedar Shaklee bukit jalil, Pengedar Shaklee Sungai Besi, Pengedar Shaklee OUG

3- Sapuan kunyit di batang hidung
Hingus meleleh mesti tak selesa kan? Fa asahkan kunyit hidup dekat belakang ibu lesung kemudian sapukan dekat batang hidung & dahi airis. Kejap hingus tu dah kering. Buat kerap kalau nak result yang cepat.

4- Wap 
Cara ni fa buat stiap kali airis demam & selsema. Cara susah tapi mudah untuk keluarkan kahak & lendiran dalam hidung dan dada airis. Kenapa susah? Sebab anda perlu wapkan muka anak anda dengan cara meniarapkan dia di peha anda dan muka mengadap wap air panas , dia akan menangis kerana rimas. Bila anak dah melalak, anda mesti akan rasa kesian & gaveup kan?  Wapkan sehingga 10-15 minit.Trust me, lagi dia menangis lagi senang segala lendir tu nak keluar.  Fa campurkan sekali beberapa ulas bawang putih yang diketuk dalam air panas ni supaya wap berbau bawang putih. Wap ni akan membantu melegakan hidung tersumbat dan mencairkan kahak & lendir agar mudah untuk dikeluarkan.

5-  Mandi
Ramai beranggapan selsema ni sebab sejuk, sebenarnya selsema sama seperti batuk dimana ianya terjadi sebab panas dalam. Mandikan anak anda dengan air suam yang tak terlalu panas atau terlalu sejuk 3 x sehari. Pagi, tengah hari & petang. Kerapkan dia minum air atau susukan dia sekiranya dia masih menyusu.

Keistimewaan Vitamin C Chewable & Omega Guard Shaklee
Bila anak kerap demam & antibodi tak kuat, kita sebagai ibubapa mesti risau. Selsema & demam buatkan badan si anak tak selsesa dan mengganggu aktiviti harian mereka. Kalau dah besar mungkin senang nak jaga kan? Tapi kalau kecik macam airis ni, merengek siang dan malam, buatkan fa semakin rimas dan risau. Jadi pemberian Vitamin C & Omega Guard salah satu cara untuk kuatkan sistem imunisasi Airis. Alhamdullilah dengan buat 5 tips kat atas tu selsema airis sembuh tak sampai 2 hari. Tidur pun dah semakin lena.

Pengedar Shaklee Sri Petaling, Pengedar Shaklee bukit jalil, Pengedar Shaklee Sungai Besi, Pengedar Shaklee OUG

Menguatkan Fungsi Imunisasi. Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C. Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan

✿✿✿✿✿✿✿✿

Shaklee ID (949399)

SMS/WhatsAPP/Telegram 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & pertanyaan mengenai produk Shaklee. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi, Bandar Tasik Selatan, OUG dan sekitarnya

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu



Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 30% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM68.90 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 .60 bagi semenanjung & RM21.20 bagi Sabah & Sarawak

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...