Nuffnang

Thursday, August 13, 2015

Wean Off / Putus susu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Semalam, genab umur airis 1 tahun 8 bulan. Alhamdullilah. Lagi beberapa bulan je airis nak masuk 2 tahun. Patut atau perlu ke Airis wean off atau putus susu masa umur 2 tahun? En.Suami kata dah sampai masa airis nak ada adik, tapi ada sesetengah wanita, selagi anaknya menyusu, mungkin agak susah nak mengandung lagi. Tapi ada je yang mengandung walaupun masih menyusukan anak. Lagipun masa nak dapatkan airis pun agak lambat jadi pendapat fa.. semua bergantung pada hormon dan rezeki.

1 tahun 8 bulan masa yang agak lama sebenarnya dan 1 pencapaian yang boleh lah dibanggakan untuk 1st time mommy macam fa. Bukan semua diberi rezeki menyusukan anak lebih 1 tahun kan? Tapi ramai jugak yang berjaya lengkapkan penyusuan itu sehingga 2 tahun. Itu cita-cita & impian fa dari dulu lagi & insyaAllah fa akan capaikan nya. Dah mula..teruskan sehingga selesai!

Fa seronok baca cerita kawan-kawan tentang pengalaman "weaning off" ni. Macam-macam cara, macam-macam ragam. Walaupun airis masih ada beberapa bulan sebelum nak 2 tahun, tapi fa dah terasa teremosi bila teringat perkataan wean off atau putus susu. Entri ni ditulis dengan emosi. stop-stop menaip mengelap air mata. Over kan? Tapi itu lah, melihat airis yang membesar dengan susu ibu lagi buat fa sebak.

"miiiiiiii memennnnn" itu ayat airis kalau nak menyusu. Pagi petang siang malam itu yang dia sebut. Tak kesahlah fa tengah makan ke, tidur ke, masak ke. Bila masa dia nak, dia nak jugak. Bayangkan selama hampir 2 tahun ayat tu bermain-main ditelinga fa tetiba dah tak dengar? Mesti rindu kan? En.Suami cakap, takpe..nanti adik dia pulak sebut memen memen. Entah-entah Airis dan adik berebut memen.....

Ye lah, bukan senang nak menyusukan airis buat kali pertama dulu. Banyak cerita suka duka sepanjang perjalanan penyusuan airis, cepat kan dah nak masuk 2 tahun. Kalau tanya sepupu-sepupu fa, ada je yang menyusu sampai masuk 3 tahun. Semuanya bergantung pada rezeki. Ada yang bagi idea letak ubat gigi lah, asam jawa lah dekat punting untuk buat anak tu taknak menyusu lagi. Ada yang cakap "susu basi" tak boleh minum.. Nanti airis macam manalah agaknya fa nak buat. Bagi fa seeloknya biar airis sendiri putuskan susu. Selagi rezeki dia masih ada tak salah kan dia menyusu walaupun dia dah ada adik? Fa rasa tu buat dia semakin rapat dengan fa dan sayangkan adiknya itu. Dia mungkin dapat belajar tentang sharing...sharing is caring tak gitu?

Banyak mitos, kepercayaan dan cakap-cakap orang bila cakap pasal masih menyusu selepas 2 tahun. Ada yang cakap, susu akan jadi darah selepas 2 tahun. Ada pulak yang cakap nanti anak jadi "bodoh". Lagi best ada yang kaitkan dengan hukum dalam agama.. ehhh macam-macam lah.

Patut tak beri anak susu formula selepas dia putus susu?
Anda tak perlu risau tentang kalsium & nutrien jika anak anda makan makanan seimbang. Kalsium bukan dapat dari susu semata, banyak lagi makanan yang terkandung sumber kalsium selain susu formula. Lagipun Airis tak ada masalah nak makan. Walaupun dia kadang-kadang memilih jugak nak makan tapi alhamdullilah Airis senang sangat nak jaga, apa yang beri dia makan. Apa yang kita makan dia makan. Kalau fa keluar dan tinggalkan airis dengan "anty mama" dia pun tak kesah sebab airis akan makan apa yang "anty mama" masak & beri. Kadang-kadang roti je pun ok. Janji dia kenyang & happy. Jadi fa tak perlu kan beri dia susu formula. Mungkin fresh milk sekali sekala fa akan bagi. Jadi jika anak anda dah pandai makan tu, ajar-ajarlah dia makan makanan seimbang & berkhasiat. InsyaAllah anda tak ada masalah nanti. Lagipun anda tak payah susah payah nak bancuh-bancuh susu kan? Nak kena bawa segala kelengkapan pulak. 1 masalah pulak timbul.

Sedari kecil fa dah biasa kan airis untuk minum air masak dari botol air yang ada straw. Jadi setiap malam airis hanya mintak air. Airis dah jarang menyusu waktu malam. Kadang-kadang je kalau dia nak. Jadi cara ni mudah nak ajar dia untuk putus susu nanti.

Fa tertarik baca 1 blog ni tentang perkongsian pengalaman penyusuan susu ibu. Anda boleh baca lagi dekat Blog ni : http://www.cikgususu.com/2015/08/anak-dah-2-tahun-bagaimana-nak-putuskan.html
Fa cuma copy point je kat sini. Untuk rujukan mommies dan untuk fa juga :)

Tips Putus susu / Wean Off

1. Tak tolak tapi tak offer.
Setiap kali si kecil minta mahu disusukan, cuba untuk tidak menolak kemahuannya. Tetapi jika tidak diminta, takperlu offer dia menyusu. Ini menyebabkan kekerapan menyusu itu berkurang dengan sendiri.

2. Banyakkan pendedahan kepada makanan pelengkap.
Kalau anda hantar anak ke nursery, tak perlu bekalkan dia dengan susu tetapi bekalkan dia dengan makanan yang seimbang seperti kurma, buah-buahan segar yang sangat digemari anak-anak. Mereka akan mendapat nutrisi dari pemakanan. Sebab itu ajar anak anda untuk makan makanan seimbang sedari kecil supaya dia mudah mendapat nutrisi yang lengkap dari makanan yang mereka makan walaupun tidak melalui susu,.

3. Cuba alihkan perhatiannya dengan aktiviti menyeronokkan.
Ada waktunya anak kita mahukan perhatian dari kita, dari kecil lagi dia sudah biasa mendapatkan perhatian ibu dari sesi menyusu. Jadi apa kata cuba alihkan perhatian anak dengan menjalankan aktiviti menarik bersamanya pula. Contohnya main lego ke, puzzle ke, atau aktiviti mewarna dengannya. Pasti dia lebih gembira.

Contoh ayat yang saya pernah guna bila Aydin mahu susu, "Jom kita color-color dulu, nanti kita 'nenen' ye..". Ulang beberapa kali dengan ekspresi wajah yang sangat ceria.

4. Tidak duduk di tempat yang selalu ibu susukan anak.
Perasan tak, anak kita ni dah terbiasa dengan spot tertentu, tempat biasa kita susukan dia. Jadi bila kita berada di situ, automatik dia akan minta disusukan.

5. Sediakan botol air pada waktu malam.
Anak yang lebih besar memerlukan kuantiti air yang banyak mengikut keperluan badan. Sediakan botol minuman berisi air masak dan berikan kepada anak apabila dia dahaga pada waktu malam.

Sharing is Caring

Anda mencari supplement yang terbaik untuk anak anda? Klik SINI dan baca pengalaman fa, airis & Shaklee.

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Shaklee ID (949399)

SMS/WhatsAPP/Telegram 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & pertanyaan mengenai produk Shaklee. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi, Bandar Tasik Selatan, OUG dan sekitarnya

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu



Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 30% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM68.90 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 .60 bagi semenanjung & RM21.20 bagi Sabah & Sarawak

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...