Fa pernah kongsi entri tentang susu merundum semasa haid atau datang bulan dulu. Disebabkan fa ni jenis yang bukan lah seorang ibu yang susunya banyak, jadi bila ada masa-masa tertentu memang susu akan merundum terutamanya waktu datang bulan. Fa ingat lagi masa fa bekerja, susu fa start merundum bila fa datang bulan dan masa tu airis umur 6 bulan. Takpernah-pernah susu merundum, masa tu memang stress sangat-sangat. Bayangkan lah masa tu stok susu beku untuk airis tinggal berapa paket je yang tahan untuk 2 minggu, bila susu merundum fa tak dapat nak tinggalkan susu dalam chiller yang cukup & angah terpaksa keluarkan susu beku. Makin lama susu beku tu makin sikit. Setiap malam fa terpaksa besengkang mata untuk pam susu & jadikan stok simpanan beku. Bayangkan dari 15 oz stok susu fa boleh dapat dalam 3 kali sesi pam terus merundum jadi 9 oz je waktu datang bulan. Alhamdullilah masa tu airis 6 bulan jadi dia dah start makan solid food. Angah selalu pesan jangan stress, airis ok, takde masalah. Tapi naluri ibu kan... apa-apa pun fa banyak berserah kat Allah semoga Allah mudahkan segalanya.
Airis kalau menyusu time fa period dia macam tak kenyang, dia macam tak selesa, ada orang cakap susu akan berubah rasa masa kita datang bulan. Ibu menyusu yang datang bulan akan mengalami perubahan dan tindak balas berbeza dan ada yang tak perasan langsung akan perubahan dan tindak balas ni. Tapi bagi fa, tengok airis yang macam kelaparan & bila pam susu tak keluar tu buat fa semakin stress. pengambilan Kalsium / magnesium sangat penting sewaktu datang bulan kerana waktu ini paras kalsium dalam darah merosot. Sebab itu bila datang bulan kita akan rasa cramp dibahagian tertentu terutamanya perut, lenguh-lenguh badan, tak bermaya & stress. Bila sakit & stress terus susu akan merundum. Nampak kan kait mengaitnya di situ?
Tip-tip susu merundup ketika haid
Pengambilan Air yang banyak.
Memastikan pengambilan air sekurang-kurangnya 3.5 Liter sehari. Minum dalam kuantiti yang sedikit-sedikit tetapi kerap. Ibu digalakkan meminum AIR SUAM dengan lebih banyak dan elakkan air sejuk atau ais.
Rehat yang mencukupi & tidur berkualiti.
Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti kerana ibu yang menyusukan anak menggunakan banyak tenaga untuk penghasilan susu.
Kekerapan
Menyusu bayi on demand atau bila-bila sahaja bayi menunjukkan signal mahukan susu bila bayi bersama ibu ATAU memerah payudara sekerap 2-3 jam sekali di tempat kerja. walaupun susu yang dipan dapat sikit je. Tambahkan kekerapan mengepam dan tempoh mengepam. kalau biasa pam 3 kali sehari, up kan lagi jadi 6 kali sehari.
Elakkan Stress / tekanan.
Walaupun anda seorang yang kuat mental dan rohani, belum pasti ia cukup. Jika kerap merasa sangat letih, tukar corak pemakanan anda, dan amalkan suplemen penambah tenaga yang dirasakan sesuai.
Elakkan stress dan tekanan. Kalau stress lagi la kurang hormon proklaktin dihasilkan, makin sikit susu dihasilkan.
Makanan seimbang, makanan penambah susu
Minum milo/horlicks/susu/minuman berasaskan bijirin bersama biskut high fiber/roti setiap kali selepas menyusu/mengepam untuk recover water and energy loss semasa mengepam/menyusu tadi. Makan kurma atau apa-apa makanan perangsang susu seperti buah kurma.
Lakukan Power pumping & tandem
Lakukan powerpumping bermula malam ini sehingga nampak perubahan pada kuantiti susu perahan anda. ATAU buat tandem pumping untuk jimat masa dan menambah penghasilan dan aliran susu dengan lebih cepat. (Tandem: sebelah menyusu sebelah memerah).
Baca tentang Power Pumping DISINI
Berdoa & sentiasa bersyukur
Serahkan segala urusan kepada Allah semoga Allah permudahkan segalanya. Ucaplah ALhamdullilah susu masih ada walaupun merundum & anda mampu harunginya. InsyaAllah
Kenapa OSTEMATRIX atau KALSIUM MAGNESIUM perlu ketika susu merundum waktu dtg bulan?
● Ini kerana kalsium sangat membantu ibu-ibu yang ada masalah kemerunduman susu semasa datsng bulan dan paras kalsium ysng kurang akan effect pada penghasilan susu.
● Ostemartix Shaklee adalah formula lengkap dengan kalsium magnesium dan vitamin D untuk memenuhi keperluan kalsium dalam badan.
● Ostematrix bantu si ibu tidur dengan lena dan bangun dengan cergas.
● Kurangkan kesakitan, cramp, sakit pinggang sewaktu datang bulan.
● Dapat kembalikan penghasilan susu secara normal sewaktu datang bulan.
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
SMS/WhatsAPP/Telegram 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & pertanyaan mengenai produk Shaklee. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi, Bandar Tasik Selatan, OUG dan sekitarnya
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 30% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM68.90 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.
** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 .60 bagi semenanjung & RM21.20 bagi Sabah & Sarawak
No comments:
Post a Comment