Alhamdullilah, bila petang-petang macam ni fa free sikit sebab masa ni airis kurang mengempeng. Anak anda sama tak suka mengempeng? Airis kalau dah mengempeng mesti lama. DF (Direct feed) sampai tertidur. Kalau lepaskan dia mungkin akan terjaga tapi bila dia dah semakin besar dia terus je tidur sendiri. Cuma airis ni asal bosan cari mamy nak ngempeng. Sampai sakit pinggang fa kadang-kadang. Ni pun sambil-sambil update blog airis mgempeng. Tapi itulah seronoknya direct feed anak ni. Hubungan kita lebih rapat. Airis BFF mamy sampai bila-bila. InsyaAllah
Pattern tidur Airis masa bayi sampai sekarang tak ada pun yang berubah sangat. Mesti nak kena mengempeng sampai terlelap, dia tak pandai tidur sendiri melainkan kalau dia dengan angah @ aunty mama dia. Kalau dengan fa, msti nak kena bobok atau "memen" (nenen versi Airis). Sebab kan airis tak tidur buai dan tak pernah diajar hisap punting kopek, jadi macam ni lah cara airis tidur. Ye, dengar memang menyusahkan. Budak lain letak kat tilam tepuk-tepuk terus tidur. Tapi itu lah keistimewaan Airis, nak kena bau mamy baru boleh tidur.
Fitting Room di Jakel jadi mangsa! |
Anda tengok airis ni anda rasa mungkin ke dia kekurangan susu? |
Tanda-tanda bayi anda mendapat susu yang mencukupi :
Terdapat beberapa cara untuk mengukur jika bayi anda menyusu secukupnya, dan terdapat juga tanda-tanda yang dia tidak menyusu secukupnya. Penyahidratan dalam bayi baru lahir jarang berlaku tetapi anda perlu mengetahui tanda-tanda bayi menyusu dengan sempurna supaya anda boleh menghubungi doktor anda jika terdapat sebarang keadaan yang tidak menyenangkan. Ini termasuklah:
- Bayi anda menyusu lapan hingga 10 kali sehari pada dua atau tiga minggu pertama.
- Buah dada anda sudah melepaskan susu sepenuhnya dan berasa lebih lembut selepas penyusuan.
- Kulit bayi anda berasa tegang – ia akan memantul semula apabila dicubit.
- Sepatutnya terdapat sekurang-kurangnya enam kali tukaran lampin basah dalam masa 24 jam. (Lebih mudah untuk mengetahui lampin biasa yang basah daripada lampin pakai buang yang basah.) Urin bayi anda akan berwarna jernih dan tidak berbau.
- Kelihatan bayi menelan semasa penyusuan.
- Najis bayi anda berwarna kuning gelap atau sering gelap, atau najis semakin berwarna cerah pada hari kelima selepas kelahiran.
Tanda-tanda bahawa bayi anda tidak mendapat susu secukupnya selalunya termasuk perkara yang berikut:
- Bayi anda tidak mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas dua minggu.
- Payu dara anda tidak berasa lebih lembut selepas penyusuan.
- Bayi anda meragam atau sering letih.
- Pipi bayi anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (Ini adalah tanda yang bayi anda tidak menghisap dengan betul dan anda perlu mendapatkan nasihat pakar perunding penyusuan untuk memastikan anda menggunakan teknik yang betul.)
- Selepas hari kelima kelahiran, anda tidak menyalin lampin bayi anda sebanyak enam hingga lapan kali dalam masa 24 jam.
- Bayi anda tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masih berwarna gelap lima hari atau lebih selepas kelahiran.
- Bayi anda semakin berwarna kekuningan, bukannya semakin kurang, selepas minggu pertama.
- Muka bayi anda tidak berisi dalam masa tiga minggu.
- Kulit bayi anda tetap berkerut selepas minggu pertama.
- bayi anda melekap pada buah dada anda dengan baik dan menyusu apabila terasa lapar;
- penyusuan adalah selesa dan tidak menyakitkan;
- dan, bayi anda akan menukar ritmanya semasa menghisap dan berhenti seketika semasa penyusuan, mula menyusu tanpa berhenti dan melepaskan hisapan secara spontan apabila sudah kenyang.
http://www.babycenter.com.my/a1031124/tanda-tanda-yang-menunjukkan-bayi-anda-mendapat-susu-yang-mencukupi#ixzz3iVJ4X0OH
Jadi fa harap ibu-ibu semua teruskan lah penyusuan walaupun anda seorang yang berkerjaya. Tak kira lah anda bekerja di site, pejabat, shopping mall atau di rumah. Penyusuan ibu sekarang semakin mudah dengan adanya gadget-gadget yang membantu ibu-ibu semua. Jangan kerap gunakan alasan kekurangan susu, kengkangan masa untuk beri yang terbaik untuk anak anda.
Tepuk dada tanyalah sendiri!
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu," (Surah Al-Baqarah: 233)
Supplement bukan lah bertujuan untuk memperbanyakkan susu ibu atau pil magic yang boleh buat susu keluar serta merta dengan banyaknya. Pengambilan supplement membantu ibu-ibu untuk mendapat tahap kesihatan yang baik, mood yang baik supaya dapat menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayi anda. Selain supplement, fa juga makan makanan yang memperbanyakkan susu dan pemberi tenaga semulajadi seperti Buah Kurma, Buah longan/ mata kucing dan minum air yang banyak.
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
SMS/WhatsAPP/Telegram 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & pertanyaan mengenai produk Shaklee. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi, Bandar Tasik Selatan, OUG dan sekitarnya
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 30% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM68.90 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.
** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 .60 bagi semenanjung & RM21.20 bagi Sabah & Sarawak
No comments:
Post a Comment