Nuffnang

Thursday, August 27, 2015

Murtabak Megi Special - bekal balik kampung

Pengedar Shaklee Sri Petaling

Assalamualaikum
Semalam patutnya ikot mama balik kampung. Fa dah lama rasanya tak balik kampung sebab mama yg selalu datang KL (untungnya mak boleh drive). Sebab semalam banyak sangat hal, dengan COD sampai 5 (alhamdullilah) so hari ni lah fa bwk airis balik melaka.

Pagi tadi tak tau nak buat breakfast ape. Memang otak blank sangat sampai tak ada idea nak masak ape. Teringat megi kat dapur yang masih tak buka & tak sentuh langsung. Macam dah lama megi tu takde pon yang nak makan. Jadi fa decide nak buat murtabak megi je lah. Boleh bawa bekal balik ke kampung.

1st time buat, taktau jadi ke tak. Fa google resepi. Tapi fa olah buat cara fa sendiri. Sedap! Airis pon makan dan makan dan makan. Alhamdullilah. Jom tengok camne cara nak buat murtabak megi ni. Senang je pon.. Semua bahan konfem ade kat dapur.

Murtabak Megi Special (Cheese)
Bahan-bahannya:
▪2 paket Megi Kari (ketepikan perencah kari, rebus megi sampai empok - fa rendam je dlm air panas)
▪Sikit daging cincang (tak ada daging cincang boleh ganti dengan ayam/sausage ikut selera anda)
▪Kacang peas *optional (boleh ganti dengan mix vegi/carrot/kubis ikot selera anda)
▪Cheese cheddar (parut)
▪Telur 3 biji (kalau telur kecik guna 4 biji)
▪Butter / minyak untuk menggoreng
▪Sikit maggie seasoning
▪Garam/blackpepper *optional

Cara nak buat :
1 ) Megi rebus / rendam dalam air panas sampai empuk/lembut. Tos & ketepikan
2) Dalam mangkuk lain, satukan telur, kacang peas, serbuk perencah kari megi, daging cincang, cheese & seasoning . Kacau sebati
3) Campurkan dengan megi yg dah empuk. Gaul rata. Kalau rasa tak masin boleh perasakan dengan garam
4) Panaskan kuali, letak minyak. Fa guna kuali non-stik, so fa cuma letak sikit butter.
5) Letak bancuhan dalam kuali, tekan-tekan kasi rata & leper. Bila sebelah dah garing, terbalikkan. Bila dedua belah dah garing. Angkat & hidang.
6) siap.

Siapa tak suka megi kan? Buat camni lagi berebut anak-anak makan. Korang yang takde idea nak masak ape untuk breakfast, boleh ler cuba buat murtabak megi ni. Senang je pon. Takde lah lama mana pon.

Selamat mencuba!!

Ok sebelum terlupa, fa sekarang dekat kampung, sampai hujung bulan. Untuk yang nak beli shaklee boleh PM fa ye, kedai bukak 24Jam. 😄 Cuma tiada COD (cash on delivery) at the moment. Hanya khidmat POS sahaja yanv available. Harap maklum.


✿✿✿✿✿✿✿✿

Shaklee ID (949399)

SMS/WhatsAPP/Telegram 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & pertanyaan mengenai produk Shaklee. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi, Bandar Tasik Selatan, OUG dan sekitarnya

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu


Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 30% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM68.90 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 .60 bagi semenanjung & RM21.20 bagi Sabah & Sarawak


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...