Nuffnang

Monday, August 3, 2015

Kongsi Resepi Jering Goreng Berlado sedap

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Siapa pernah makan jering? Siapa suka makan jering ? Fa memang suka ulam-ulaman tapi jenis berdaun, macam jering ke kerdas ke fa kureng sikit kecuali petai. Petai masak sambal letak udang....fuhhhh!! Bertambah nasi.

Minggu lepas fa pergi beraya ke rumah atok saudara belah suami & dia bagi kami seplastik jering muda untuk buat ulam. En.Suami memang suka ulam-ulaman. Memang makanan dia lah kan.



Ok fa nak share resepi jering. Disebabkan fa ni takpernah makan jering, & tak pernah tau pun nak masak ape selain buat ulam, fa pun tanyalah biras-biras fa yang sememangnya otai bab-bab masak ni dan terjadilah resepi jering goreng dengan cili api atau goreng berlado.

Seeloknya jering yang sesuai untuk masak, jering tua. Macam mana nak tau tua ke muda? Kalau kopek isi dia putih kuning, bila potong dan senang nak potong maknanya jering tu muda, kalau lepas kupas isi dia warna coklat maknanya jering tua. Jering ni rasa dia kelat tapi lemak. Sifat dia berbau, kalau makan bila kencing memang busuk lah bau air kencing tu. hehe

Resepi : Jering Goreng cili api /berlado

Jering tua/ muda
Cili padi
Bawang merah
Bawang Putih
Ikan bilis
garam/gula

Cara-cara:
  • Kupas kulit luar jering, isi jering potong 4. Basuh, toskan dan goreng sekejap. (kalau tak goreng pon boleh, tapi goreng lagi sedap) Ketepikan.
  • Goreng ikan bilis separuh, ketepikan.
  • Ikan bilis lagi separuh tumbuk lumat dengan bawang-bawang & cili api.
  • Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sampai garing, perasakan dengan garam& gula
  • Dah masak tutup api, sejukkan kemudian gaulkan dengan jering & ikan bilis goreng.
  • Siap! 
  • Hidang dengan nasi panas...
Sedikit tentang Jering.
  • Banyak terdapat di negara-negara Asia seperti Thailand, Indonesia dan Malaysia
  • Kaya dengan pelbagai jenis vitamin seperti karbohidrat,protein, vitamin A,vitamin B,fosfor, kalsium, alkaloid, minyak pati, steroid, glikosida, tannin dan saponin
  • Jering ni rasa dia kelat tapi lemak. Macam petai jering ni berbau cuma taklah kuat mana. Bau yang kuat itu sebenarnya ialah asid amino yang mengandungi jnsur Sulfue dimana jika dikunyah akan menjadi komponen yang lebih kecil, asid amino inilah yang menghasilkan berbagai komponen perasa dan bau.

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Shaklee ID (949399)

SMS/WhatsAPP/Telegram 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & pertanyaan mengenai produk Shaklee. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi, Bandar Tasik Selatan, OUG dan sekitarnya

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!


* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu




Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 30% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM68.90 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 .60 bagi semenanjung & RM21.20 bagi Sabah & Sarawak



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...