Nuffnang

Friday, July 3, 2015

VIVIX TERBUKTI BERKESAN - Bantu masalah penyakit kronik

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Semalam alhamdullilah dapat jugak hadirkan diri kelas nutrisi Shaklee. Tajuk best tentang "Hidup Muda & Sihat" semestinya tentang VIVIX , TONIK yang HEBAT dari SHAKLEE !

Hidup Muda & Sihat

Siapa yang taknak sihat kan? Kesihatan pun salah satu rezeki dari Allah. Kalau boleh nak sihat sentiasa kan.. tapi semua dengan izin-Nya. Kita kena lah cuba ikhtiar untuk menjamin tahap kesihatan yang terbaik.

Ramai yang  baru tercari-cari supplement bila sakit, tujuan untuk membantu meredakan atau mengurangkan kesakitan. Supplement bukan macam ubat yang kita makan bila sakit, sebaikan ianya diambil sewaktu kita sihat, supaya kesihatan kita terjamin dan mengurangkan risiko kepada penyakit-penyakit kronik.

Semakin kita tua kita juga terdedah kepada penyakit seperti penyakit radang sendi (Arthritis), Alzheimer dan beberapa penyakit yang kronik dan membawa kepada kematian seperti Sakit jantung, kanser & diabetis berpunca dari kelemahan dan ketidakfungsian sistem imun dan akibat daripada kerosakan DNA dalam badan kita.

Daripada berbagai teori mengenai penuaan, sehingga kini hanya teori radikal bebas yang diterima ramai. Teori ini mula diketengahkan oleh Professor Denham Harman pada tahun 1954. Ia menyatakan bahawa penuaan disebabkan oleh pengumpulan perubahan dalam badan yang disebabkan oleh molekul reaktif tinggi yang dikenali sebagai radikal bebas.

Sel badan kita menggunakan oksigen untuk menghasilkan tenaga. Di dalam proses tersebut, kadang-kadang oksigen akan bertindakbalas dengan sebatian badan dan menghasilkan molekul yang sangat tidak stabil. Molekul ini dikenali sebagai radikal bebas. Selain dari proses biasa badan kita, faktor alam sekitar seperti pencemaran udara, asap rokok, radiasi, bahan kimia dan lain-lainnya akan menambahkan lagi pembentukan radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah radikal bebas melebihi daripada yang mampu dihapuskan oleh sistem badan. Keadaan dikenali sebagai stres oksidatif.

Kajian-kajian yang dijalankan di zaman moden ini telah menemui pertalian antara stres oksidatif dengan lebih dari 200 jenis penyakit. Antaranya kanser, arthritis, kencing manis, penyakit buah pinggang, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson, buta akibat usia dan lain-lain penyakit degeneratif.


4 Mekanisma Penuaan Pada Tahap Sellular
1. Kerosakan DNA
Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan satu 'typo' (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur

2. Pengawalan Genetik
Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap selular. Kebanyakkan penyakit berpunca dari kemerosotan pengawalan genetik ini.

3. Pengeluaran tenaga yang kian menurun oleh sel-sel.
Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel turut menurun

4. Penimbunan Protein AGE
Penimbunan protein berlebihan AGE ( advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakan tahap selular yang akan menganggu keutuhan sel dan panjang umur

Siapa pernah alami situasi bila ada orang tegur yang wajah anda nampak tua berbanding dari umur anda? Proses penuaan anda akan bertambah cepat kerana beberapa faktor:
  • Makanan yang tidak sihat 
  • Merokok dan pencemaran
  • Tekanan
  • Kurang bersenam
4 faktor yang kita cuba nak elakkan tapi tak dapat nak elak lebih-lebih lagi di negara yang membangun ni. Sebab itu sekarang macam-macam jenis produk anti-penuaan dijual kerana ia merupakan produk yang mendapat sambutan hangat masa kini.

VIVIX SHAKLEE


Di Shaklee, produk anti-penuaan yang terlaris ialah Vivix. Berbeza dengan produk anti-penuaan yang lain, Vivix ialah gabungan 4 bahan-bahan semulajadi yang terkenal dengan khasiat dan kebaikkannya.

Vivix® mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. POLIFENOL adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Fungsi dan kebaikkan Resveratrol & Polifenol dalam VIVIX

1.Melindungi daripada Kerosakan DNA
Ramuan vivix melindungi dan memperbaiki sellular DNA.

2. Kesan Positif terhadap Pengawalan Genetik
Sekiranya anda memakan makanan yang tinggi kolestrol, tinggi gula dan tinggi lemak, sel badan anda akan rosak. Peranan vivix menghalang tekanan negatif biologi terhadap sel badan daripada rosak.

3. Penghasilan Biogenesis Mitokondria*
Vivix meningkatkan pengeluaran sel Tenaga (Mitokondria)Ramuan vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitichondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.

4. Melambatkan penghasilan Protein AGE
Vivix melindungi sel-sel supaya sihat. Vivix melambatkan penghasilan AGE protein sebanyak 90%. dimana penurunan protein AGE ini perlu untuk mengelakkan anda dari penyakit kencing manis atau sakit jantung kerana AGE protein membantu kolestrol untuk aktif dan berkumpul didalam plak dan salur-salur darah badan kita.

Kandungan Vivix
● Muscadine grape

Kaya dengan polifenol 
Asid Elergik,  Anthocyanidins dan Quercetin
Tinggi Kuasa antioksidan
Anti-radang
Anti-Bakteria

● Polygonum cuspidatum


Sumber terunggul untuk Resveratrol
Merupakan polifenol semulajadi yang paling kuat dan terbukti melambatkan penuaan selular, menyokong pertahanan selular, membaiki DNA dan meningkatkan pengeluaran tenaga di peringkat selular.

*Digunakan sebagai ubat traditional di China dan Jepun lebih 100 tahun untuk merawat uban

● Purple Carrot

Mengandungi Polifenol dan Anthocyanins dimana ia sangat berkuasa dalam
Antioksida,
Anti-inflammatory,
Anti - Bakteria
Efektif dalam mengurangkan salur darah tersumbat.

● European Elderberry

Melegakan kesakitan
Anti-Keradangan
Mengurangkan batuk & Selsema
Baik untuk jangkitan bakteria & Virus
Memperbaiki penglihatan
Mengurangkan Kolestrol & mambantu untuk Badan yang sihat

*Merupakan bahan perubatan traditional orang Eropah


Masa sekarang lah anda perlu amalkan pengambilan Vivix supaya badan anda sentiasa sihat dan cergas berganda dan bebas dari penyakit-penyakit kronik. InsyaAllah.

Untuk lebih penjimatan, baik anda dapatkan YES PACK VIVIX dari Shaklee.



✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)

Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan sekitarnya
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu


Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM68.90 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.
** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 .60 bagi semenanjung & RM21.20 bagi Sabah & Sarawak
**HARGA BARU BERKUATKUASA 1APRIL 2015**






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...