Ralat rasanya bila dua hari tak update blog. Blog ni dah jadi sebahagian 'JIWA' fa jadi bila tak update tu rasa gatal je tangan nak taip...kepala ni macam-macam nak sharing tapi limited time.. walaupun tahu follower boleh kira dengan jadi..otak terfikir-fikir ade ke yang nak baca? Tapi ku taip kan jua..ku sharing kan jua.. hehehe OFF cite pasal shaklee, jom sharing cite holiday pulak!
10 mei lepas sambutan hari ibu. Mesti semua balik kampung nak buat surprise untuk ibu tersayang kan? Siapa yang duduk serumah mesti keluar makan-makan atau belikan ibu korang hadiah yang paling best kan? Fa hari ibu kali ni fa tak balik pon kampung, seminggu sebelum hari ibu, fa dah balik kampung buat BBQ celebrate dengan mama so minggu ni call mama wish selamat hari ibu sebab en.suami bawak kami pergi CHERATING utk holiday.
Ceritanya semua last minit, rezeki Allah nak beri dapatlah kami ke HOLIDAY VILLA Cherating untuk attend wedding kenalan en.suami. Semuanya last minit, tak plan pape pon, rezeki tergolek orang kata. Lagi pun em.suami kata nak bawak airis jalan-jalan. Untung lah airis belum 2 tahun dah merata pergi. Rezeki anak - alhamdullilah
4 jam perjalanan dari seremban (attend wedding saudara sebelah suami) terus tuju ke Cherating. Sebenarnya suami kata 3 jam boleh sampai tapi sebab hujan lebat, lalu pulak jalan lama, lori pulak banyak jadi ambil masa dah kat situ. Tepat pukul 830malam baru lah sampai ke holiday villa. Nasib majlis tu start pukul 8mlm. Chekin bilik pukul 12mlm selepas majlis tu habis. Tapi memasing sekali dengan airis tak boleh tidur dek terlalu heksaited mungkin dapat bilik yang berdepan dengan swimming pool bertepian dengan PANTAI!
Semalaman dekat Holiday Villa memang BEST! Pantai yang cantik, pemandangan yang menarik rasa macam nak extend je lagi semalam. Tapi sebab en.suami tak apply cuti, satu malam pon alhamdullilah dari tak pergi kan? Jom cuci mata gambar-gambar dekat pantai cherating Holiday Villa.
Entrance - Holiday Villa Cherating |
View |
Sebenarnya dah nama pon percutian yang tak dirancang, dalam kepala nak beli SATAR & KEROPOK LEKOR. Jadi terus menuju kat KT padahal sebenarnya kalau cari keropok & satar yang sedap dan segar bersepah kat daerah Kemaman. Tapi sepanjang perjalanan memang nampak orang jual keropok & Satar dekat Kemaman cuma kepala dah point dekat KT. Jadi tak merasa lah nam makan Satar kat gerai AZIZ SATAR yang fames kat kemaman.
Cuma bila sampai KT kami tuju dekat Kampung Losong untuk cari Keropok Losong yang sedap. Sebelum tu kami google lah keropok losong yang sedap jumpa pulak kedai keropok losong kak yah. Kak yah ni masuk kat cerita 'BEST IN THE WORLD' season berapa tak sure jadi sepatutnya sedap lah kan? Fa ni tak suka sangat keropok losong fa lebih suka keropok lekor yang kurang ikan banyak tepung, keropok losong ni banyak ikan dari tepung, jadi bila goreng dia rangup sangat. Camne nak explain? Pandai sendiri lah korang ye..heheh
OK keropok losong kak yah ni bagi fa..ok lah.. bila dah sejuk sikit liat tapi masih sedap bila cicah dengan sos keropok. 20 keping yang pendek RM5, Korang boleh pilih nak yang rebus atau yang goreng. Sama je hrga. Kalau nak simpan balik rumah baru goreng, korang boleh lah beli yang rebus. Kalau nak makan time tu jugak beli yang goreng. 4 bungkus Keropok losong + 3 paket keropok ikan belum goreng + 2 botol sos = RM64 (Murah ke mahal?)
Lepas dah memborong keropok en suami bawak jalan-jalan ke sekitar KT. Bertuahnya sebab en suami pernah duduk sana sebulan urusan kerja. Jadi dia memang tahulah nak bawak jalan kemana. Masjid terapung, Masjid kristal semualah singgah 'Chek-in' FB. Fa cari fridge magnet je la buat penuhkan fridge :) Lepas maghrib baru kami gerak balik KL. Sampai KL pukul 4 pagi..
Best sangat terengganu. InsyaAllah nanti kami datang lagi. Bandar cantik keliling laut biru dan pantai putih! Lain kali dah tau mana nak tuju. Takde lagi last minit vacation :) ATAU KORANG BOLEH SHARE TEMPAT-TEMPAT MENARIK YANG PATUT PERGI DI SEKITAR TERENGGANU??
Oh ye, YES PACK untuk 2 botol Vivix still lagi ada sampai hujung bulan OKTOBER ye. Jadi kalau korang nak hadiahkan untuk ibu dan ayah better korang grab YES PACK ni sebab berbaloi sangat. Ape yang berbaloi tu?
BELI 2 botol VIVIX
DISKAUN 5%
FREE MEMBERSHIP
FREE VITALEA
CASH REBATE RM30++
JIMAT RM40++
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan sekitarnya
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM68.90 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.
** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 .60 bagi semenanjung & RM21.20 bagi Sabah & Sarawak
**HARGA BARU BERKUATKUASA 1APRIL 2015**
No comments:
Post a Comment