Nuffnang

Saturday, May 9, 2015

Zinc Complex untuk masalah keguguran rambut

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Rambut umpama mahkota yang menyerlahkan personaliti seseorang. Rambut berbau, bercabang, kelumumor, gugur semua ni antara salah satu faktor kepada rambut yang tidak sihat. Rambut gugur yang teruk mungkin disebabkan oleh kerapuhan akar pada rambut dan akan mengundang kepada masalah botak.

Masalah botak adalah masalah yang sering kali kita dengar baik yang muda atau yang tua. Bagi mereka yang dah berumur, mungkin masalah botak ni  adalah pekara biasa untuk mereka, tetapi bagi mereka yang masih muda, masalah botak dan keguguran rambut adalah masalah yang besar dan agak sensetif  bukan hanya kaum lelaki tetapi kaum wanita yang kerap mengalami masalah rambut gugur dan semakin menipis dari hari ke hari.

Apa Punca kebotakan dan keguguran rambut?
Penuaan - Semakin umur meningkat, badan memerlukan lebih nutrien untuk menggantikan nutrien-nutrien yang hilang akibat penuaan. Jika segala nutrien ini tidak diganti, kulit akan menjadi semakin kering, kelembapan kulit terjejas. Akar rambut menjadi rapuh dan tidak kuat.

Tekanan - tekanan juga merupakan faktor kepada keguguran rambut. Lebih banyak tekanan lebih banyak keguguran rambut akan berlaku.

Perubatan - Pengambilan ubat-ubatan kadangkala akan membawa perubahan pada sistem badan. Ini juga membawa kepada keguguran rambut yang teruk. Dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor atau ambil tahu jenis ubat-ubatan yang anda makan untuk mengatasi masalah ini.

Perubahan Hormon - Fa sedar masa hamilkan airis dan selepas berpantang rambut fa semakin banyak yang gugur. Doktor berpendapat ni berpunca dari perubahan hormon.

Ini hanya sebahagian daripada punca-punca keguguran rambut. Masih banyak lagi punca-punca kepada masalah keguguran rambut.

Makanan Mencegah Keguguran Rambut
Telur Dan Daging Ayam
Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.

Gandum
Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.

Tauge
Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.

Sayuran Hijau
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.

Buah-buahan Segar
Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.

Makanan Laut
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

Salmon
Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

Kunyit dan jintan merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.

Air Masak
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.

Zinc Complex:



Diet yang kurang zink boleh membawa kepada kelemahan sistem imun yang boleh menyebabkan keguguran rambut.Apabila hormon seimbang maka risiko kehilangan rambut boleh dikurangkan. Zink boleh menguatkan folikel rambut anda dan boleh membantu mencegah beberapa jenis keguguran rambut.

Istimewa Zinc untuk kesihatan kulit dan rambut
■ Gugur rambut / botak – zink mengaktifkan 200 jenis enzim dan meransang regenerasi sel. Ini dapat memelihara pertumbuhan dan perkembangan sel
■ Membentuk kolagen – Zink membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ.

Lain-lain Supplement untuk atasi keguguran rambut:

ESP adalah serbuk protine. Kekurangan protine menyebabkan pertumbuhan rambut menjadi perlahan. Pastikan bahawa anda makan cukup protein agar rambut anda tumbuh lebih cepat dan sihat.

Salah satu punca rambut gugur adalah disebabkan tekanan emosi. Bcomplex adalah vitamin anti stress yang membantu untuk memberi perasaan tenang. Kandungan utama vitamin B3 adalah berguna untuk membaiki aliran darah pada kulit kepala, vitamain B6 pulak untuk mengelakkan rambut dari gugur. Vitamin B12 juga memainkan peranan untuk elak rambut gugur. kesimpulannya kelebihan bcomplex sangat banyak untuk masalah rambut gugur

Vitalea ialah Multivitamin untuk memastikan badan kita sentiasa mendapat vitamin yang mencukupi.


✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan sekitarnya
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu


Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM68.90 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.
** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 .60 bagi semenanjung & RM21.20 bagi Sabah & Sarawak
**HARGA BARU BERKUATKUASA 1APRIL 2015**

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...