Nuffnang

Tuesday, May 19, 2015

Kepentingan Nutrien Semasa Kehamilan

Kepentingan Nutrien Semasa Kehamilan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pengambilan nutrien amat penting sekiranya kita merancang untuk hamil dan semasa kehamilan. Ini kerana untuk memastikan badan kita bersedia untuk menerima perubahan bila kita hamil.

Di entry lepas fa ada share tentang pentingnya pengambilan nutrisi-nutrisi semasa kita hamil untuk pastikan diri kita sihat dan kandungan kita membesar dengan baik. Zat dan nutrien ni kita boleh dapat melalui pemakanan seharian kita tapi cukup ke nak tampung pengambilan zat dan nutrien kita dan bayi dalam kandungan?

Di awal kehamilan selalunya kita akan mengalami morning sickness, takselera nak makan, muntah tak pun ade makanan yang kita nak makan, ada yang kita tak lalu nak makan mana nak dapat zat-zat & nutrisi tu kan? Jadi sebab itulah makanan tambahan atau supplement ini penting dan memainkan peranan seawal kehamilan kita. Biasalah badan kita mengalami perubahan dan terkejut sebab semuanya mengembang, baby pon makin hari makin membesar jadi segala zat badan kita ni diserap sebab tu kita perlu lebihkan pengambilan zat nutrisi ni.

Kenapa fa suka nak sarankan customer-customer fa untuk ambil fullset kehamilan ni? Sebab setiap satu vitamin/supplement ada kelebihan dan keperluan untuk kita & bayi. Jangan risau, supplement shaklee ni 100% semulajadi dan organik dan lebih bagus dari ubat-ubatan yang diberi oleh klinik. Pengalaman fa sendiri mengamalkan fullset kehamilan Shaklee dan tak ambil langsung ubat-ubatan dari klinik. Perbezaan yang fa rasa & nampak dari segi energy, berat badan, tahap kesihatan semuanya normal - Alhamdullilah. Jadi sempena YES PACK ni fa nak share lebih detail kenapa anda perlu dapatkan fullset kehamilan Shaklee ni.

Perjalanan Kehamilan
  • Anda menghasilkan 50% lebih banyak darah
  • Metabolism anda membakar tenaga dengan lebih bagi pembahagian sel yang pesat serta perkembangan organ.
  • Anda menggunakan lebih banyak nutrien dan air
  • Badan anda masih di dalam proses menghasilkan plasenta bayi anda(ia tidak akan lengkap sehingga bulan ke-empat)
Siapa yang taknak bayi kita lahir dengan sihat dan sempurna kan? Seeloknya seawal dari kita merancang untuk hamil kita dah kena manjaga pemakanan kita, pastikan makanan yang kita makan itu berkhasiat. Semasa hamil kita perlu makan secara sihat kerana:
  • Untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi.
  • Untuk mengekalkan kesihatan ibu
  • Mengurangkan kompilasi semasa kehamilan
Sebab itu semasa hamil, kita perlu menjaga pemakanan kita dan pastikan makanan yang kita ambil itu meyokong keperluan sumber zat dan nutrien supaya bayi kita dapat membesar dengan sempurna dan diri kita akan sentiasa sihat sehingga saat kelahiran.

Semakin perut membesar, semakin banyak tenaga yang kita perlukan. Tenaga yang dimaksudkan ialah jumpah kalori yang diperlukan seharian. Kalori didapati dari pemakanan yang kita makan. Yelah sebab bayi dalam kandungan kita juga semakin membesar jadi nak bawak kesana kesini dengan perit yang besar memerlukan tenaga bukan? Ibu yang tidak mendapat zat yang mencukupi mungkin akan terasa letih, tidak bermaya nak melakukan kerja-kerja harian. Malah akan kerap jatuh sakit dan membahayakan kesihatan bayi dalam kandungan.

Berapa banyak TENAGA yang anda perlukan?
  • 1st trimester : Tiada pertambahan kalori diperlukan 
  • 2nd trimester : +360 kalori sehari 
  • 3rd trimester : +470 kalori sehari
Fa mengalami morning sickness yang teruk di awal trimester. Semua yang fa makan akan muntahkan balik, memang takada selera langsung masa tu. Berat badan masa awal-awal tu memang turun mendadak, tapi bila dah masuk trimester ke 2 naik mendadak pulak. Sifat bayi akan mula kelihatan bila masuk trimester ke-2, sebab itu masa trimester ke-2 dan 3 ni lah keinginan kita nak makan macam-macam kan atau orang panggil mengidam. Masa ni lah selalunya berat akan naik dan kalau tak jaga pemakanan mulalah akan kena diabetes, kencing manis dan bayi akan membesar lebih dari yang sepatutnya. Sebab itu, semasa hamil kena jaga pemakanan supaya kita bebas dari penyakit-penyakit yang merbahaya semasa hamil.

Berapa pertambahan berat badan yang ideal ibu hamil?
  • Sebelum Hamil BMI Kurang dari 18.5 = 13kg hingga 18kg (perlu tambah semasa hamil)
  • Sebelum Hamil BMI Berat Normal 18.5-24.9 = 11kg hingga 16kg (perlu tambah semasa hamil)
  • Sebelum Hamil BMI Berat Lebih 25.0-29.9 = 7kg hingga 11kg (perlu tambah semasa hamil)
  • Sebelum Hamil BMI Berat Obes 30.0 = 5kg hingga 9kg (perlu tambah semasa hamil)
YES PACK KEHAMILAN/PRENATAL

Pengedar Shaklee Sri Petaling


Dihasilkan bagi wanita hamil atau wanita yang merancang untuk hamil. Setiap vitamin dan supplement didalam pek ini membekalkan nutrien penting bagi perkembangan bayi dan kesihatan ibu sebelum dan semasa kehamilan.

Nutrisi Prenatal
Tambahan 360 kalori sehari adalah semua yang anda perlukan
  • Protein berkualiti tinggi (62.6g sehari)
  • Zat Besi (29mg sehari)
  • Asid Folik (600mcg sehari)
  • Kalsium (1,000mg sehari)
  • Minyak ikan berkualiti tinggi (200-300 mg sehari)
1) VITA-LEA WITH IRON FORMULA

Pengedar Shaklee Sri Petaling

Zat besi amat penting semasa hamil. Anda memerlukan banyak zat besi kerana jumlah darah dalam badan anda semakin bertambah. Darah yang lebih ini menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan.

Apabila darah tidak mendapat zat besi yang cukup, ANEMIA mungkin akan terjadi.
(Anemia = Haemoglobin <11g.dl)

Anemia boleh mengakibatkan:
  • Ketidaksuburan
  • Keguguran
  • Bayi Pramatang
  • Bayi kurang berat badan
  • Peningkatan risiko kematian ibu
  • Meningkatkan keletihan semasa mengandung dan penyusuan
2) B-COMPLEX WITH FOLIC ASID

Pengedar Shaklee Sri Petaling

Kepentingan pengambilan Asid Folik semasa hamil adalah penting kerana pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.

Kecacatan Tiub Neural:
Kajian klinikal menunjukkan bahawa dengan mengambil 400mcg asid folik boleh mengurangkan kecacatan tiub neural kira-kira 40%, manakala 1000mcg mengurangkan kecacatan kelahiran kira-kira 50%

Berapa Asid Folik yang anda perlukan?
  • Sebelum kehamilan : 400mcg/hari
  • Wanita Mengandung : 600mcg/hari
  • Menyusukan Bayi : 500mcg/hari
3) ESP Soy Protein Isolate Powder

Pengedar Shaklee Sri Petaling


Ibu hamil memerlukan sekurangnya 70g protien sehari.Protien baik untuk perkembangan otak bayi yang sihat seawal persenyawaan.
Protein juga penting untuk pembentukan otot bayi dalam rahim ibu dan memelihara dan membentuk otot ibu yang hilang akibat tidak bersenam.

Protein menyokong pertumbuhan fetus dan perkembangan bayi

Berapakah Protein yang anda perlukan?
  • Sebelum Kehamilan : 55g
  • Wanita Mengandung : 62.5g
  • Menyusukan Bayi (6 bulan pertama) : 75g
4) OSTEMATRIX

Pengedar Shaklee Sri Petaling

Bila kita hamil, kita dinasihatkan mengambil sumber kalsium yang mencukupi. Ini kerana kalsium penting bagi pertumbuhan tulang dan gigi. Pengambilan kalsium yang tidak mencukupi ibu hamil terdedah kepada risiko preeclampsia yang mungkin membawa maut kepada ibu dan anak.

Selain itu kalsium perlu ketika hamil kerana bayi akan menyerap sebanyak mungkin nutrisi dalam tubuh si ibu. Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak mnggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.

Berapa banyak Kalsium yang anda perlukan?
1,000 miligrams (mg) sehari - sebelum, semasa dan selepas melahirkan.

4) SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS

Pengedar Shaklee Sri Petaling

Kebiasaannya Ibu hamil ni memang senang nak terkena demam, selsema dan batuk. Vitamin C perlu sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan menjadikan kulit si ibu lebih lebih cantik walaupun sarat mengandung.

Vitamin C semulajadi diserap setiap jam - Vitamin C adalah vitamin pelbagai fungsi bagi kesihatan imun, kekuatan sel dan kesihatan gigi, gusi, tulang dan penjagaan fungsi asas badan.

Selain dari vitamin C mengurangkan risiko kelahiran pramatang, Vitamin C juga membantu meningkatkan kesuburan. Kajian menunjukkan terdapat 44% lebih banyak kehamilan apabila wanita yang sedang menerima rawatan kesuburan mengambil 500mg vitamin C seharian.

5) OMEGA GUARD

Pengedar Shaklee Sri Petaling

Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA. Atas sebab ini pakar mencadangkan suppliment Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.

Berapa banyak omega 3 yang anda perlukan?
300 mg DHA sehari - semasa dan selepas kelahiran

Sekarang dah jelaskan kenapa fa cadangkan complete set Kehamilan ni? Ini kerana cara yang terbaik untuk memastikan bayi anda sihat, anda perlu pastikan diri anda juga sihat!

Sepanjang bulan ini sehingga Oktober 2015, dengan setiap complete set kehamilan ni anda akan dapat potongan sebanyak 5% Jimat bukan? Nak lagi jimat apa kata anda daftar keahlian shaklee. Selain dari potongan 5%, anda layak dapat cash rebate & sebotol vitalea secara PERCUMA! Hubungi fa sekarang untuk dapatkan YES PACK PRENATAL anda.

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿





SMS/WhatsAPP/Telegram 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & pertanyaan mengenai produk Shaklee. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi, Bandar Tasik Selatan, OUG dan sekitarnya

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu


Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 30% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM68.90 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 .60 bagi semenanjung & RM21.20 bagi Sabah & Sarawak

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...