Nuffnang

Thursday, December 4, 2014

Resepi Bayi 11 Bulan : Oat dan Labu Berkeju

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sekali sekala bagi airis makan oat pon best kan. Airis sekarang ni selain mee suah dia suka makan nasi. Jadi sebab mee suah dah habis, fa pon buat lah oat. Dia dulu tak suka sangat oat. Makan pon kena paksa habiskan. Tapi bila fa buat oat ni dia makan licin semangkuk. Alhamdullilah. Resepi ni sesuai untuk bayi 8 bulan keatas sebab ade tumis menumis dan penggunaan butter dan fresh milk.



Resepi Oat dan Labu Berkeju:
3 sudu besar rolled oat (rendam semalaman)
1 ulas bawang putih - cincang halus
1 ulas bawang merah - cincang halus
Unsalted butter
Sikit buah labu - potong dadu
Kurma - rendam dalam air panas untuk lembutkan, buang kulit dan biji ambil isi sahaja. Boleh guna puree kurma.
Cheddar Cheese
Air
Sikit susu - fresh milk/FM/EBM



Cara-cara :
Tumis bawang sampai naik bau
Masukan labu biar sekejap
Masukan air dan biar didih
Masukan oat dan biar dia kembang sekejap.
Masukan kurma dan gaul-gaul
(Optional) Masukan sikit susu segar. - pastikan anak anda tak alergi susu ye.
Bila dah masak boleh tutup api.
Parutkan cheese dan tabur habatus sauda,


Selamat mencuba :)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan sekitarnya
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu


Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.
** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 bagi semenanjung & RM20 bagi Sabah & Sarawak


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...