Nuffnang

Monday, December 22, 2014

Checklist birthday party Airis : Airis turns 1

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Bila airis masuk 1 tahun yang seronoknya sebab nak buat 1st birthday party airis!! Tapi smpai sekarang belum ade checklist dan kata putus untuk majlis tu. Timetable fa dan babah sangat pack!! 

Cadangnya kami nak buat 25/12 tapi pospone ke 1/1/15 sebab bulan ni macam-macam program. Janji buat kan. Fa nak majlis airis ni simple BUT meriah dengan saudara mara n kawan-kawan rapat. Fa nak share sikit ape yang ada dalam kepala fa sekarang & mungkin boleh jadi cheklist diri sendiri.

Tema:
Ehm.. kena bertema ke? Kalau budak sekarang konfem tema FROZEN tapi airis ni bukan tau pon frozen tu hape. Tau lagu let it go tu je sebab mamy dia asik nyanyi2 lagu tu.. hhahha
Kalau tema RAINBOW boleh tak? Atau PINK? tengok je lah ape jadi janji cukup lah ade kek, makan-makan, kemah kecik untuk orang duduk2 makan.. pastu decoration sikit-sikit ngan belon kan...



Guest list :
Sebenarnya ni untuk saudara mara belah fa, memndangkan belah babah dah buat kat rumah MIL sebab airis share sama birthday ngan MIL. tapi cam tak baik pulak kan.... babah pulak cakap nak ajak kawan-kawan dia, fa pon nak ajak kawan rapat.. jadi guestlist mayb dalam 30-50 orang.

Birthday cake:
Bestnye sebab kazen fa nak buatkan.. jadi tak payah pening. Skali dengan cupcake dia nak buat. Cuma dia suruh pilih nak buat cake ape. Kepakaran kazen fa ni memang buat cake yang MasyaAllah gile sedapp!! So dia cakap cake Airis akan jadi surprise tunggu dan lihat :) Tapi fa request cake MICKEY MOUSE. Tengok je lah ape jadi....

Sesiapa yang nak order cake atau tengok-tengok cake boleh FOLLOW dia kat IG - NAZ_BAKEMECAKES

Candy buffet:



Fa suka CANDY BUFFET! dah nama pon birthday party kan.. Tapi takdelah banyak macam dalam gamba tu, Sebab rumah fa ni ruang terhad, mungkin candy buffet ni akan sekali dengan letak main cake & Cupcake. Pastu hias kiri kanan meja dengan candy & decoration dan belon.

Menu makanan:
Angah kata buat NASI LEMAK> lauk sambal + Ayam goreng berempah + Kacang Bilis + Paru/sotong...
Babah kata buat nasi-nasi kira makan tengah hari
Uncle Aunty request BBQ
Mama nak buat LAKSA

Pape pun kena tempah caterer.. tak mampu nak masak semua-semua. Mayb fa akan goreng gak lah nugget, hotdog untuk budak-budak. Mayb ade gak kuih muih, kopi teh.. Dah macam majlis kenduri kahwin anak pulak.

Door gift :
Sebab belum konfem berapa punya ramai kanak-kanak nak datang, jadi belum ade cadangan atau idea door gift. Kalau ade pon maybe fokus kat bebudak. Mak bapak budak kasi jamu makan-makan je.
Selalu kalau bebudak ni kasi mainan-mainan party macam party hat, wisel, belon...

Invitation :


Invitation ni memang dah buat hari tu, cuma belum sebarkan lagi . Nasib tak edarkan sebab date dah tukar kan. Angah cakap nape gamba airis macam gambar press conference? Tu namanya gamba semangat nak invite semua datang birthday party .. :)

Oklah, cukup lah kot.. Tunggu fa update lepas majlis selesai ye, tengok ape jadi. Hope semuanya berjalan dengan lancar. Insya-Allah. Doakan ye :)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan sekitarnya
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu


Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.
** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 bagi semenanjung & RM20 bagi Sabah & Sarawak 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...