Sakit Jantung merupakan pembunuh utama rakyat malaysia. Antara penyebab bekalan darah ke otot jantung tidak cukup, disebabkan saluran darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak, terutamanya "kolesterol".
"Serangan sakit jantung adalah keadaan di mana terdapat kerosakan pada otot jantung, ekoran daripada pengurangan pengaliran darah yang membawa oksigen dan nutrien kepada sel-sel jantung.Ia biasanya bermula apabila terdapat satu plak bekuan kolesterol yang tertanggal daripada dinding saluran darah dan tersangkut pada bahagian kapilari darah yang lebih sempit yang akhirnya menyebabkan kesumbatan pengaliran darah.Apabila sel-sel otot jantung kesuntukan bekalan makanan dan oksigen, ia akan menjadi semakin merosot dan akhirnya mati dan berhenti berfungsi. Keadaan seperti itu akan menyebabkan serangan sakit jantung secara tiba-tiba."
Faktor penyebab:
■Asap Rokok
Mempercepatkan pembekuan darahMenggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah.Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
■Tekanan Perasaan
Seseorang yang mengalami tekanan perasaan, degup jantungnya, meningkat.Tekanan darahnya juga meningkat.
■ Kandungan Lemak Yang Tinggi
Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak, adalah seperti mentega, minyak sapi, daging berlemak.
■ Kurang bersenam
Senaman penting untuk menguatkan jantung.Ia juga penting untuk memperbaiki pengaliran darah kejantung. Bersenamlah.
■ Darah Tinggi
Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah.Jantung "terpaksa" mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu.Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar pula peluang serangan sakit jantung.
■ Kencing Manis
Pesakit kencing manis lebih tinggi peluangnya mendapat serangan sakit jantung
Anda boleh memastikan sama ada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang menghidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan.Berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun.Mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis.Mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang atau runsing.Digalakkan memakan daging putih "white meat" seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap memakan daging merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya.Mulalah bersenam secara beransur-ansur.Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kalesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kalesterol yang diserap oleh badan.
Mungkin Vivix Shaklee dapat membantu anda?
Vivix berperanan mengurangkan risiko penyakit jantung malah dapat mencegah masalah jantung dan salur darah tersumbat.
Atau anda boleh ambil SET JANTUNG SHAKLEE untuk kesihatan jantung yang menyeluruh:
Sayang ayah,mak suami,isteri? Korbankan sikit wang ringgit untuk beri mereka supplement yang terbaik. Jika anda boleh beli barang beratus-ratus ringgit takkan lah nak hadiahkan orang tersayang dengan sebotol Vivix pon berkira kan?
Cegah sebelum melarat!
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
No comments:
Post a Comment