Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Semakin Airis membesar, semakin kurang dia makan. Fa ni lah yang risau sebab masak beriya, makannya 2-3 sudu je... selebihnya buang je. Huhuhu...
Memang kadang-kadang frust gak tengok Airis kurang makan, dalam kepala ni asyik fikir je tak sedap ke makanan yang fa masak sebab sebelum tu Airis memang suka makan. Airis memang kurang makan tapi kerap menyusu. Walaupun nampak susut sikit tapi dia aktif. Jadi fa tak perlu risau sangat. just pantau berat badan dia & keadaan dia. Just think POSITIF Airis nak kurangkan berat badan dia yang bulat tu supaya badan dia ringan nak berjalan.
Lagi satu bila bayi nak menjangkau umur 1 tahun, selera mereka kadang-kadang berubah. Dia lebih suka nak makan makanan yang pejal dari makan makanan lembik macam bubur nasi atau puree. Lagi satu mungkin dia bosan asik makan bubur je kan.. tukar menu setiap hari bagi dia tak bosan.
Sini fa ada Share resepi yang fa dapat dari blogwalking.
RESEPI #1 : Banana French Toast
Resepi ni kena pastikan bayi anda dah lepas11 bulan dan lulus semua bahan-bahan (4 days rule) . Roto seeloknya bagi yang Wholemeal bukan roti Putih dan susu segar tu boleh ganti dengan FM atau BF. Ikut alergy anak. Setakat ni Airis tak alergy fresh milk jadi fa guna sikit untuk dapatkan rasa lemak pada roti tu nanti.
Bahan-bahan:
Sekeping Roti wholemeal
Sikit Fresh Milk
Kurma
Pisang
Unsalted Butter
Cara Buat:
1- Sekeping roti buang kulit dan tekap ikut shape yang kita nak. (Boleh je nak potong petak-petak, macam fa buat ni, fa tekap pakai shape bunny)
2- Dalam mangkuk lain, letak sikit susu, separuh pisang & kurma lenyekkan bersama.
3- Celup roti tadi dalam bancuhan susu,pisang dan kurma
4- Panaskan pan, masukan unsalted butter
5- Goreng Roti sampai warna keemasan dan sedikit garing. Angkat.
6- Sapukan permukaan roti dengan lebihan bancuhan tadi dan letakkan hirisan pisang
7- Siap dan boleh makan :)
RESEPI #2 : Salmon Carbonara
Airis ni suka salmon, jadi fa akan pastikan dalam seminggu tu ada hidangan salmon untuk dia. Dalam resepi ni, fa gunakan tepung Atta (tepung orang buat chapatti) Seeloknya beri bayi anda tepung atta jangan beri tepung biasa yang kita makan tu ye. Sebab Tepung putih yang biasa kita makan tu ada sifat peluntur yang tak elok untuk bayi. Tepung atta tu senang je nak cari dan boleh beli dekat mana-mana kedai atau supermarket.
Bahan-bahan:
Pasta
Isi ikan salmon - cincang/buang tulang dan kulit
Tepung Atta
Cheese - parut
Air
Black pepper
Bawang Merah/putih - Cincang halus
Unsalted butter dan olive oil
Cara Buat
1- Masak Pasta sampai kembang/lembut - fa guna pasta heinz/ ketepikan biar sejuk
2- Panaskan Olive oil dalam pan dan goreng bawang putih/merah dan salmon sampai kekuningan - ketepikan
3- Pan yang sama, letak unsalted butter dan sesudu tepung atta (fa bancuh dulu tepung tu dengan sikit air supaya dia tak berketul nanti)
4- Kacau dan letak sikit air pastu masukkan bawang2 dan ikan yang dah goreng tadi dalam kuah putih ni.
5- masukan parutan cheese dan black pepper sikit.
6- hidang dengan pasta
*Boleh gantikan air dengan FM/BF
RESEPI #3 : Mash Carrot & Potato with chicken gravy
Fa memang kerap jugak buat mash potato ni start airis 6 bulan. Cuma gravy dan cara masak tu lain-lain ikut umur airis. Resepi ni pon fa dapat dari blogwalking. Actually sepatutnya Mash potato ni jadi betul-betul cam kat KFC tu, tapi sebab fa terletak lebih air dekat gravy, terus jadi cair. jadi masa anda buat tu pandai-pandailah budget air je. jangan jadi cair sangat.
Bahan-bahan:
Kentang
Carrot
Stock Ayam
Black pepper
cheese
Bawang merah - cincang
unsalted butter
Tepung Jagung (untuk pekatkan gravy)
Cara buat:
1- kukus carrot dan kentang sampai empuk. Blend/lenyek sampai lumat.
2- Panaskan pan masukan unsalted butter dan goreng bawang merah cincang sampai kekuningan.
3- Masukan stock ayam sikit kacau sampai hampir pekat
4- masukan black pepper dan sikit tepung jagung untuk pekatkan gravy
5- kentang tadi lenyek dan gaul dengan sikit butter dan parutkan cheese
6- tuang gravy atas kentang tadi.
7-siap dan boleh makan.
RESEPI #4 : Bubur dan sup ikan dan labu
Semenjak Airis tak nak makan ni, fa jarang buat bubur, selalu fa buat nasi lembik. Nasi tu still ade butiran nasi tapi lembut dan senang nak kunyah. Sebab kalau bubur kan lembik sangat. Airis tak berapa suka. Fa sekarang buat sup aising dengan nasi, bila nak makan baru fa campurkan. Sebab airis suka nak hirup-hirup sup. Tapi gamba atas ni memang bubur sebab ada balace sikit.
Bahan-bahan:
Bubur nasi/nasi lembik
ikan salmon/merah/tenggiri - ambil isi sahaja
bawang putih/merah - cincang halus
Labu
carrot
kentang
Tahu lembut
unsalted butter
Cara buat :
1- goreng bawang-bawang dengan unsalted butter atau olive oil
2- masukan isi ikan goreng sampai naik bau
3- masukan kentang, carrot, labu
4- masukan Air
5- bila mendidih dan segala sayur dah lembut, masukkan Tahu dan biar sekejap.
6- Tutup api, sejukan dan hidang dengan nasi lembik atau bubur.
*ikan boleh ganti dengan Ayam atau daging
Selamat mencuba :)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan sekitarnya
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.
** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 bagi semenanjung & RM20 bagi Sabah & Sarawak
No comments:
Post a Comment