Asthma atau bahasa melayu "lelah" merupakan sejenis penyakit paru-paru yang terjadi akibat radang dan penguncupan saluran pernafasan. Orang yang mengalami penyakit asma akan menunjukkan beberapa tanda atau gejala tertentu.
Asthma atau 'Bronchiol asthma' bererti seseorang itu mengidap penyakit dimana salur-salur pernafasannya akan mengecil ketika asthma menyerang. Inilah yang menyebabkan seseorang itu sukar bernafas dan nafasnya akan berbunyi.
Peringkat kedua asthma adalah apabila berlaku radang 'inflamation' di dinding-dinding salur pernafasan tersebut atas tindakbalas badan. Dalam keadaan biasa dan normal tidak mempunyai apa-apa tanda, kerana proses pengecilan itu adalah sementara.
Walaupun asthma secara amnya seperti penyakit biasa, tetapi kadangkala penyakit asthma yang teruk boleh juga menyebabkan maut dan asthma yang tidak terkawal boleh menyebabkan sesetengah kanak-kanak mempunyai tumbesaran yang terganggu.
Tanda atau gejala Asthma:
● Pernafasan berbunyi seperti orang bersiul atau dipanggil "weezing" yang terdengar berulang kali bila pesakit menghembus nafas.
● Batuk yang berterusan terutama waktu malam atau keadaan sejuk.
● Sesak nafas dan dada terasa ketat kerana lendir atau kahak yang sukar untuk dikeluarkan.
Menurut kajian jumlah kanak-kanak yang mengidap asma semakin meningkat, dan selalunya akan sembuh apabila usia meningkat hingga 12-13 tahun.Kira-kira 50%-60% akan sembuh apabila mencapai usia 20-25 tahun manakala 20% akan mendapat asthma berterusan.
Faktor penyebab asthma adalah satu penyakit yang dikaitkan dengan keturunan dimana seseorang anak itu mempunyai kebarangkalian mendapat asthma jika ibu bapanya mempunyai asthma. Asthma juga adalah satu daripada penyakit alahan (allergic), 'allergic rhinitis' dan 'utricaria'.
Asthma biasanya menyerang apabila seseorang itu tededah kepada faktor-faktor luaran yang dipanggil 'allergen' seperti habuk, cuaca sejuk, makanan, kucing atau haiwan berbulu yang lain dan juga jangkitan kuman pada saluran pernafasan ('Upper Respiratory Tract Infection) dilihat apabila kanak-kanak itu demam dan batuk dan diserang asthma.
Punca asthma:
● alahan hidung seperti habuk, debunga, spora kulapuk, epitalial binatang peliharaan
● udara sejuk
● senaman
● jangkitan sistem pernafasan
● tekanan emosi
● aspirin dan ubat seumpamanya
Rawatan dan ubat-ubatan yang kerap diberi kepada pesakit asthma:
■ Syrup Syrup 'ventolin'(Salbutamol)
■ Syrup 'Prednisolone"
■ ubat gas(nebulizer) Salbutamol Nebulizer mengandungi salbutamol dalam bentuk gas yang boleh terus sampai ke saluran pernafasan dan membukanya secepat mungkin.
■ Injection 'Hydrocortisone' Injection ini berfungsi sama seperti 'prednisolone' dan bertindak mengelakkan radang di saluran pernafasan.
■'inhaler' Ventolin (biasanya botol biru).
■ Ubat pencegahan.(biasanya botol coklat).Ubat ini adalah dari jenis 'corticosteroid' di mana ia berfingsi untuk mencegah daripada diserang asthma (bagi kanak-kanak yang kerap mendapat asthma).
Supplement untuk pengidap asthma:
Pengambilan Omega Guard yang mengandungi Omega 3 dapat mengurangkan simptom-simptom asthma seperti batuk dan sesak nafas akibat lendir yang terkumpul didalam salur pernafasan.
Sharing Is Caring
==============================================================
PROMOSI OMEGA GUARD SEPANJANG BULAN NOVEMBER 2014
BELI 6 FREE 1
+ Free MEMBERSHIP
+ CASH BONUS
+ FREE 1 BOTOL OMEGA (Worth RP RM136)
@
BELI TWIN PACK (2 botol)
+ 5% OFF
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
No comments:
Post a Comment