Setiap bulan seronok pulak buat entri perkembangan Airis ni. Bukan nak menunjuk yang anak kita ni membesar mengikut perkembangan yang tepat. Cuma nak share dengan semua dan jadikan rujukan semua mommies yang baca blog fa ni -
Jom kita baca tentang perkembangan bayi 11 bulan ni, apa yang menarik sangat!
#1 Berdikari secara fizikal
Sekarang, cuma tinggal satu bulan saja sebelum harijadi pertama bayi anda dan anda harus sedar yang dia bukan lagi seorang yang tidak boleh bertindak sendiri tanpa anda. Walaupun dia masih memerlukan banyak jagaan dan bantuan, tetapi tahap berdikarinya kian meningkat – jelas apabila melihat dia berdiri, membongkok dan mencangkung – yang semakin menonjol.
Dia mungkin boleh berjalan dengan memegang tangan anda dan dia akan mengulurkan lengan atau kakinya untuk membantu anda memakaikan pakaiannya.
Nota Airis : Airis masih belum boleh berjalan dengan sendiri, tapi dia hanya boleh memegang kerusi, meja atau apa je objek atau orang untuk bantu dia bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Kalau kita pegang dia dan bantu dia berjalan, Airis suka jengketkan kaki dia (macam pakai kasut tinggi) untuk berjalan.
Pada waktu makan, dia mungkin boleh memegang cawan dan minum sendiri (walaupun sesetengah kanak-kanak tidak boleh membuat ini untuk beberapa bulan lagi) dan boleh menyuap dan menghabiskan makanannya dengan sendiri. Apa yang menarik ialah, apabila anak anda pandai memegang cawan dan minum sendiri, masa inilah anda mesti belajar bagaimana nak mengelak, sebab sudah tentu dia akan melontarkan saja cawan itu apabila selesai walaupun ada kalanya dia meletakkan cawan secara lembut.
Nota Airis : Airis tak pandai makan sendiri, mungkin belum lagi kot? Fa dah ajar dia tapi dia masih belum mahir dan mengharapkan fa suapkan makanan. Cuma Airis pandai pegang bekas air dia sendiri dan cuba untuk isap sendiri tanpa pertolongan fa.
Dia juga akan menjatuhkan objek dengan sengaja untuk dikutip oleh orang lain, barangkali mengharapkan anda juga.
Nota Airis : Airis memang suka campak mainan dari dalam kot keluar kot. Dia rasa happy pulak buat tu sebab fa akan kutip dan masukan balik dalam kot dan dia akan campak lagi sampai dia puas hati! :)
#2 Buku untuk si pembaca kecil
Bayi anda seronok melihat buku, walaupun dia tidak akan membukakannya sehelai demi sehelai. Dia juga akan mempunyai buku kegemarannya yang dia akan mahu mengulangi berulang-kali.
Membentuk peribadinya sendiri
Nota Airis : Airis suka membaca. Itu yang fa nampak walaupun dia bukan membaca tapi membelek-belek buku yang fa belikan dengan mulut yang bising seakan membaca buku. Fa nak dia jadi orang yang suka membaca sebab fa juga bookworm :) nanti boleh lepak kedai buku sama-sama hehehhe
Pada usia ini, bayi anda mula menjadi asertif dengan adik-beradiknya dan mula menyertai permainan secara selari – bermain hanya di sampingan (tetapi bukan bersama) kanak-kanak yang lain.
Nota Airis : OK, apa yang fa nampak, Airis suka nak menyibuk dengan budak-budak yang berlari-lari happy-happy dekat taman permainan atau shopping mall. Dia akan perhatikan budak-budak tu main then tiba-tiba dia pon menjerit happy macam dia join je bebudak tu main.
Dia juga akan memilih sesuatu selimut atau anak patung lembut sebagai objek sekuriti untuk mendampinginya.
Nota Airis : Bear Luch teddy bear kesayangan Airis. Kemana pergi kena ada bear tu & of coz bantal busuk dia.
#3 Tiba masanya untuk menetapkan batasan
Bayi anda mungkin sudah boleh memahami arahan mudah dan dengan sengaja akan memilih untuk tidak mendengar cakap anda apabila anda mengatakan "tak boleh." (Untuk menegaskan ungkapan tersebut, hanya gunakannya untuk perkara-perkara yang betul-betul merbahaya.) Walaupun pada keesokan harinya, bayi anda tidak akan ingat lagi apa yang anda katakan pada hari ini, namun, bukanlah terlalu awal untuk anda menetapkan batasan-batasan dan mula mengajarnya apa yang betul dan apa yang tidak.
Nota Airis : Airis nampak degil dia kadang-kadang bila fa cakap "jangan" main dekat situ atau "jangan" pergi dekat situ. Nampak dia semacam protes bila fa start cakap jangan!
Anda bukannya bersikap kejam jika anda tidak membenarkannya makan satu keping kek lagi; anda hanya menetapkan batasan. Jika dia menarik ekor anak kucing, alihkan tangannya, pandang mukanya dengan serius dan katakan, "Jangan, itu menyakitkan kucing." Kemudian, ambil tangannya dan tunjuklah dia bagaimana untuk membelai kucing dengan lembut.
Nota Airis : Fa masih belajar cara nak menetapkan batasan untuk Airis. Walaupun berkali fa ajar dia dengan mengalikan tangan,jari atau arah dia anggap fa buat tu setu gurauan. Dia boleh gelakkan........ Bila dia gelak, fa pon otomatik gelak sama.. haisss
Dia lebih suka meneroka daripada mendengar amaran anda, jadi anda mesti bijak mencari jalan untuk melindungi dan mengajarnya. Apa yang anda terlihat seakan-akan bantahan, sebenarnya bukan begitu; ia hanyalah perasaan semulajadinya untuk mengetahui bagaimana dunia sekelilingnya bergerak dan wujud.
Nota Airis : Dapur tempat faveret Airis selepas bawah meja makan. Berkali-kali fa cakap jangan masuk dapur, dia tetap masuk. Laju je dia merangkak tuju ke dapur. Memula suku jalan, kemudian separuh dan sekarang kalau fa tak perasan, dia dah ada kat tengah-tengah dapur. Bukan tak kasi main kat dapur, tapi tahulah dapur macam-macam benda yang ada.
#4 Bercakap tak terhingga
Bunyi-bunyi perkataan dan bunyi yang mirip perkataan akan diungkapkan oleh bayi anda – dan digunakan secara bermakna. Apabila lobus frontal otak bayi anda bertumbesar, serentak dengan keupayaan kognitif tinggi seperti penaakulan dan pertuturan, adalah baik jika anda dapat menggalakkan minatnya terhadap bahasa dengan mendengar bersungguh-sungguh dan membalas kata-kata dan celotehnya. Interaksi seperti ini adalah penting untuk membiasakannya dengan komunikasi dua hala. Bermain permainan bertepuk-tepuk tangan dan permainan sekejap-nampak, sekejap-tidak atau peek-a-boo akan membantunya menajamkan daya ingatannya.
Nota Airis : Ye Airis suka bercakap.Ada je bunyi-bunyi yang dia buat. Latest bila fa buat bunyi panggil kucing, dia dah boleh ikut. Dulu dia tak pandai tepuk tangan sekarang dia dah pandai. Perkembangan dan daya fokus dia kat sesuatu memang tajam. Sekejap je dia dah dapat tangkap apa yang fa ajar. Alhamdullilah. Tak sabar nak dengar dia panggil fa Mamy :)
Pada usia ini, bayi anda mungkin boleh mengajuk bunyi perkatan serta infleksi bunyi dan juga tingkah-laku tertentu. Dia juga mungkin boleh mematuhi arahan mudah seperti "Tolong ambilkan saya bola itu" atau "Angkat sudu itu." Bantu dia belajar dengan memberi arahan secara mudah, langkah demi langkah supaya senang diikuti.
Nota Airis : Benda yang fa perasan airis faham apa yang fa cakap ialah bila fa minta airis benda yang dia pegang. "Airis bagi mamy tasbih tu" dia terus hulurkan tasbih dan senyum simpul. Sebagai reward fa suka peluk dia dan tepuk tangan supaya dia tahu yang die buat sesuatu yang betul.
Hargailah masa yang singkat tetapi istimewa ini, iaitu semasa kemahiran komunikasi bayi anda sedang berkembang. Ini boleh dikatakan kebolehan yang paling penting yang diperolehi olehnya.
http://www.babycenter.com.my/a1033497/perkembangan-bayi-anda-semasa-usia-11-bulan#ixzz3K6hmUv81
Fa tak sabar nak tunggu Airis setahun bulan depan. Memang terasa sekejap je mas berlalu namun melihat airis membesar depan mata memang sangat-sangat bahagia. Melihat perkembangan dan kebijaksanaan dia buat fa tak menyesal langsung jadi suri rumah sepenuh masa!
Sharing is Caring :)
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan sekitarnya
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.
** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 bagi semenanjung & RM20 bagi Sabah & Sarawak
No comments:
Post a Comment