Nuffnang

Friday, October 17, 2014

Tips : Atasi Sembelit pada bayi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Lately ni Airis memang kerap sembelit. Kesian sangat tengok dia bersusah payah meneran. Merah-merah muka. Bila ni jadi dia agak cranky  asik tak senang duduk je ye lah sebab perut tak selesa. Kita pon yang dewasa kalau sembelit mesti moody kan sebab pembuangan tak normal.

Bila airis dah mula nampak sembelit fa on mulalah google tips dan petua macam mana nak legakan sembelit dia. Orang kata bayi yang menyusu badan ni kurang sikit dapat sembelit sebab susu ibu cepat hadam dan memudahkan pengeluaran najis tu. Tapi faktor pemakanan dan kekurangan pengambilan air oleh si ibu juga boleh penyebab anak yang disusukan sembelit.

Jika bayi yang kurang dari 6 bulan, dan menyusu secara ekslusif, anda tak perlu risau. Airis dulu pernah sampai 3 hari tak yak. Normal, Tak perlu beri air masak atau apa-apa ubat sebab susu ibu dah cukup untuk atasi sembelit tu dengan kerapkan beri bayi anda susu. Melainkan jika simptom-simptom seperti perut mengeras dan bayi nampak macam tak selesa menangis 24 jam jadi segeralah bawa jumpa doktor.

Tetapi jika bayi anda lebih 6 bulan dan dah mula makan solid food jadi anda perlu risau dan cuba cari solution untuk selesaikan masalah sembelit ni supaya tak berlarutan.

Sebab-sebab sembelit:
  • Anak diberikan susu formula dan cara bancuhan tidak bersesuaian dengan anak
  • Anak yang mula diperkenalkan dengan solid food ataupun makanan pejal
  • Anak yang telah makan makanan pejal dan kurang air masak dalam diet hariannya
  • Anak kurang minum air masak (untuk anak 6bulan keatas)
  • Anak yang dah makan, dalam diet hariannya kurang serat dan fiber
Simptom-simptom Sembelit yang sudah makan makanan pejal:
  • meragam, sakit abdomen dan gastrik;
  • abdomen yang keras;
  • sakit abdomen yang mengurangkan pembuangan air besar;
  • najis bercampur darah, selalunya berpunca dari luka (fisur) rektum yang disebabkan oleh najis yang keras;
  • najis yang sukar dikeluarkan dan berketul-ketul.
1st jom kita tengok Poo Chart. Jadi kita boleh tau tahap kesihatan najis bayi.
**Setakat ni Airis punya selalu No.3 sebab dia memang kuat makan nasi tapi kurang minum air.


Tips atasi anak sembelit (Untuk anak lebih 6 bulan dan dah makan solid food)



1) Beri makan prune/betik
Buah buahan bertindak sebagai pelembut najis. Beri mereka makan beberapa potong sehari Kalau dia tak berapa suka campur je dalam makanan dia. 

2) Beri yogurt 
Cari yogurt yang fresh/plain bukan low fat ye. Yogurt baik untuk penghadaman dan membersihkan usus dari bakteria.

3) Beri banyak sayur-sayuran/makanan yang tinggi serat seperti Oat dan Bijirin

4) Pastikan anak anda minum air masak yang mencukupi

5) Berikan anak anda minum jus buah-buahan selepas menyusu. Seperti jus prune/pear (Boleh beli yang jenama Heinz) atau betik yang dikisar sebab betik mempunyai serat yang tinggi dan merangsang pergerakan usus.

6) Sekiranya anak anda minum susu formula, gantikan jenama yang lain sekiranya anak anda kerap sembelit. Mungkin anak anda tak sesuai dengan jenama tu. Atau cuba cairkan sedikit bancuhan susu tu.

7) Urut-urut perut anak anda secara membulat beberapa minit atau cuba baringkan bayi anda angkat kakinya keatas dan gerakkan seperti kayuhan basikal. Ini akan membantu menggerakkan najis di dalam ususnya.

Sekiranya anak anda lebih satu tahun, anda boleh campurkan Meal Shakes didalam minuman kegemaran sebagai ikhtiar atasi masalah sembelit.


Meal Shakes Shaklee merupakan minuman yang kaya dengan kandungan SERAT di samping mengandungi Vitamin B-12 yang merupakan komponen Vitamin B yang berfungsi untuk melancarkan penghadaman perut.


PROMOSI MEAL SHAKES BELI 3 PERCUMA 1 SEPANJANG BULAN OKTOBER 2014

  • Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
  • Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
  • Rendah lemak dan rendah glisemik
  • Sumber protein dan kalsium
  • Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur
  • Sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi Ibu menyusu , Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang, Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil dan Warga tua
  • Setiap bancuhan Meal Shake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Ia adalah pemakanan tambahan yang lengkap.
JOM DAPATKAN SEKARANG SEBELUM TAMAT TEMPOH PROMOSI!!
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-384 1916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan Tasik Selatan
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...