Tahun lepas fa tengah preggy waktu bulan puasa. Tahun ni fa Fully Breastfeed pulak. Dulu memang tak larat ye lah masa bulan puasa kandungan fa dah masuk 4-5 bulan camtu. Memang Airis tengah membesar & memang ikutkan diri memang tak larat tapi fa gigih jugak walaupun tinggal 7 hari :)
Ramai antara ibu menyusu yang risaukan kesihatan mereka & bayi mereka sekiranya mereka berpuasa. Tapi ikutkan wanita yang menyusukan bayi juga diberi kelonggaran untuk tidak berpuasa sekiranya berpuasa itu memudaratkan dia & bayi. Tapi so far setakat ni fa masih bertahan walaupun Airis kuat menyusu. Cuma bibir jadi cepat kering mungkin kurang pengambilan air.
Tips dan panduan berpuasa bagi ibu yang menyusukan bayi;
1- Banyakkan minum air kosong. 2-3 liter sehari adalah sangat penting buat ibu yang menyusukan bayi. Seeloknya sediakan satu bekas minuman khas yang kita boleh sukat berapa banyak kuantiti air kita minum. Minum air kosong bermula dari waktu berbuka hinggalah ke waktu imsak ke esokkan pagi nya.
= Nama pun berbuka, air manis tersedia kat atas meja. Teguk-teguk dah hilang haus. Fa selalu pastikan lepas berbuka tu fa minum air putih banyak. Bawa sekali air masuk bilik. So far tak sampai lah 3 liter.. 2 liter maybe
2- Jangan skip sahur. Perlu bangun makan sahur kerana makanan yang kita makan ketika bersahur membekalkan tenaga sepanjang hari kepada kita. Lagipun, bersahur kan sunat :)
=Semenjak puasa ni belum lagi skip sahur. Sebab perut ni macam dah bagi signal, SAHUR. memang fa makan banyak waktu sahur.
3- Makan banyak buah-buahan, sayuran, sup dan makanan berkuah. Tetapi, elakkan dari makan terlalu kerap makanan yang bergula dan bergaram. Kerana, ia akan menyerap lebih banyak air yang ada pada tubuh kita.
4- Paling utama, sebelum mula berpuasa..kita perlu pasang niat dan memohon dari Allah agar di permudahkan urusan serta niat baik kita menyusukan bayi kita.
Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”
5- Berbuka puasa dengan makanan yang kaya dengan protien, glukos dan cecair.
6- Makan banyak kurma.
= Berbuka je makan. lepas ni boleh makan banyak lagi kurma :) Lagipun kurma milkbooster fa!
7- Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat. Maksud disini, kalau boleh..pastikan ambil nasi dalam portion pinggan sihat setiap hari. Jangan tak makan nasi pula ye..
= Ibu menyusu kena makan nasi. Itu yang fa selalu cakap pada diri fa. Kalau tak makan nasi macammana nak dapat energy kan?
8- Kerapkan menyusu bayi. Jika anda ibu bekerjaya, perlu pam susu sekerap yang boleh ataupun ikut jadual mengepam biasa di tempat kerja.
=Airis memang kerap menyusu. Sebab fa dah WAHM, so airis direct je sekarang ni. Tapi setiap malam if ada masa akan buat power pumping.
9- Seeloknya bangun awal sebelum bersahur untuk pam susu. Kemudia, makan kurma dan bersahur serta minum banyak air sebelum waktu imsak.
10- Sebelum menjelang bulan puasa, adalah sangat-sangat di galakkan untuk mengumpul stock susu sebagai persediaan awal sebelum menjelang Ramadhan. Set Mighty Tripple Gem memberikan tenaga berpanjangan sepanjang hari =)
11- Kenal pasti milk booster anda sebelum mula bulan puasa dan sepanjang berpuasa boleh kerap ambil milk booster anda. Milk booster adalah berbeza mengikut individu. Boleh juga cuba Milk Booster Budget.
12- Banyakkan berzikir Ya Wahab dan elakkan tekanan. Sentiasa berfikiran positif serta ceria.
13- Bawa bekalan air masak ketika pergi terawih dan minum air setiap kali selesai 2rakaat solat tarawih.
14- Jika perlu, ambil suppliment untuk memastikan badan sentiasa bertenaga, mood sentiasa ceria dan production susu sama malah lebih lagi dari sebelum berpuasa.
*Credit
Ok dah baca tips tu kena lah buat. Jangan baca-baca je ye.
Rahsia fa untuk kekal bertenaga di bulan ramadan ialah dengan mengambil Set Mighty Triple Gems yang terdiri daripada :
MEALSHAKES + PERFORMANCE DRINK + ESP
ESP (perisa natural vanilla) : – Membekalkan tenaga & memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Menyediakan tenaga yg berkekalan dan membantu menahan rasa lapar menerusi bekalan sumber tenaga yg konsisten.
MEALSHAKE (perisa french vanilla) : ‘Easy-On-the-Go Meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian. Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
PERFORMANCE DRINK (perisa natural orange): – Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah. Membantu mengelakkan rasa dehydrate akibat kurang minum air ketika sedang berpuasa. Terbukti secara klinikal mampu menyokong tahap hidrasi berbanding air
Susu BEST!!! |
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.
No comments:
Post a Comment