Nuffnang

Saturday, June 7, 2014

PART 1 (AIRIS’S 1ST FOOD) : PUREE APPLE PERTAMA AIRIS.

Macam yang dicadangkan, Airis start makan hari ni, sabtu sebab fa tak kerja.

Bangun pagi selepas subuh tadi fa dah kedapur potong-potong apple & simpan dalam chiller sebelum steam bila airis bangun nanti. Sebab mood rajin kan + ilmu puree mempuri ni zero jadi semangat tu lain macam sikit.

Lepas Airis bangun dan mandi dalam pukul 9.30 pagi, fa dah prepare puree yang siap blender untuk Airis. Doa banyak-banyak hope apa yang Airis makan tak memudaratkan. Alhamdullilah 1st puree airis suka sangat. Orang kata baby tak makan banyak. Tapi Airis makan puree yang fa buat tu hampir habis. Alhamdullilah. (walaupun agak cuak jugak sebab orang cakap sebiji apple tu boleh buat 4 x makan. Fa buat sebiji apple sekali makan!! Takpe.. 1st try mamy!! Practice make perfect kan?

Sepanjang hari fa pantau Airis. Tapi tak ada ruam naik. Najis dia normal. Tak ada bengkak sana sini & dia pun lasak macam biasa maknanya Apple puree tu dah boleh letak dalam menu lain kali.

Ok ni resepi Apple puree yang fa buat:-

APPLE PUREE

1 biji fuji Apple (buang kulit potong-potong)
1 0z breast milk
Sikit Air untuk blender & steam

Cara-cara:

1) Fuji apple tu potong-potong letak dalam steamer/periuk kukus. (orang kata steam lagi bagus nak pastikan nutrien apple tu tak hilang, kalau rebus segala nutrien apple tu jatuh dalam air rebusan.) Kukus sampai lembut.
2) Lepas Sejukkan dan masuk dalam blender. Letak air masak sikit untuk mudahkan di blend. Blend sampai agak-agak halus.
3) Lepas dah agak halus, tapis dalam penapis sebab apple ni berserat so kena pastikan puree tu halus supaya baby senang telan dan tak tercekik.
4) Then bila dah siap tapis, boleh campur dengan susu. (ada orang yang blend sekali ngan susu, kalau susu formula tu ok la kot blend sekali, tapi kalau breastmilk tu setahu fa mana leh goncang ganas-ganas kan? Rosak lah breastmilk tu nanti-heh) Susu tu sebab fa ambil dari chiller, jadi sebelum fa start blend puree tu, fa dah masukkan susu dalam warmer.
5) Lebihkan susu takpe jangan terlalu pekat jangan terlalu cair. Kena pandai agak.

Sebab bila makan kena ada air, fa hidangkan sekali dengan air zam-zam. Kalau tak ada air zam-zam, boleh je hidangkan air masak.


Airis makan dengan selera sangat walaupun jap-jap terganggu dengan bunyi TV cerita Mickey Mouse Clubhouse. Bila tengok Airis langsung tak tolak sudu maknanya dia memang suka puree apple tu. Alhamdullilah. Lepas makan tu biasa lah dia dah start mengantuk. Apa yang best dia tidur dengan lena & lama. Boleh lah fa buat kerja-kerja rumah dengan tenang. Hihih

So selama 4 hari ni menu airis Apple Puree. Awal-awal boleh bagi baby makan sekali sehari je ye, nanti bila dah masuk minggu kedua boleh bagi dia makan 2 kali sehari. Bila dia dah masuk 7 bulan boleh bagi dia 3 kali sehari. Tapi bila blogwalking ramai je yang bagi baby 6 bulan dorang makan sehari sekali, masuk 7 bulan baru 2 kali sehari. Entah lah.. Tengok baby jugak kot?

Yang paling penting, jangan start beri 1st food ni waktu malam sebab kita tak tahu tahap penerimaan & alergi seseorang baby tu, jadi pagi, tengah hari atau petang adalah masa yang paling sesuai.
Muka compius ke hape ni?
Jeling tengak Mickey Mouse Clubhouse
Suapkan Airis makan adalah satu yang sangat seronok. Tengok dia maka dengan sungguh-sungguh pun dah buat fa rasa bahagia. Nanti fa share menu lain pulak ye.

Sharing Is Caring :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...