Cerita airis dengan apple puree siang tadi dah over, esok 2nd day dia makan puree apple. Siang tadi airis tidur lama & lena. Mungkin perut dia kenyang kan. Tapi malam ni pun dia tidur macam waktu yang biasa walaupun sebelum tidur merengek macam biasa. Setakat ni Airis belum tunjuk apa-apa tanda alergi lagi yak-yak pun belum lagi, So fa hope Apple tu tak ada masalah. Insyaallah.
Ok off cerita Airis, ni nak cerita pasal Shaklee pulak. Malam ni fa nak share pasal keputihan. Wanita & keputihan memang tak dapat dipisahkan, cuma tahap keputihan itu normal atau abnormal.
Fa start makan Shaklee dengan makan Alfalfa ni sebab fa sendiri ada masalah keputihan tapi tak lah teruk sangat cuma tahu tak kadang-kadang keputihan ni boleh jadi punca ketidaksuburan. Jadi fa ambil Alfalfa niat untuk bersih dari keputihan & sihatkan peranakkan sekali tup tup pregnant. Heh¬
Keputihan juga buat solat kita tidak sah (sebab keputihan tu umpama najis - ni fa dengar masa ceramah agama & pernah baca dalam majalah wallahualam) Pemakaian Panty liner adalah satu kemestian tapi kena kerapkan tukar untuk elakkan masalah keputihan jadi makin teruk.
Keputihan atau flour Albus biasanya disebabkan oleh infection dari bakteria, virus atau parasit yang disertai dengan rasa gatal di bibir dan bahagian luar vagina. Kadang-kadang, masalah keputihan boleh menjalar ke salur kencing yang akan menyebabkan rasa nyeri atau pedih semasa membuang air kecil.
Kenalan fa sorang ada masalah keputihan yang tidak normal. Keputihan yang tidak normal dimana keluarnya cairan putih yang pekat disertai rasa gatal yang tidak selesa. Boleh jadi juga keluarnya bauan yang tidak menyenangkan, lagi teruk sekiranya keputihan itu berubah warna dari putih ke warna yang keruh dan kehijauan. Ini tandanya infection telah terjadi pada vigina & jika tidak dirawat akan menyebabkan masalah kemandulan.
Cara terbaik untuk hilangkan keputihan dengan banyakkan minum air masak. Selain itu mandi dengan membersihkan bahagian vagina anda dengan sempurna & bersih. Pastikan vagina dikeringkan dengan betul sebelum pakai seluar dalam. Sebab bakteria senang membiak dikawasan yang lembab.
Selain itu, pastikan anda menukat panty liner atau pad sekerap yang mungkin, pakai seluar dalam dari jenis cotton juga dapat mengelakkan dari keputihan.
Elakkan dari penggunan vaginal douche atau cecair pembersih vagina kerana ia boleh merubah kadar PH vagina, sekiranya perlu, pastikan pembersih vagina itu pada kadar PH yang dibenarkan. Untuk pastikan tahap PH yang seimbang, amalkan pengambilan Vitamin C 500mg setiap hari.
Tabiat meletakkan bedak atau wangian pada vagina juga harus dielakkan.
Bila semua diatas tu dah buat, boleh consume Alfalfa Shaklee pula. Alfalfa shaklee memang berkesan dalam menangani masalah keputihan malah dapat merapatkan hubungan suami isteri!!
Jadi mereka yang ada masalah keputihan jangan malu, jangan segan. Call/whatsapp/SMS fa untuk dapatkan Alfalfa Shaklee ni.
Lagi kebaikkan Alfalfa Klik Sini
No comments:
Post a Comment