Ingatkan senang nak bagi baby ni makan. Beli je apa-apa cereal dalam kotak tu (cerelac/Rusk) atau buat je apa-apa puree terus je bagi makan. Bila google banyak pulak yang benda yang kena ambil tahu bukan suka-suka boleh bagi macam tu je.
Banyak dah printscreen recipe konon-konon nak buat untuk Airis. Sample Cerelac atas meja tu tunggu nak bancuh je. Lagi 2 hari nak start bagi Airis makan, apa ilmu pun takde. Google punya google rupanya nak introduce baby dengan 1st food ni, bukan main bagi camtu je. Ada rule kena ikut. Supaya dia tak alergi dekat sebarang makanan & jangan bagi perut dia terkejut. Rule? Mama cakap, dulu-dulu mana ada rule bagai ni. Besar gak kami. Mama masak bubur campur ayam dengan carrot sihat je. Sebab sekarang mak mak moden ni mane nak tanya orang tua-tua kan, semua tanya pakcik google. Jadi banyak lah ilmu yang tak tahu jadi tahu.
Rule yang fa maksudkan ialah 4 (four) day rules. Maknanya dalam sebulan baby dikenalkan dengan 1 jenis makanan sahaja selama 4 hari untuk tengok tahap penerimaan atau alergi dekat sesuatu makanan itu dan sambung makanan jenis yang lain untuk 4 hari berikut sampailah sebulan.
Agak mengarut? Rata-rata mak-mak yang fa tanya takde pun buat macam ni, Kalau 1st food tu selalu mesti start dengan cereal (cerelac/rusk) kalau nak bagi puree, beli je dalam botol. Kalau yang rajin tu terus je masak bubur kasi baby mereka makan. Takde pun nak ikut sangat rule-rule bagai ni. Tapi ikut fahaman fa la ye, rule ni untuk pastikan baby anda takde masalah langsung dalam pengambilan sesuatu makanan. Kita Try an Error je leh. Contoh keledek, ada baby yang hanya boleh makan keledek kaler kuning, kalau makan yang kaler purple akan kembung. Kalau baby kembung parah woo! Airis pernah kembung dulu, satu malam menangis tak henti. So nak elakkan dari ni jadi, kenalah ikut rule ni semua.
Contoh Planner (4 -day-rule) |
Kenapa puree, sebab baby fully breastfeed ni perut lembut,mudah hadam. Jadi takut perut baby tu terkejut kalau start bagi porridge sebab tu awal-awal start dengan fruit or vegi puree. Tapi fa nak buat sebab macam exited + berdebar lak nak masak 1st makanan si Airis!!
Buah & sayur pun bukan sebarang boleh bagi. Contoh pisang, setengah baby alah pada pisang montel yang beli kat pasaraya tu. Jadi kalau nak bagi pisang pergi rajin-rajin cari pisang emas. Selamat sikit.
Fa ada juga tanya-tanya kawan yang lain tentang menu yang paling sesuai nak kenalkan dekat Airis. So kaji punya kaji, tanya sana sini fa pun buatlah satu jadual menu Airis untuk sebulan. Ni agak je lah, kalau Airis alah pada salah satu makanan ni, dah kena tukar yang lain pulak kan.
Tak jumpa pulak gamba buah-buah chomel so buat yang simple je lah asal faham sendiri! |
Bleander baby bullet-ehsan Google |
So esok dekat opis nak pergi cari fuji Apple & Pear. Tak sabar nak share cara fa buat puree untuk Airis.
Sharing is caring :)
No comments:
Post a Comment