Nuffnang

Wednesday, June 4, 2014

Airis Checkup 5 Bulan

Assalamualaikun & Salam Sejahtera.

Sepatutnya Airis checkup 5 bulan masa 27/5 hari tu. Tapi sebab macam-macam hal dengan doktor Cheok cuti emergency, jadi checkup Airis di tukar hari ni. So hari ni umur Airis 5 Bulan ++. Macam biasa checkup pukul 10.30 pagi, tapi sebab en suami kerja, kami gerak awal pukul 9.30pg

Regular checkup sebelum kena jab, amik berat. Alhamdulilah berat Airis dah 7.89kg (before 7.19) still average, naik berapa je la..sebab Airis makin membesar. Semakin lasak walaupun susu sekarang fa kena tambah auns tinggalkan sebab mesti tak cukup.

Jumpa je doktor Cheok dia punya happy nampak Airis. Airis pulak macam biasa, ajak borak satu klinik tu suara dia. Kena Jab tak nangis pon sebab Doktor Cheok cakap airis banyak lemak. :) tak sakit punya! Memang betul pun! buat muka cembeng tapi tak nangis. Alahai si bijak mamy.

Doktor Cheok cakap Airis dah start boleh makan puree or cereal.Dia cakap actually masuk je 5 bulan Airis dah boleh makan dah sebab dia dah besar tak boleh depend dekat susu mamy je. Dalam kepala fa dah start dah nak beli makanan baby “Cerelac” tapi teringat masa pergi Tesco last week dapat sample Cerelac tu, so boleh cuba tu dulu.

Doktor Cheok cakap boleh bagi ape je puree dekat Airis, carrot,sweet potatoes, kentang, Apple.. Kecuali durian..huhuhu :b tapi blender Airis tak beli lagi, mayb start with cerelac lah kot. ehmmmm

Doktor Cheok cakap lagi, paru-paru Airis clear, so dia batuk sikit-sikit tu just nak clearkan troat dia je. Doktor cheok tak bagi tinggalkan Airis sorang atas katil walaupun dah letak bantak sekeliling sebab ada kes baby boleh mengering terus meniarap atas bantal pastu bukk jatuh..errr,,so scary hokeh!!

So far Airis dah ligat meniarap, jap-jap dia dah meniarap, kalau terlrpas pandang Airis dah tarik lah napkin ke, selimut ke main-main pastu tutup muka. Bantal pun sama. So mommies kena lebih hati-hati ok, sebab baby umur macam ni memang suka tarik pegang semua benda dekat sekeliling dia.

hari ni fa cuti, boleh lah nak start bagi Airis makan balik kang, Ke nak start hari sabtu? ehm.. google-google dulu lah tengok recepi yang best :)

Total checkup hari ni:
3rd DTP-IPV-Hib-Hep B (6 in 1) Vaccine.
RM 230.00 (No medicine)

Berat: 7.89kg
Tinggi : 64cm



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...