Nuffnang

Saturday, May 24, 2014

RISIKO PENYAKIT BERJANGKIT (MERS-COV)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Fa nak up entri pasal wabak yang tengah berleluasa dekat Tanah Suci Mekah sekarang iaitu Mers-Cov.

Lagi seminggu mama nak balik sini, sebelum berangkat memang tengah Hot cerita pasal wabak yang boleh mengundang maut ni. Tapi kami sentiasa doakan yang terbaik & moga Allah sentiasa melindungi Mama serta Jemaah-jemaah yang lain. 

Sebelum berangkat fa ulang-ulang pesan dekat mama jangan lupa pakai mask. Walaupun mama dah suntik vaksin Influenza tapi keselamatan masih perlu diutamakan. 

Untuk mereka yang akan ke Tanah Suci, sila pastikan tahap fizikal & mental yang tinggi selain dari memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik. Jom baca kat bawah ni yang fa dapat dari Tabung Haji (sumber Utusan Malaysia).


Persediaan sebelum berangkat

  • Sentiasa memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan baik, khasnya yang berpenyakit kronik seperti asma, penyakit salur pernafasan tersekat kronik (COPD), sakit jantung, diabetes dan lain-lain.
  • Kerajaan Arab Saudi mencadangkan agar bakal jemaah haji warga emas dan yang mempunyai penyakit kronik menangguhkan pemergian.
  • Mengambil vaksin tambahan iaitu vaksin influenza dan Pneumococcal (amat digalakkan) terutama yang berumur atau mempunyai penyakit kronik dan mengikut nasihat pegawai perubatan.
  • Membawa bekalan penutup mulut dan hidung (mask) yang mencukupi dan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk kegunaan sendiri semasa berada di Mekah dan dalam kapal terbang.
  • Sentiasa mengikuti perkembangan semasa mengenai wabak ini dan langkah pencegahan yang perlu diambil dari semasa ke semasa.

Pencegahan di Mekah

  • Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, seperti kerap mencuci tangan, terutama selepas batuk, bersin atau selepas bersalam.
  • Sentiasa membawa penutup hidung dan mulut seta pencuci tangan untuk digunakan ketika perlu.
  • Sentiasa mengamalkan etika batuk (cough etiquette) yang baik.
  • Mengelakkan daripada mengambil makanan mentah atau tidak dimasak sepenuhnya.
  • Membasuh buah-buahan dan sayur-sayuran terlebih dahulu sebelum dimakan.
  • Mengelak minum air tidak terawat.
  • Memakai penutup hidung dan mulut sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan MERS-CoV dan dapatkan rawatan segera.
Semua jemaah haji/umrah perlulah mengambil langkah berjaga-jaga dan mengikuti arahan-arahan yang dinyatakan diatas.

Sebagai ikhtiar, anda boleh mengambil Nutriferon Shaklee yang berkesan untuk melindungi badan daripada virus,mikrob termasuk selsema, elergi, inflamasi dan influenza.

Untuk baca lebih lanjut mengenai Nutriferon Shaklee http://finurzcreations.blogspot.com/2014/05/nutriferon-untuk-antibodi-yang-lebih.html  

Untuk baca lebih lanjut mengenai Set Haji & Umrah Shaklee http://finurzcreations.blogspot.com/2014/05/supplemen-untuk-jemaah-haji-dan-umrah.html 


✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...