Nuffnang

Sunday, May 11, 2014

Airis 5 Bulan

Assalamualaikum & Salam sejahtera semua

Hari ni Airis genab 5 bulan. Alhamdullilah.

MAknanya dah 5 Bulan fa susu kan Airis secara ekslusif, sepanjang 5 bulan BF ekslusif ni macam-macam dugaan & cabaran yang fa lalui. Breast bengkak, demam, dugaan masa pam susu dekat office, susu merundum dan banyak lagi namun sikit pun tak patahkan semangat fa untuk terus BF & beri yang terbaik untuk Airis.

Apa perkembangan Airis dah masuk 5 bulan? Nothing much actually. Ada setengah bayi sebelum 5 bulan dah meniarap. Airis belum lagi. Memang fa nak sangat tengok dia meniarap kedepan. Tapi maybe belum masa kot. Fa hari-hari bisik kat telinga dia “meniaraplah mamy nak tengok. Buat mamy proud!” Maybe 1 day lah kot dia nak trus jalan siapa tahukan. Hihi

Airis dah kenal siang malam. Kalau dulu punyalah seksa nak tidurkan dia waktu malam. Fa sampai tak cukup tidur setiap malam wajib ada sesi bobok (istilah Airis untuk dodoi) yang amek masa berjam-jam untuk Airis tidur. Tapi sekarang pukul 9 malam Airis dah mengamuk-ngamuk nak tidur. Selagi fa tak naik atas, selagi tu dia akan meragam. Airis tidur lena sepanjang malam & akan bangun pukul 7 pagi macam biasa.

Rutin Airis lepas bangun tidur fa kena bawak dia keluar, tengok burung, tengok ikan borak-borak ngan dia pastu pukul 8 Airis dah mandi, siap, nenen seround sebelum fa pulak siap-siap pergi kerja. Sebab Angah cakap Airis kena mandi awal sebab dia akan tidur lama selepas mandi. So senangkan kerja angah nanti.

Kalau tidur siang pulak selalu dulu angah kena bobok Airis sampai lena, sekarang letak kat rocker pun Airis dah boleh tidur.

Airis suka mandi. Bila time mandi tu happy semacam :)

Airis dah mula kenal mamy dia. Kalau fa balik kerja dia nampak fa tapi fa tak ambil dia, dia akn start menangis & merajuk. Airis akan cari fa pukul 7 mlm (sebab fa cakap ngan dia tunggu mamy balik pukul 7 ye) Time nak tidur (walaupun babah yang bobok dia takkan lelap lepas fa amek dari babah terus Airis lelap)

Airis dah pandai isap ibu jari.

Dah mula tunjuk minat dekat sesuatu benda atau cerita dekat tv.

Fa ingat lagi dulu fa sampai google nak tahu macam mana nak ubah waktu tidur bayi supaya setiap malam kita tidur dengan lena. Tapi tak berhasih. Airis akan mengamuk kalau kita paksa dia tidur sebelum masuk waktu. Last fa cakap dengan diri, Takpelah 1 hari Airis akan belajar sendiri. Alhamdullilah semakin meningkat usia dia, dia belajar semua dengan sendiri. Fa pun dapat tidur lena setiap malam.

Main point kat sini setiap bayi tu berbeza. Jangan nak compare bayi anda dengan bayi-bayi lain. Anak anda ada keistimewaan dia sendiri. Kita sebagai ibu & bapa mainkan peranan yang penting bagi tumbesaran mereka. Berikan galakan yang membina. Itu yang fa belajar dari masa ke masa Airis membesar.

Tak sabar nak tunggu bulan depan. NAk suapkan Airis solid food pulak. :)
Semoga Airis jadi anak yang solehah, membesar dengan sihat & jadi anak yang cerdik pandai.


Love u Airis Nur Zulaikha.

*******************************
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...