Selamat Hari Ibu!!
Macam tak percaya je fa pun dah jadi seorang ibu. Alhamdullilah Semoga Allah makbulkan & mudahkan niat nak susukan Airis sampai 2 tahun.
Kenapa fa buat entry ni? Sebab fa seorang BF mom yang tegar & sangat menitikberatkan hal-hal berkaitan dengan BF in Public. Semalam fa pergi makan besar sempena hari ibu dengan family fa macam biasa Airis ni kalau kat public memang suka nak nenen tiba-tiba. Jadi fa keluarkan Nursing Cover, pakai dan susukan Airis macam biasa. Aunty fa siap tegur tak rimas ke Airis dalam tu. Dan ada pulak orang kat situ tanya mana nak beli Nursing cover macam yang fa pakai tu.
Fa ni jenis yang suka jalan-jalan. Jadi bila ada anak takkan nak tinggal anak kat rumah pulak kan? Breastfeeding lagi. Jadi kenalah cari altenatif bagi memudahkan fa menyusukan Airis bila fa dekat public. Ada orang yang fa kenal, sanggup tak keluar rumah sebab fikir betapa lecehnya nak menyusukan anak dekat public. Ada yang sanggup perah susu tapi susukan ada time-time expired jadi sebelum susu expired kena balik cepat-cepat.
Ada pulak kes Fa pernah nampak & pernah dengan orang bercerita pasal BF mom ni susukan anak dia kat public sampai nampak nipple dia time nak susukan anak. Banyak kali jugak lah fa nampak. Latest dekat Mydin Subang Jaya. Sorry to say this, Nursing room dekat je kat situ. Tapi si ibu ni pilih untuk susukan bayi dia dekat bangku rehat dan dengan selamba tarik baju terus susukan bayi dia. Fa mungkin faham lah kan, tapi orang lain lelaki perempuan yang lalu lalang kat situ mungkin tak faham. Betul jugak cakap sorang kawan fa ni. Menyusukan anak ni memang pahala. Tapi aurat kena jaga jugak.
Sebab tu orang cipta Nursing Cover bagi memudahkan ibu-ibu susukan anak dia kat mana-mana. Dulu fa gunakan Nursing Poncho tapi fa tak selesa. Sebab material nipis, tak ada ventilation untuk baby, susah nak handle (walaupun just sarung) Fa google & jumpa Nursing Cover jenama Autumnz yang boleh beli dekat mana-mana kedai bayi atau secara online.
Nursing Cover ni ala-ala apron sarung dekat leher kemas-kemaskan boleh susukan anak macam biasa. Dekat leher tu ada buckle yang boleh selaraskan ikut keselesaan kita. Dekat leher jugak ada ruang ventilation untuk bayi. Jadi bayi takan sesak nafas. KAin tak nipis sangat & tak see trough so tak payah nak malu-malu. :)
Airis dah cukup bijak kalau nak nenen kat public kena masuk dalam ni. Mula-mula memang bayi tak selesa sebab rasa lemas kat dalam tu, sebab tu ada ruang ventilation supaya kita boleh cakap-cakap ngan baby bila dia tengah susu & baby pon boleh tengok muka kita & rasa selamat.
Cara pemakaian nursing cover
1. Nursing cover ini terbahagi kepada 2 bahagian body dan neck strap
2. Masukkan tali ke dalam dua-dua ring pada tali/strap yg satu lagi
3. Tarik tali dan masukkan tali ke dalam 1 ring seperti mengikat tali pinggang
4. Adjust neck strap ikut size dan keselesaan leher ibu
5. Sarungkan neck strap di kepala
6. Siap! Ibu sedia untuk menyusukan baby
Time makan dekat kopitiam. |
Boleh pergi Link ni untuk dapatkan Nursing Cover Autumnz
http://www.autumnz.com/autumnz-posh-nursing-cover-botanical-purple-p-817.html
Autumnz POSH Nursing Cover
SIMPLE FASHIONABLE VERSATILE
Nurse discreetly and in style anytime, anywhere with Autumnz POSH Nursing Cover.
Features:
~ Rigid & Structured Neckline – allows for ventilation and direct eye contact with baby
~ Generous sizing – to keep mummy covered for better privacy
~ Contoured – designed to fit around mummy and baby better
~ Adjustable – comes with a buckle to adjust the size around neckline
~ Versatile – can be used as a nursing cover, a blanket or a sunshade
~ Side Pocket – to keep burp cloth and breast pads
~ 100% cotton – lightweight and breathable
http://www.manjakuhappy.com/
Material 100% Cotton - Cotton jenis ringan yang sangat selesa dan sesuai semasa menyusukan bayi
Peek-A-Boo Window- Boleh main baa cak dengan baby ;) sebenarnya untuk kita meninjau baby semasa menyusu. Ia juga boleh memberi aliran pengudaraan yang baik semasa penyusuan bayi dan memberi keselesaan pada bayi semasa menyusu
Adjustable Strap - Tali Nursing cover yang boleh laras mengikut keselesaan ibu. Seperti memakai apron kat leher.
26in Wide and 38in Long - Size sesuai untuk menutupi bahagian kiri dan kanan ibu semasa penyusuan
No comments:
Post a Comment