Nuffnang

Tuesday, February 4, 2014

Cabaran : Breast bengkak, Airis dan Botol Susu

As salam semua.

Actually tak terfikir pon nak pump hari ni. Tapi breast fa bengkak & sakit yang amat. Jadi lepas tuam dengan warm water, fa pon pump. Fresh milk tu fa simpan dalam botol (tak la banyak mana 2 breast dapat dalam 2oz je) tunggu sampai Airis bangun nak cuba ajar dia isap botol susu pulak.

Tahukan susu lepas pump boleh tahan 4 jam kalau letak dekat luar? Ok fa bukan nak cerita pasal EBM tapi nak cerita pasal next cabaran fa - AIRIS & BOTOL SUSU.

Macam cabaran punting kopek dulu, nak biasakan Airis dengan botol susu pon yang amat mencabar. Berpeluh-peluh fa cuba pujuk. Airis menangis sampai satu Melaka kot dengar. Terpaksa la directfeeding.

Tapi fa tak putus asa, fa cabut punting pelan-pelan, masuk kan punting botol between tu.. dia isap kejap pastu terjaga trus nangis. 3 kali fa cuba. Cukup la untuk hari ni ok Airis. Esok sambung belajar lagi. So freshmilk 2oz siram ke pokok jambu air mama macam biasa sampai pokok jambu tu berbuah lebat ! (Penangan ESP dalam susu tu kot heheh)

Ke maybe kena tukar botol susu & punting? sekarang fa pakai NUK. Nanti fa nak try beli MAM sebab ramai yang fa jumpa semua suggest Jenama MAM. Ok Airis nanti mamy beli promise Airis kena cuba isap ok. InsyaAllah.

Bengkak breast fa still belum reda lagi. Dah tuam air suam & sikat bengkak tu ke arah punting pon dah. Nak nangis dah ni. Airis dah banyak kali nenen breast yang bengkak ni still jugak belum reda. Airis pulak asik mengamuk, orang cakap breast bengkak ni sebab tersumbat. Sian Airis mayb tak puas susu, mengamuk sampai ni baru terlelap.

Meh kita baca pasal Breast Bengkak ni yang fa sempat google.

**SUMBER http://www.babycenter.com.my/a1043360/payudara-bengkak#ixzz2sLTadUWf

Apakah sebabnya payudara bengkak dan sakit?

Antara dua hingga enam hari selepas bersalin, susu badan terhasil dengan banyaknya untuk memenuhi keperluan bayi anda. Pada masa yang sama, lebih banyak darah mengalir ke buah dada dan sesetengah tisu disekelilingnya akan membengkak. Akibatnya? Payudara yang penuh dan bengkak.

Bukan semua ibu baru mengalami bengkak payudara dalam erti kata yang sebenar. Sesetengah wanita mendapati buah dada mereka hanya menjadi lebih penuh sedikit, tetapi sesetengah yang lain pula mendapati payudara mereka telah menjadi sungguh besar dan keras.

Walaupun begitu, payudara bengkak sepatutnya hanya keadaan yang sementara sahaja. Selagi bayi anda melekap dengan betul dan diberi susu sekerap yang mungkin, bengkak anda akan cepat reda.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk merawat payudara bengkak?

Pertama, ingatlah bahawa payudara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk menyusui bayi anda, dan tidak lama lagi, dengan bantuannya, anda akan menghasilkan jumlah yang sesuai. Sehingga itu:
  • Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.
  • Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun anda terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi anda menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payudara yang terakhir dihisap.
  • Mungkin sukar untuk bayi anda melekap pada payudara anda apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap disekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi anda melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut. Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!
  • Jika buah dada adalah terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.
  • Semasa bayi sedang menyusu, urut payudara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.
  • Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payudara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payudara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payudara dengan efisien.
  • Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti parasetamol.
  • Pandang ke hadapan. Anda akan melepasi fasa ini dengan cepat dan tidak lama lagi dapat menikmati hubungan penyusuan dengan bayi anda yang sedang membesar.

Berapa lamakah payudara bengkak akan berlanjutan?

Mujurlah, masalah payudara bengkak selalunya berlalu dengan agak cepat. Anda boleh menjangkakan ia akan berakhir dalam masa 24 hingga 48 jam, dan menyusukan bayi anda dengan kerap dan efisien patut membantu lagi.

Jika anda memilih untuk tidak menyusu badan dan sebaliknya memberi susu formula, anda mungkin dapati payudara menjadi sungguh penuh apabila susu anda mula mengalir. Selalunya, apa yang diperlukan hanyalah ubat penahan sakit dan memakai coli sokongan yang baik.

Kadang-kala, jika bengkak payudara itu sangat teruk, anda mungkin perlu memerah sedikit susu menggunakan tangan untuk melegakan tekanan pada buah dada.

Bolehkan saya teruskan penyusuan walaupun payudara bengkak?

Boleh, dan memang itu yang sepatutnya. Jika boleh, susukan bayi anda sebaik saja dia dilahirkan, dan lakukan dengan kerap bermula daripada saat itu.

Perhatikan bayi anda untuk melihat tanda kelaparan seperti mencari puting, menghisap buku limanya dan menjadi resah.

Jika dia menangis, bermakna dia sudah sangat lapar.

Sebaik sahaja bengkak reda, payudara anda akan menjadi lebih lembut, walaupun masih penuh dengan susu.

Adakah payudara bengkak akan memberi kesan pada bayi saya?

Tidak. Tetapi ia mungkin membuatkan anda mahu menyusukannya sebanyak dan sekerap yang boleh.

Ok sekarang fa dah faham. Tunggu Airis bangun fa susukan lagi, Ni kesan POSITIF yang breast fa tengah menghasilkan susu yang banyak (THANKS to ESP Shaklee)

Tadi fa dah mandi dengan air suam, Alhamdullilah lega sikit rasa sakit bengkak tu. Lagipun fa perasan baru-baru ni Airis susu ikut suka dia, asal punting tu masuk mulut dia terus isap walau macam mana fa betulkan. Siap sedut punting HOKEH! Oh Airis memang bijak.

Fa pernah terbaca kat satu blog ni, nak redakan payudara bengkak, urut pelan-pelan dengan minyak panas. Esoknya konfem reda pastu terus pam atau directfeeding. Er... boleh ke sapu ngan minyak panas? sian lak Airis kan kalau tak cuci bersih atau still ada rasa panas tu?

Ok Airis dah bangun, fa nak susukan dia. Nanti fa update lagi ye.

Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & dapatkan harga Penjimatan. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays). 


 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...